Tanpa bunga yang menghiasi segenap ruang dewan , maka hilang seri atau aura majlis perkahwinan. Bunga dalam sebuah majlis perkahwinan bagaikan saling melengkapi , tanpanya suasana kelihatan suram. Begitu juga dekorasi yang melengkapi sebuah tema perkahwinan yang dipilih oleh pengantin.

Namun segala-galanya tidak dapat direalisasikan tanpa sentuhan magis mereka yang pakar dalam bidang dekorasi dan gubahan bunga pada sebuah majlis perkahwinan. Berkenalan dengan Ari Abdullah @matbvnga jejaka yang berasal dari Kedah ini pengalamannya dalam bidang perkahwinan sudah sebati dengan jiwa anak muda ini.

“ Karier saya bermula sejak dari umur 18 tahun di mana saya bekerja sebagai pembantu butik interior, ditugaskan untuk memasang pelamin dan menggubah bunga untuk planner pada masa itu. Setelah beberapa tahun, saya mula untuk mencuba nasib dengan membuka perniagaan sebagai perancang perkahwinan dan “floral artist”. Saya cuba untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan dan memberikan apa yang terbaik buat pelanggan,”jelas Ari.

Pernah berkhidmat dan masih berkhidmat sebagai penggubah bunga untuk beberapa nama yang agak besar dan dikenali ramai seperti Kayangan Gallery, Glamweddings by Rizalman dan beberapa nama lagi. Akui Ari banyak ilmu yang dimanfaatkan sepanjang berkhidmat dengan yang telah lama dalam industri ini. Ucapan terima kasih dihulurkan buat Rizalman dan Puan Noor dari Kayangan Gallery yang tidak pernah kedekut untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar padanya selama ini.

Kreativiti Ari & Team

Konsep pelamin yang ditampilkan ini ialah “Hollywood Glam” di mana permainan rona gelap dan terang seperti hitam, kuning, midnight blue, keemasan dan kelabu yang diolah sempurna seperti yang terhasil.

Idea selalu datang tanpa diduga. Setiap idea ada motif dan hala tuju untuk apa idea itu dikeluarkan contohnya bila menemui pengantin dan pengantin meluahkan apa yang mereka minat seperti batu permata, hobi mereka atau budaya yang digemari… dari situ banyak idea yang dapat kita ambil dan lahirlah sesuatu idea yang baru dan segar.

“Bagi majlis perkahwinan ini, idea asas dari saya, pengantin berikan “hint” seperti candelier dan perincian yang diinginkan seperti mood cahaya, lilin dan kadang-kadang jenis bunga yang digemari. Agak kelakar rujukan pelamin tersebut dari kipas tangan dan french window,” cerita Ari.

Pengantin: Liana dan Shafiq Lokasi: Sccc

Bagi menyerikan suasana dekorasi majlis ini, bunga-bunga menyempurnakan hiasan dalaman dewan. Antara jenis-jenis bunga yang digunakan ialah golden shower dari Taiwan, bunga mawar dari India dan China, hydrangea dan Tulip dari Holland, Mokara Orkid dari Thailand dan beberapa bunga tempatan. Daun Eucalyptus Nicholi juga dibawakan dari Holland. Kebanyakan bunga yang diimport menjadi pilihan Ari.  Cerita Ari tidak banyak kesukaran yang dilalui cuma perlu berjaga-jaga dan bekerja dengan agak pantas, disebabkan keseluruhan dekorasi menggunakan seratus peratus bunga segar.

“ Elemen surprise yang cuba saya berikan datang dari pengacara majlis untuk malam tersebut iaitu Hardy Arbi. Dia antara pengacara yang saya cadangkan pada pengantin dan kebetulan ibu pengantin berminat dengannya.  Abg Hardy melamar saya untuk memberi jalan pada Ruffedge untuk “crash the wedding” pada malam tersebut untuk dijadikan video klip lagu single terbaru mereka yang bertajuk “Seperti Mereka”… adalah satu kejutan buat pengantin, keluarga pengantin dan semua tetamu pada malam tersebut di mana saya mengambil risiko untuk bersepakat menjayakan kejutan itu dan sebagai hadiah untuk pengantin dan semua. Kepuasan bagi saya adalah bila pengantin dan keluarga tampak bahagia pada keseluruhan majlis malam itu,” ceritanya.

Mengakui dirinya amat meminati penggubah bunga luar negara iaitu Jeff Leatham dan berhasrat untuk menjadi seperti beliau. Tidak dilupakan juga kepada “Team Matbvnga” dan keluarganya yang merupakan tulang belakang sepanjang kariernya sebagai MATBVNGA sehingga sekarang.

Ari mahu menjadikan bidang ini hingga ke satu tahap di mana setiap perancang perkahwinan boleh memberikan hasil dekorasi di luar jangkaan. Moga terus sukses Ari dan juga team.

Instagram: @matbvnga

Jangan Lupa Komen: