Kredit: sweetpictures_kl

Wahai suami, ketahuilah bahawa kunci hati seorang wanita itu ada pada telinganya. Maka, berusahalah untuk sentiasa berkata-kata yang menyenangkan hatinya.

Jagalah perasaan isterimu, berkatalah dengan baik, berkatalah dengan penuh kasih sayang, janganlah berkasar dan janganlah membentak mereka. Hati seorang wanita itu sangatlah lembut.

Ingat, sekeras mana pun seorang wanita itu, hatinya pasti akan terguris dengan kata-kata kasar seorang suami. Dia tentu akan rasa sangat sakit di dalam hati. Jadi, layanlah isterimu dengan baik.

IKLAN

Sentiasalah Berkata Yang Menyenangkan Kerana Kunci Hati Seorang Wanita Itu Ada Pada Telinganya

Jangan kasarinya dengan perkataan kasarmu kerana luka dihati akan lebih terkesan daripada luka di tubuh. Luka di tubuh akan hilang jika diletak ubat tetapi luka dihati, lama masanya untuk sembuh.

IKLAN

Sedarlah wahai suami, bila kamu mampu menjaga hatinya, maka ertinya kamu berjaya menjalankan tanggungjawabmu sebagai seorang pemimpin. Sebaliknya jika kamu berkasar padanya, secara tidak langsung kamu sebenarnya telah menjatuhkan harga dirimu sendiri.

Ingatlah wahai suami, harga dirimu sebagai seorang lelaki tidak terletak pada rupa atau harta, tetapi ia terletak pada seberapa besar tanggungjawabmu dalam memuliakan isterimu. Sehebat mana pun kami di mata orang lain tetapi kami tidak bisa menjaga isteri dengan baik, semua yang kamu miliki itu hanya sia-sia di mata Allah.

IKLAN
Sentiasalah Berkata Yang Menyenangkan Kerana Kunci Hati Seorang Wanita Itu Ada Pada Telinganya
Kredit: CST Production

Maka, sentiasalah berkata yang baik kepada isterimu. Gunakanlah bahasa yang melambangkan kasih sayang walaupun dia melakukan kesalahan. Tegurlah dengan bahasa yang baik dan sopan.

Jika isterimu bahagia, kamu juga akan dilayan dengan baik oleh isteri sehingga rumahmu akan terasa seperti berada di syurga.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI