Korang mungkin tertanya-tanya, bagaimana pertengkaran boleh buatkan sesebuah hubungan lebih bahagia? Iyalah, ada pasnagan yang bergaduh setiap hari. Kita yang jadi jiran pun sampai tak sanggup nak dengar. Apatah lagi yang menanggungnya.

 

Tetapi, ada seorang pakar ni mengatakan sebaliknya. Bahkan pasangan yang sering bergaduh dikatakan lebih bahagia….

Siapa Kata Bergaduh Tu Tak Bahagia? Pakar Ini Kongsi Sebaliknya

Menurut pakar psikiatri, Dr. Gail Saltz, pertengkaran dalam sebuah hubungan adalah sesuatu yang baik, dimana anda dan pasangan meluahkan perasaan, pendapat dan emosi masing-masing.

 

Setiap hubungan ada kejap pasang kejap surut. Tetapi, pertengkaran dan pergaduhan itulah yang membuatkan anda dan pasangan lebih memahami satu sama lain dan belajar untuk lebih bertolak-ansur.

 

Bukan itu sahaja, pergaduhan buatkan anda dan pasagan lebih peka tentang isu yang mungkin boleh menyebabkan pertengkaran.

 

Selepas meluahkan segala rasa marah dan perkara yang lama tersimpan, barulah masing-masing akan lebih terbuka untuk berkomunikasi dan lebih sayang-menyayangi.

IKLAN

 

Ini 5 cara kawal emosi

1. Menerima dan memahami perasaan sendiri

Tentu sangat penting untuk memahami perasaan anda sendiri terlebih dahulu. Benarkah pasangan telah membuat anda kecewa? Adakah anda terlalu menaruh harapan tinggi?

 

Kalau boleh, bincanglah elok-elok. Cari waktu yang sesuai untuk berbincang lebih-lebih lagi apabila hati sudah tenang. Suarakan perasaan anda secara terbuka kepada pasangan. Jang cuba sembunyikan apa yang anda rasa kerana pasangan anda bukan pandai membaca hati orang.

 

IKLAN

2. Menggunakan bahasa yang baik

Sekalipun anda berasa sangat marah, cubalah kawal emosi. Gunakan intonasi suara yang lembut dan jangan tinggikan suara kerana ia bukan sahaja tidak menenangkan anda malah kepada pasangan juga.

Komunikasi yang bijak boleh mengawal keadaan. Emosi yang tak menentu hanya boleh buatkan keadaan menjadi semakin parah!

 

3. Beri waktu

Bukan pasangan sahaja perlukan waktu bertenang. Anda juga sangat memerlukan waktu itu kerana ia melibatkan kedua-dua belah pihak.

IKLAN

 

4. Dengarkan penjelasan pasangan Anda

Jangan sentiasa fikir anda betul dan pasangan anda yang salah. Dengar dulu penjelasan pasangan sebelum mula naik hantu. Kadang-kadang, bila kita terlalu emosi, kita akan malu sendiri dengan tindakan yang kita lakukan pada pasangan.

Untuk mengelakkan ini dari terjadi, beri masa mendengar penjelasan.

 

5. Sentuhan fizikal

Salah satu cara mengendalikan emosi terhadap pasangan adalah dengan sentuhan fizikal. Jika sedang marah, cubalah peluk pasangan. Lepaskan kemarahan dengan memberikan sentuhan mesra buat pasangan.

 

Hubungan seksual juga salah satu cara untuk memberikan ketenangan kepada kedua-dua pasangan. Pastikan masalah yang dihadapi itu diselesaikan dengan baik.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI