Perbelanjaan untuk perkahwinan tentulah memerlukan bajet yang agak tinggi. Selain tabung melancong, tabung kahwin juga amat penting untuk perancangan masa depan anda.
Buat sementara waktu, anda lupakan seketika perancangan melancong dan fokus kepada misi mendirikan rumah tangga. Selepas berkahwin nanti boleh rancang percutian bersama pasangan anda pula.
Anda boleh mengajak pasangan untuk mengumpul wang bersama. Cara ini lebih baik kerana anda pasti lebih bersemangat untuk mengumpul wang yang diperlukan. Terlalu ramai yang menyesal tidak membuat tabung kahwin sejak awal lagi. Jadi anda jangan ulangi kesilapan mereka dan bertindak sekarang!
Bagi anda yang sedang berusaha untuk menabung terutama mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, boleh cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Syahr Musafir ini.
Saya ada satu sikap malas nak pergi bank untuk tukar ‘duit raya’ jadi beberapa tahun kebelakangan ini, saya mulai kumpul duit RM1 supaya saya boleh guna sebagai duit raya apabila raya puasa tiba.
Ads
Nak dipendekkan cerita, setiap kali masuk office saya, saya masukkan 1 keping RM1 atau 2 hingga 5 keping RM1 ke dalam tabung. Saya fikir kalau saya istiqamah, saya akan dapat minimum 365 keping RM1 pada hujung tahun.
Ads
Tetapi ada hari saya tak ada not RM1, saya masukkan saja RM5 atau RM10. Saya pilih not kertas yang baru, elok dan keras je. Yang lama, rosak, ‘dah lembik’ atau seumpamanya saya tak simpan la..
Saya berjaya kumpul RM800 sebelum raya 2022. Untuk tahun 2022 yang baru berlalu bermula selepas raya puasa, saya mulai menabung semula.
Ads
Sehingga semalam 1 Januari 2023, petang ini saya keluarkan duit daripada kotak tabung saya dan saya kira. MasyaAllah saya berjaya kumpul RM1234. Alhamdulillah.
Dalam total itu, ada 684 keping not RM1. Kira settle la ‘stok duit raya’ saya bulan Mac nanti. Tak payah nak pergi tukar duit di bank dah.
Tu je nak share cerita. Inspiring tak? Hehehe 😁😅😂
Jadi anak-anak yang datang beraya nanti bakal dapat duit kertas warna biru muda. Jangan tanya berapa keping, itu rahsia
PESONA PENGANTIN: Cara ni memang berkesan buat mereka yang jenis tak disiplin menabung. Yang nak berkahwin tu sesuai sangat praktikkan cara ni ya!
Bagi pasangan pengantin baru, tentunya ingin memiliki rumah sendiri bukan? Diakui agak sukar untuk membuat keputusan membeli rumah kerana ia melibatkan banyak faktor termasuklah bajet. Timbul juga keraguan sama ada ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan atau beli sahaja rumah yang telah siap dibina.
Jika korang masih keliru sama ada ingin beli rumah yang masih dalam pembinaan atau rumah yang telah siap dibina, baca tip seperti yang dikongsi oleh perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad
BELAJAR BELI RUMAH DAH SIAP
1. Dalam keadaan ekonomi perlahan begini, bukan kita sahaja terkesan. Pemaju juga banyak yang nipis duit dan terkesan.
2. Tahun lepas sahaja kita ada lebihan hartanah dah siap dan tak terjual , orang Jawa sebut ‘overhang’ sebanyak 30, 358 unit kediaman. Ya 30 ribu lebih rumah dah siap, lebih dari 6 bulan tak ada pembeli.
3. Bukan semua kediaman ini yang mahal, yang bawah RM300k tak terjual berjumlah 7,743 unit belum terjual. Itu semua unit baru. Belum masuk unit subsale dan lelong lagi.
4. Pasaran hartanah selain baru, ada pasaran subsale dan lelong yang boleh kita intai jika nak beli hartanah. Pasaran ini pun menarik, banyak rumah lelong rumah baru siap. Dah siap tak mampu bayar dan terlelong.
5. Dalam keadaan ekonomi 3-5 tahun ke depan ini, saya lebih galakkan pembaca beli kediaman ‘dah siap’ berbanding kediaman yang dalam pembinaan. Penawaran kediaman dalam pembinaan ada lebih 171,000 kediaman sekarang!
6. Semasa krisis ekonomi asia 97-98 lebih dari 500 pemaju gulung tikar waktu itu. Jangan teruja sebab deposit tak payah keluar, dapat rebet hingga kita rugi bertahun bayar rumah tak siap dan ada.
Buat pilihan bijak, saya banyak tulis panduan beli rumah pertama. Moga tahun ini kita sekeluarga ada rumah pertama.
Suami mana yang tidak gembira bila melihat wajah isteri dan anak-anak senyum bahagia. Menjadi suami tidak semudah dalam drama TV. Suami kena banyak beringat soal nafkah, jaga kebajikan keluarga dan yang penting, tidak melepaskan tanggungjawab terhadap ibu tercinta.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Terlintas posting pereka fesyen terkenal tanah air, Wan Ruzaini Jamil atau Ruzaini dari duo Rizman Ruzaini tentang kesyukurannya dapat memiliki sebuah rumah impian untuk isteri, Nurul Hidayati Yahya atau Deqda dan anak mereka, Rahil Ruzaini, membuatkan ramai yang turut gembira.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Di sebalik kediaman mewah dengan keluasan yang mega, Ruzaini bersyukur kerana inilah hadiah rezeki paling besar sempena kelahirannya.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Alhmdulillah pada hari ini 07.08.2022 maka genaplah umur saya yang Allah swt kurniakan hingga ke hari ini. Dalam banyak-banyak rezeki yang Allah kurniakan, tahun ini merupakan antara rezeki paling besar yang saya terima dariNYA iaitu dapat memiliki sebuah rumah impian untuk dijadikan syurga buat isteri dan anak saya juga tak lupa pada ibu saya.
Pelbagai dugaan dan cabaran jugak saya dan isteri hadapi sebelum dapat menggenggam kunci rumah ini. Dapat kunci betul-betul pada bulan Hijrah, dan pada bulan kelahiran saya. Atas doa dari ibu, keluarga dan teman-teman kami.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamilKredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Alhmdulillah dapatlah jugak saya sempurnakan janji-janji yang saya baca dihadapan wali isteri saya dahulu, untuk menyediakan tempat berteduh dan sebuah syurga untuknya dan anak kami. Betullah orang cakap anak itu adalah rezeki. Bukan hanya rezeki, malah pembuka jalan untuk setiap rezeki yang datang.
Buat semua yang wish dan mendoakan saya sempena harijadi saya, berbanyak-banyak terima kasih. Semoga doa-doa kalian berbalik pada empunya badan jugak…Amin.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Ruzaini dan Deq Da melangsungkan perkahwinan pada tahun 2016. Majlis yang diadakan dengan meriah bertemakan Bollywood dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebiti yang pernah mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal ini melalui label RizmanRuzaini.
Semoga lebih banyak lagi rezeki yang Allah limpahkan kepada pasangan ini. InsyaAllah…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajinamoto bukan sekadar digunakan sebagai bahan penyedap masakan tetapi juga boleh digunakan sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.
Tidak hanya itu sahaja, ajinamoto juga boleh dijadikan sebagai regim penjagaan kulit wajah. Melalui satu hantaran diTikTok, seorang pengguna TikTok, Bindia Tamayo06 telah berkongsi tip kecantikan memutihkan kulit wajah dengan menggunakan ajinamoto.
Bagi bakal-bakal mempelai yang rasa nak nampak kulit wajah putih bak salju, bolehlah cuba tp ini.
Dalam perkongsian video tersebut, masker ajinamoto disapukan pada kulit wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Hasilnya dalam tempoh 2 hari, ia mampu memutihkan kulit wajah.
Video itu telah tular dan ramai warga maya telah mencubanya. Daripada komen-komen yang diberikan, ramai yang mengakui petua tersebut berjaya memutihkan kulit wajah mereka.
Hasilnya kulit wajah nampak ‘glowing’. Jangan pakai terlalu lama, cukup pakai hanya 15 minit sahaja.
BAHAN:
1 sudu besar ajinamoto
Sedikit air
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Campurkan ajinamoto dengan sedikit air. Kacau rata.
2. Sapukan pada seluruh wajah.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Bilaslah dengan air bersih.
Anda juga boleh menggunakan ajinamoto yang dicampurkan dengan tomato kisar atau lobak merah. Terpulang pada anda.
KHASIAT MASKER AJINAMOTO PADA KULIT WAJAH:
1. Sebagai toner wajah.
3. Sebagai skrub wajah.
4. Sebagai pencuci kuli wajah.
5. Menghilang jerawat pada kulit wajah.
NOTA: BAGAIMANAPUN PETUA INI MUNGKIN SESUAI PADA SESETENGAH ORANG MENGIKUT KESESUAIAN KULIT WAJAH MASING-MASING. BAGI MEREKA YANG MEMILIKI KULIT WAJAH SENSITIF TIDAK DIGALAKKAN MENCUBA PETUA INI.