
Isi Kandungan
ToggleAntara perkara yang dititik beratkan oleh bakal pengantin sebelum majlis adalah pemilihan lagu iringan untuk majlis resepsi. Pemilihan lagu yang tepat amat penting agar tidak ‘membingitkan’ para tetamu.
Sekarang mudah sahaja. Anda boleh memilih sendiri lagu dengan download melalui aplikasi muzik atau carian di YouTube. Lebih jimat kan? Tak perlu nak sewa DJ bagai.
Jadi, kami akan kongsikan beberapa pilihan lagu untuk majlis resepsi anda. Yang pasti, lagu yang dipilih mestilah romantis. Sesuai untuk anda dan pasangan berjalan menuju pelamin atau semasa upacara memotong kek.
1. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
2. Terima Kasih Cinta – Afghan
3. Saat Bahagia – Ippo Hafiz ft. Sheryl Shazwanie
4. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso ft. Bunga Citra Lestari
5. Perfect – Ed Sheeran
6. Sampai Ke Hari Tua – Aizat Amdan
7. 1, 2, 3, 4 – Plain White T’s
8. Malam Bulan Dipagar Bintang – P.Ramlee & Saloma (covered by Aiman & Syiqin)
9. Cinta Luar Biasa – Andmesh Kamaleng
10. You’re Beautiful – James Blunt
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Selamat Bila Si Dia Ada Di Sisi, Itu Tanda Kalian Serasi Bersama

Isi Kandungan
ToggleKeserasian dalam sesebuah rumah tangga amat penting agar kalian saling memahami antara satu sama lain. Dengan keserasian ini, anda dan pasangan boleh mencapai kata sepakat dan boleh mengelakkan salah faham. Kedua-duanya perlu memainkan peranan bersama.
Keserasian ini akan memudahkan anda untuk melayari bahtera rumah tangga. Segala ujian dan cabaran dapat dilalui bersama dengan tenang. Pertengkaran pasti akan ada dalam sesebuah rumah tangga tapi anda haruslah bijak dalam mencari penyelesaian terbaik.
Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mencari pasangan yang benar-benar serasi dengan anda. Jom kita lihat tanda-tanda anda berdua adalah pasangan yang serasi menurut Ustazah Norbahyah Mahmood.
Rasa Bahagia dan Tenang
Setiap kali bersamanya, anda akan rasa tenang dan seronok. Jika mereka mampu bagi ketenangan pada anda, itu merupakan satu tanda yang kalian sudah serasi.
Rasa Selamat Dengannya
Memang naluri semula jadi manusia untuk berasa selamat dengan orang yang kita sayang. Cuba lihat kembali, adakah anda rasa selamat bila pergi ke mana-mana dengan si dia?
Bertolak Ansur Walaupun Sikap Berbeza
Keserasian itu tidak semestinya semua benda kita suka sama-sama. Keserasian itu apabila pasangan kita boleh bertolak ansur walaupun sikap kita berbeza dengannya. Ada benda yang kita suka, ada benda yang tidak. Jika dia mudah untuk bertolak ansur, itu petanda yang baik.
Susah Senang Bersama
Ini yang paling mencabar. Mampu atau tidak pasangan anda berada di samping anda pada waktu susah anda? Pelbagai cabaran yang bakal ditempuh terutamanya ketika merancang perkahwinan. Jika pasangan anda masih boleh bersabar dan menenangkan hati anda, ia merupakan satu lagi petanda yang baik.
Lebih Dekat Dengan Allah
Bila bersama, masing-masing mula berubah ke arah yang lebih baik. Kalian saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan menasihati pasangan jika dia mula lari daripada landasan agama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Bakal Pengantin Sewajarnya Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Berkahwin

Pasangan pengantin sewajarnya melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendirikan rumah tangga di klinik atau hospital untuk memastikan mereka sihat. Ujian darah sangat penting untuk mengesan beberapa penyakit seperti Thalassemia.
Jika kedua-dua pasangan pengantin dikenal pasti pembawa penyakit ini (Carrier / Thalassemia Minor) maka kebarangkalian anak mereka mengidap Thalassemia major adalah 50%.
Thalassemia major adalah penyakit yang serius dimana pesakit perlu menjalani pemeriksaan darah setiap bulan kerana kekurangan sel darah merah. Jangka hayat mereka juga pendek iaitu antara 20 hingga 30 tahun.
Selain itu, ujian juga perlu dilakukan untuk memastikan tiada penyakit berjangkit secara hubungan seks seperti Hepatitis B,HIV dan Sifilis.
Bakal pengantin haruslah mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja sebelum tetapi selepas berkahwin. Antaranya:
i. Amalkan diet yang seimbang dan cukup dengan protein, karbohidrat dan lemak dalam komposisi yang betul. Secara amnya, makan semua jenis makanan dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makanan manis dan berlemak.
ii. Bersenam tiga ke lima kali seminggu, 20 hingga 60 minit setiap sesi dengan menggabungkan senaman aerobik seperti berjalan, joging, bermain badminton, berbasikal dan juga weight training untuk membina otot.
iii. Makan multivitamin yang ada semua jenis vitamin seperti B complex untuk tenaga, vitamin A, C,E dan zink untuk melawan semua jenis penyakit.
Oleh: Doktor Rohaya Ramli, Doktor Perubatan Keluarga & Pengarah Bakti Healthcare Sdn Bhd.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mandian Ais Limau Nipis, Buang Bisa Dan Lenguh Badan

Isi Kandungan
ToggleMungkin ada yang belum tahu tentang mandian ais dan apakah kebaikan mandi ais dalam Islam yang juga dikatakan mandian terapi diri yang baik untuk kesihatan serta sebagai cara menghilangkan sakit kepala, buang angin dalam badan, susah tidur, gangguan makhluk halus dan banyak lagi kelebihan dan kebaikan mandian ini.
Ikuti perkongsian seorang ustaz cara buat mandian ais sendiri dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin yang menerangkan petua tradisional cara mandi ais dan limau menggunakan limau nipis dan ais batu yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Mandian Ais dan Limau Nipis
Buka peti ais tengok ada limau nipis, kebetulan dah beberapa hari tak mandi ais. Badan pun dah bisa. Sebelum ni pun saya ada share cara mandi ais. Setiap kali badan rasa tak selesa saya pasti akan mandi dengan mandian ais batu.
Cara untuk membuat mandian ais adalah dengan menggunakan limau nipis sebanyak 5 biji atau lebih mengikut kehendak sendiri. Kemudian potongkan limau menjadi dua bahagian seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus. Caranya mudah sahaja.

1- Beli 1 pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut.
2- Perahkan Limau Nipis @ Limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi.
Sebelum mandi anda baca:
Baca Al Fatihah sebanyak 7 kali
Bismillah 5 baca sebanyak 7 Kali
Surah Al ikhlas 7 kali
Selawat sebanyak 7 kali

Sebelum mandi anda baca:
Bismillah 5 baca sebanyak 7 Kali
Surah Al ikhlas 7 kali
Selawat sebanyak 7 kali
Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi. Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula mandi dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Cara begini jika anda amalkan, jika angin banyak dalam badan Insha Allah akan keluar semua angin dalam badan. Sekiranya ada gangguan jin dan makhluk halus Insha Allah akan berkurangan, sifat jin memang tidak tahan dengan sejuk kerana jin diciptakan dari API.
Sekiranya lepas Mandi anda merasa loya, pening, nak muntah, sendawa. Itu maknanya di dalam tubuh anda ada gangguan. Jika dalam badan ada gangguan yang lama, selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya. Sekiranya anda amalkan dan buat dengan kekerapan mandian ais ini sebanyak 3 hari sekali. Insha Allah dengan izin Allah badan akan rasa lebih segar.
Waktu sesuai mandi ais adalah sebaiknya selepas subuh atau sebelum waktu Maghrib. Jika anda kerap sakit belakang, sakit kepala, sakit sendi dan bisa-bisa dalam badan, ianya sangat sesuai anda amalkan mandian ais ini.

Semua itu atas keyakinan anda sendiri dengan Izin Allah Insha Allah pasti akan sembuh. Kita hanya doa dan ikhtiar. Kesembuhan semuanya atas izin Allah.
Pesakit saya atau sesiapa yang pernah buat mandi ais ini sila share pengalaman mandi ais dan apa yang anda rasa selepas mandi dengan cara begini di bahagian komen. Ada yang sampai jadikan mandian ini adalah mandian harian, badan akan segar sangat-sangat.
Izin Allah In Shaa Allah sembuh.
Semoga bermanfaat.
“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].
KREDIT kataustaz.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI