Pesan demi menjaga hati, penyanyi Shiha Zikir berharap semua orang boleh menapis sebelum lontarkan soalan sensitif tentang perkahwinan atau zuriat tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Pesanan Shiha Zikir
Ujar Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, pertanyaan sedemikian seolah-olah mendesak seseorang untuk melakukan sesuatu di luar kawalan sekali gus mempersoalkan takdir Tuhan.
“Saya mahu kalian jangan biasakan soalan-soalan yang macam ‘bila nak kahwin’, bila dah berkahwin ‘bila nak ada anak’. Bila dah ada anak ‘bila nak tambah anak’.
“Faham kadang-kadang pertanyaan itu untuk bermesra, tapi kalau sampai dah mendesak sungguh-sungguh suruh kahwin, boleh tak jangan ‘normalise’ benda ini.
“Mungkin orang yang bertanya belum lalui atau rasa. Mungkin Allah dah aturkan kehidupan mereka berkahwin, ada anak, dah sempurna.
Ads
“Jadi bila nampak orang lain umur sebaya atau tua daripada dia, dia persoalkan,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Pernah Kecil Hati Dengan Soalan Kahwin
Enggan berdolak-dalik, Shiha yang masih bujang mengakui pernah berkecil hati apabila bertalu-talu diajukan soalan tentang jodohnya yang belum kunjung tiba.
Ads
“Kadang-kadang kalian tak tahu apa benda yang seseorang itu sedang hadapi. Mungkin dah usaha sehabis baik tapi ada saja benda yang menghalang.
“Macam saya sendiri, saya sangat terasa soal tersebut. Kan jodoh, ajal dan maut itu di tangan Allah bukannya orang tak usaha.
“Kalau sekali dua yang bertanya saya okey lagi tau. Kalau bertanya baik dan mendoakan tidak mengapa. Tapi zaman sekarang ni ramai mendesak sampai dia pulak ‘moody’ kenapa kita kahwin lagi,” jelasnya panjang lebar.
Ads
Paling penting kata pelantun lagu Khalam itu, setiap orang mempunyai tahap mental yang berbeza untuk menerima desakan bersifat peribadi.
“Jangan rasa pelik kalau ada kawan-kawan yang mula menjauh, tak mahu berjumpa. Mungkin dia nak elak soalan-soalan begini.
“Tahap mental seseorang tak sama, jadi jalan terbaik adalah saya doakan yang baik-baik untuk semua orang,” tuturnya bengang.
Haa… begitulah, tak semua orang boleh menerima soalan tentang bila nak kahwin. Jadi selepas ini kalau anda kurang rapat dan bukan saudara-mara, mungkin boleh lebih cakna demi menjaga hati orang.
Soalan: Adakah sahih suami akan menanggung segala dosa isterinya?
Jawapan:
Di dalam al-Quran banyak ayat yang memerintahkan agar setiap daripada manusia itu menjaga diri mereka dan juga orang-orang yang berada di sekitar mereka daripada melakukan maksiat atau dosa. Antara firman Allah SWT yang menceritakan perkara tersebut adalah:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.”
Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan serta menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat dan ahli keluarga mereka dengan cara menasihati mereka, menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munkar. Di samping itu, Imam al-Qurthubi menukilkan daripada pendapat Qatadah dan Mujahid bahawa maksud memelihara diri adalah memelihara diri dengan menjaga tingkahlaku dan memelihara ahli keluarga pula adalah dengan menasihati mereka. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 476/14]
Berdasarkan soalan di atas, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggung dosa orang lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا
al-An’am:164
Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.”
Imam al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa ayat ini menceritakan perihal hari Kiamat ketika berlakunya pembalasan, hukuman dan pengadilan daripada Allah SWT. Selain itu, setiap jiwa itu akan diberi ganjaran berdasarkan setiap amalannya. Jika baik amalannya, maka baiklah pembalasannya. Dan jika buruk amalannya, maka buruklah pembalasannya. Ini kerana, setiap jiwa (manusia) itu tidak akan memikul kesalahan (dosa) orang lain. Hal ini membuktikan akan keadilan Allah SWT sepertimana firman Allah SWT: [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 383-384/3]
Maksudnya: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.”
Melihat kepada ayat dan kenyataan daripada Imam Ibn Kathir di atas, jelas menunjukkan di dalam syara’ bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah baligh (mukallaf), dosanya itu akan ditanggung oleh dirinya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya. Adapun, suami itu atau sesiapa sahaja akan berdosa bila mana dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya seperti menasihati isteri dalam perkara yang ma’ruf dan menghalangnya daripada melakukan perkara yang munkar. Perkara ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadith iaitu:
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” [Riwayat Muslim (1829)]
Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan pemimpin di dalam hadith ini sebagaimana yang dikatakan oleh ulama’ adalah seorang penjaga yang telah diamanahkan dan beriltizam dalam memperbaikkan setiap perkara yang dilakukan terutama orang yang berada dibawah penjagaannya. Jika terdapat kekurangan terhadap orang berada dibawah penjagaannya, maka dia dipertanggungjawabkan untuk mengadilinya (jika berlaku kezaliman) serta menguruskan keperluan yang diperlukannya (orang yang berada di bawah) sama ada perkara itu melibatkan agama, dunia atau mana-mana perkara yang berkaitannya. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 213/12]
Selain itu juga, di dalam al-Quran terdapat firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita. Antaranya:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
al-Nisa’:34
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”
Kata Syeikh al-Sa’di, maksud lelaki adalah pemimpin di dalam ayat ini adalah kaum lelaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang mereka daripada melakukan perkara maksiat. Ayat ini menunjukkan tanggungjawab kaum lelaki (suami) terhadap wanita (isteri) dalam memastikan mereka menjalankannya hak-hak tersebut. [Lihat: Taysir al-Karim, 177]
Bagi menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa si suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya jika si suami itu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Adapun, jika si isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur (dinasihati) atau si isteri melakukan maksiat di belakang suami (tanpa pengetahuan suami) maka si isteri itu tetap berdosa dan suami tidak akan sama sekali menanggung dosa-dosa tersebut. Ini kerana, tanggungjawab adalah untuk menasihati isteri kerana ia merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan perkara itulah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak jika si suami cuai dalam mendirikan hal tersebut. Untuk itu, kami tegaskan bahawa kenyataan bahawa suami akan menanggung segala dosa isteri adalah tidak benar kerana ia bertentangan dengan dalil-dalil yang telah kami sebutkan di atas.
Penutup
Kesimpulannya, setiap insan (mukallaf) akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita isteri-isteri yang solehah dan menjadikan keluarga yang terbina itu penuh dengan sakinah (ketenangan), rahmah (rahmat) dan mawaddah (kasih sayang). Amin.
Sumber : http://www.muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.
Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit.
Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum wanita.
1. Rebusan serai & halia
2. Rebusan sireh
3. Rebusan sireh & daun inai
4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit
Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksik dan lemak dalam tubuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, sebenarnya rumah tangga yang berkat dan bahagia bermula daripada urusan sebelum pernikahan lagi.
Contohnya urusan di antara kedua-dua bakal pengantin, urusan membeli barang-barang hantaran, urusan dengan pihak masjid, urusan kenduri dan segala urusan yang dilakukan sebelum majlis berlangsung. Ini semua dinilai oleh Allah SWT serta memberi kesan kepada rumah tangga yang bakal dibina.
#1. Beri kerjasama
Para suami, walaupun anda mungkin beruntung kerana dikurniakan oleh Allah isteri yang bertanggungjawab, rajin dan baik hati. Itu tidak beerti anda boleh lepaskan semua kerja rumah dan urusan rumahtangga kepada sang isteri.
#2. Ambil tahu perihal rumah tangga
Para suami, anda perlu mahir menguruskan dan melakukan kerja-kerja rumah. Paling tidak, pandai basuh dan sidai baju sendiri diluar rumah. Pandai gosok baju sendiri dan pandai buang sampah. Lebih elok lagi selalu basuh pinggan selepas makan dan sapu sampah.
#3. Suami pandai masak, Bonus
Para suami, anda juga perlu pandai memasak. Bukan nak suruh memasak seperti chef hotel dan restoran mamak. Memadailah pandai memasak sekadar untuk makan sendiri dan keluarga. Paling tidak, pandai masak nasi dan satu dua jenis lauk sudah memadai dan amat berharga.
#4. Ringan tangan
Para suami, anda juga perlu ringan tangan menjaga anak-anak, uruskan hal anak anak, tidurkan anak-anak. Paling tidak, pandai bancuh susu untuk anak-anak dan pandai tukar lampin anak-anak.
#5. Mendidik dengan betul
Para suami, anda sebagai bapa wajib mendidik anak-anak sendiri. Ajar anak-anak dengan ilmu aqidah, ilmu fardu ain dan akhlak peribadi. Paling tidak pandai ajar anak sendiri mengaji.
#6. Kerja rumah bukan kerja isteri seorang
Para suami, anda perlu ingat. Isteri anda bukan lah orang gaji, isteri anda bukanlah kuli, isteri anda bukanlah robot mahupun mesin keluli, isteri anda bukanlah kemudi rumah tangga dan keluarga anda sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...