SEKADAR GAMBAR HIASAN

Dengar saja perkataan mengenai hubungan jarak jauh pasti semua berkata tidak. Tiada pasangan sedang bercinta mahupun sudah berkahwin ingin berada berjauhan.

Kita sering mendengar mengenai perhubungan jarak jauh (PJJ) yang berakhir pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada persefahaman serta kewujudan orang ketiga.

Seorang Di Timur, Seorang Di Selatan, Masih Kuatkan Iman Dan Setia Dalam Perkahwinan?

Kalau mahu lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama berhubung iaitu mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang, tetapi percayalah, ia akan membuat pasangan anda rasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya.

Saling mempercayai

Dalam setiap perhubungan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambahan lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji apabila berjauhan.

Jangan pernah wujud perasaan ragu, sebaliknya kekuatan cinta serta kepercayaan memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Sekiranya tiada kepercayaan, sesebuah perhubungan terbina mampu musnah.

Sentiasa berdoa

Ads

Sentiasa berdoa agar hubungan terjalin diredai dan kekal bahagia. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda, tapi dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.

Seorang Di Timur, Seorang Di Selatan, Masih Kuatkan Iman Dan Setia Dalam Perkahwinan?

Jujur dan setia

Kebanyakan perhubungan yang kecundang disebabkan oleh ketidakjujuran antara satu sama lain apabila berjauhan. Oleh itu, berjauhan bukan satu tiket untuk anda mengakui diri masih bujang.

Ads

Kebiasaannya, pasangan berjauhan mudah jatuh cinta terhadap orang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan menunjukkan sikap mengambil berat.

Selalu berkomunikasi

Komunikasi adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah perhubungan. Salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.

Ads

Kini sudah ada pelbagai medium komunikasi seperti WhatsApp, webcam dan panggilan video. Luangkan masa lima minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabar sebagai tanda ingatan.

Rancang temu janji

Sudah pasti apabila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain. Luangkan masa lapang untuk berjumpa. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu lagi kenangan terindah antara anda berdua.

Namun, sekiranya anda belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.

Beri kejutan

Sesekali selitkan elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelak hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh penting seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI