Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei telah menemui bahan kimia Hydriquinone dalam satu produk serum muka buatan tempatan.

Menurut Public Health Malaysia, penggunaan Hyrdroquinone tanpa pemantauan boleh mengakibatkan hipersensitiviti, perubahan warna kulit, bahagian terdedah menjadi biru-hitam atau gelap serta mendedahkan pengguna kepada risiko kanser kulit.

Produk kosmetik itu telah dilarang pihak berkuasa Brunei untuk diedarkan di sana.

“Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta merta,” tulis Public Health.

Jika anda menggunakan produk tersebut dan mengalami kesan sampingan atau berasa tidak sihat, sila dapatkan nasihat doktor segera.

Mungkin tiruan atau sabotaj -Pengasas, pengedar

IKLAN

Walaubagaimanapun, pengasas dan penjual produk menafikan laporan berkenaan dan mendakwa ia mungkin produk tiruan atau sampel yang disabotaj.

Katanya, rangkaian produk itu mempunyai maklumat pengilang pada kotak manakala kenyataan media Kementerian Kesihatan Brunei pula menyatakan “tidak diketahui pengilangannya.”

“Berkenaan dengan isu ******** serum di Brunei, setelah diteliti kenyataan akhbar yang dikeluarkan, didapati produk ******** yang diuji oleh pihak Ministry of health (Brunei) sangat diragui ketulenannya.

IKLAN

“Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira antaranya, sampel produk yang diambil itu kemungkinan telah disabotaj atau tiruan.

“Setelah diteliti kenyataan media oleh pihak Kementerian Kesihatan Brunei berkenaan isu ini, di dalam kenyataan media tersebut terdapat kenyataan seperti berikut;

Produk-produk Kosmetik berkenaan yang tidak diketahui pengilangannya, telah dicemari dengan Hydroquinone manakala satu lagi produk yang dikilangkan di Filipina, juga dicemari dengan Hydroquinone. -MOH Brunei

IKLAN

“Kenapa kenyataan media yang dikeluarkan pihak MOH Brunei mengatakan “tidak diketahui pengilangnya” sedangkan perincian pengilang dan pengedar produk ******** serum jelas tertera pada pembungkusan produk.

“Hal ini membuktikan bahawa sampel produk yang diambil di pasaran Brunei diragui ketulenannya.”

Muka jadi hitam, naik jerawat
Sementara itu, beberapa individu yang mengaku pernah menggunakan produk tersebut tampil meluahkan kekesalan mereka.

Sumber: Public Health Malaysia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI