
Penyanyi tanah air Shila Amzah telah selamat diijab kabul bersama pasangannya Haris Idraki. Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di kediaman keluarganya selepas waktu solat Asar petang semalam. Dengan sekali lafaz, Shila telah sah menjadi isteri kepada Haris Idraki.
Busana indah yang dipakai Shila mempunyai tema khas yang telah diilhamkan sendiri oleh Shila. Dekorasi yang bertemakan “Pure Forest Garden featuring Bohemian Wood” diangkat untuk majlis Ijab Kabulnya semalam. Pereka yang bertanggung jawab mereka pakaian ini tak lain tak bukan ialah Nurita Harith
Antara yang hadir di majis tersebut ialah Jihan Muse, Farah Fauzana dan Zara Zya yang juga merupakan kawan baik kepada Shila Amzah.
Dalam pada itu, Majlis resepsi perkahwinan akan diadakan pada hari Ahad ini, bersamaan 22 April 2018 di JW Marriot, Putrajaya. Syarikat pengurusan acara profesional ANH Events telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan menyelaras keseluruhan majlis sehingga selesai.
Kesalahan Pemilihan Fabrik Menjadikan Pengantin Berisi ‘Kurang Menyengat’. Ini 5 Fabrik Ideal Buat Anda!

Seringkali wanita yang mempunyai bentuk badan yang agak besar runsing untuk mencari busana yang tepat untuk disarungkan di hari bahagia.
Namun kesalahan pemilihan fabrik boleh menjadikan anda tampak ‘kurang menyengat’ dan pelik. Pilihan fabrik yang tepat amat penting agar keseluruhan gaya anda tampak seimbang.
Jom kita lihat, fabrik apakah yang sesuai dan ideal buat anda yang berbadan comel!
Pilih Material Jenis Sifon
Tahukah anda bahawa material sifon memberikan impak yang cantik apabila disarungkan pada tubuh anda? Ini Kerana material sifon akan lebih terletak kerana sifatnya yang mengikut tubuh dan berat. Anda boleh memilih material sifon yang agak berat supaya ia lebih indah apabila dipakai untuk majlis raikan cinta.
Elak Dari Memakai Busana Terlalu Ketat
Sesetengah wanita berpendapat bahawasanya pakaian yang mengikut tubuh itu tampak lebih kemas dan cantik. Namun, bagi mereka yang mempunyai badan yang besar, anda dinasihatkan supaya memilih bentuk pakaian yang sedikit longgar dan tidak terlalu ketat. Busana yang terlalu ketat menyukarkan anda untuk bernafas dan akan memperlihatkan dengan lebih jelas tubuh anda yang besar itu.
Elak Memilih Fabrik Elastik
Jangan sesekali memilih busana yang diperbuat daripada fabrik elastik atau getah. Mungkin bagi anda ia tampak mudah kerana sifatnya yang ‘stretchable’, namun sebenarnya ia akan lebih menampakkan lemak pada tubuh anda. Perkara ini adalah sangat tidak bagus dan menjadi mimpi ngeri bagi semua wanita.
Satin Melembutkan Gaya
Material dari satin juga sama sifatnya seperti sifon tetapi satin mempunyai ciri kelembutan yang tersendiri. Satin juga menjadi salah satu fabrik yang boleh digunakan oleh pengantin bertubuh gempal. Ia mempunyai sifat berat dan jatuh yang cantik kerana kainnya yang berat. Namun, anda dinasihatkan agar bijak memilih rekaan apabila memilih satin sebagai pilihan. Potongan yang tidak sesuai akan menjadikan penampilan anda tidak menawan.
Minimumkan Penggunaan ‘Lace’
Penggunaan lace memang sinonim dengan busana ratu sehari. Namun begitu, bagi bakal pengantin yang mempunyai bentuk badan yang besar, lebih baik sekiranya meminumumkan penggunaan lace itu. Penggunaan lace yang berlebihan memberi biasan yang lebih besar buat bentuk badan anda. Anda boleh menggunakan dibahagian tertentu agar penampilan anda tampak seimbang.
Pengantin Bertubuh Gempal Pun Boleh Nampak ‘Stunning’, Trik Ni Boleh Cuba!

Seringkali gadis bertubuh gempal rungsing apabila memikirkan busana perkahwinan untuk disarungkan pada hari bahagia. Bimbang akan tampak lebih besar dan mempunyai masalah untuk mencari busana yang sesuai.
Entri kali ini memberikan tip berguna buat bakal mempelai bertubuh besar dalam mencari busana sempurna.
Memakai Korset
Memakai korset adalah salah satu cara agar postur badan anda tampil lebih menarik dan terletak. Selain memberikan bentuk tubuh yang lebih kemas, korset dapat membantu anda untuk membentuk figura tubuh anda agar tidak bongkok dan tampak menggelebeh.
Ukuran Busana
Pastikan ukuran busana yang diambil adalah tepat dan sempurna. Jangan memilih busana yang terlalu ketat dan elakkan dari memilih yang terlalu longgar. Apa yang penting adalah keselesaan anda untuk bergerak sepanjang majlis berlangsung.
Perincian Minimalis
Busana yang dipilih haruslah tidak terlalu sarat kerana bimbang anda bakal kelihatan lebih besar. Sebaiknya, pilihlah perincian manik atau jemeki yang minimalis dan hanya tertumpu di satu-satu bahagian sahaja. Elakkan juga dari meletakkan perincian di bahagian yang menonjolkan tubuh besar anda.
Aksesori Kecil
Bagi pemilihan aksesori pula, pilih aksesori yang kecil dan tidak terlalu besar. Aksesori yang besar hanya menampakkan penampilan anda berlebihan dan terlalu sarat. Cukup hanya memakai tiara dan subang. Pasti penampilan anda menyerlah dan elegan.
Pentingnya Pemilihan Tudung Kahwin Supaya Tak Nampak ‘Selekeh’ Masa Hari Bahagia

Bakal pengantin yang berhijab anda perlu tahu bila anda memilih tudung semasa majlis perkahwinan anda harus melihat dari pelbagai sudut. Contohnya, material kain yang dipakai, ketebalan, corak, dan sebagainya.
Oleh itu, bakal pengsntin harus pandai memilih tudung agar selesa untuk dipakai masa majlis nanti. Jangan hanya sebab cantik sahaja, keselesaan itu sangat penting kerana anda akan memakai dalam jangka masa yang agak lama.
1. ‘Look’ kena kemas
Pilih lah tudung yang simple tapi cantik, jangan memilih terlalu banyak batu atau berat. Nanti anda akan kelihatan seperti terseksa bila memakainya. Biarlah ia sederhana sahaja tetapi cantik dan kemas.
2. Pilih material yang betul
Ini adalah penting kerana jika salah material mungkin ia akan merosakkan ‘mood’ anda pada hari itu. Seperti ada sahaja yang tidak kena pada tudung anda.
3. Tudung instant adalah yang terbaik
Jika dilihat sekarang memang sudah banyak boleh dapati tudung instant ini. Ia bukan sahaja mudah, malah ia menjimatkan masa anda untuk bersiap dan coraknya juga cantik. Anda boleh ‘matching’ dengan baju anda. Sungguh mudah!
4. Pilih gaya yang sesuai
Jika anda ingin mengenakan sesuatu gaya yang baru anda perlu sesuaikan dahulu gaya tersebut dengan penampilan anda. Oleh itu, jika anda ingin membuat gaya tudung yang agak berbeza daripada anda pakai selama ini pastikan ia sesuai dengan muka anda dan tidak terlalu keterlaluan.