Isteri adalah saham akhirat. Bila hal begini jadi, pasti masing-masing akan tuding jari pada lelaki, lelaki pula akan salahkan wanita. Sebab tu, tujuan perkahwinan ialah untuk kita jadi lebih baik. Saling ingat-mengingati dan saling lengkapkan apa yang tak sempurna.
Tapi hakikatnya jika kita berlandaskan agama, suami tetap perlu dihormati dan suami perlu membimbing isteri. Cuma pada zaman sekarang ni, ramai yang culas tentang tanggungjawab dan peranan suami isteri.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi,
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ads
Ini mungkin beberapa tips yang suami boleh buat untuk isteri. Isteri gembira suami pun senang. Rezeki juga insyaallah akan bertambah.
#1. Kadang suami takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita. Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
Ads
#2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
#3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
Ads
#4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
#5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
#6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak bahagia dalam rumah tangga, gali kelebihan pasangan, bukannya cari kekurangan. Itu kunci paling mudah suami isteri kena tanam dalam diri sejak awal perkahwinan.
Andai selalu sangat melihat kelebihan pasangan lain, langsung tidak memberikan faedah. Malah akan rasa tidak pernah cukup.
Gali Kelebihan Pasangan Bukan Cari Kekurangan
Perkara ini akan lama-kelamaan akan menjejaskan hubungan suami, isteri. Nak lebih memahami isu ini, jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin, moga anda boleh baiki hubungan suami isteri ke arah yang lebih harmoni.
Dalam rumah tangga ini, semua orang ada ujian masing-masing. Tiada rumah tangga yang sempurna. Close to perfect mungkin ada tapi itu pun setelah mereka berjaya melepasi ujian yang Allah SWT bagi kepada mereka.
Kenapa rumah tangga tak sempurna? Sebab kita yang manusia ini pun tak sempurna. Mana ada orang yang dapat pasangan tidak ada langsung kekurangan, kelemahan dan keburukan.
Manusia Tak Sempurna
Mesti akan ada juga terkurang dekat situ, terlemah dekat sini. Tak boleh lari oleh kerana kita ini manusia, bukan malaikat.
Kalau kita faham konsep itu, maka kita tidak akan menuntut kesempurnaan itu dari pasangan.
Bahkan kita sendiri yang cuba sedaya-upaya untuk menutup kekurangan, kelemahan dan keburukan pasangan dengan kelebihan yang ada pada diri kita.
Hendak hidup bahagia, nak hidup tenang, mahu hidup dalam keadaan yang bersyukur, maka kena tengok kelebihan pasangan.
Jangan Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain
Tengok apa yang dia ada berbanding apa yang dia tidak. Jangan sesekali compare dia dengan orang lain kerana dia adalah dia, orang lain adalah orang lain.
Setiap pasangan, ada ujian masing-masing. Baik buruk ujian tu, berat ringan ujian tu, hanya mereka dan Allah sahajalah yang mengetahuinya. Wallahualam.
Jodoh adalah Ketentuan Allah SWT, oleh itu hargailah sebaiknya. Jika berlaku sesuatu dan timbul rasa tidak puas hati, cubalah berbincang dengan baik demi kepentingan bersama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang dah bercinta lama tetapi masih tak bersedia nak kahwin atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan perkahwinan ini adalah pintu gerbang untuk memulakan perjalanan panjang yang penuh liku. Jadi anda kena ambil serius dan berbincang bersama pasangan mengenai persediaan perkahwinan sebelum mendirikan ‘masjid’.
Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin yang boleh anda semak:
1. Komen negatif tentang perkahwinan
Perkara yang mendorong perilaku ini boleh terjadi disebabkan sama ada kerana si dia trauma masa lalu, isu kepercayaan atau sebab lain.
Tetapi jika pasangan anda lebih kerap memberi komen negatif tentang perkahwinan, bermakna pasangan anda tidak ‘tergesa-gesa’ untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat perkahwinan.
2. Fokus pada diri sendiri
Mengejar kerjaya dan impian adalah hak setiap individu. Namun, sekiranya pasangan anda tidak menyertakan anda dalam perancangan masa depannya, kemungkinan dia tidak mengambil serius dalam perhubungan kalian.
Termasuk jika pada masa ini pasangan anda masih suka melepak atau berpesta dengan rakan-rakannya daripada melakukan perkara yang lebih bermanfaat.
3. Selesaikan masalah dengan beremosi
Dalam perhubungan, pertengkaran adalah perkara biasa yang berlaku. Malah, pasangan yang tidak pernah bergaduh dalam perhubungan juga boleh diragui kasih-sayangnya.
Sebaliknya, jika anda dan pasangan sering berborak tentang perkara remeh dan menjadikannya lebih beremosi dan dramatik, berkemungkinan belum masanya untuk kalian ke jinjang pelamin.
Ini memerlukan dua orang dewasa yang sama-sama ‘matang’ untuk mampu berkonflik dan mengatasi perbezaan demi mengekalkan hubungan yang berkekalan.
4. Ubah topik perbualan bila cakap pasal kahwin
Bendera merah yang seterusnya adalah jika anda atau pasangan sering mengelak atau menukar topik perbualan apabila hal perkahwinan dibincangkan. Dari segi psikologi, orang benar-benar ingin bercakap tentang perkara yang menggembirakan mereka dan cenderung untuk mengelakkan topik yang membuat mereka tidak selesa.
5. Tak bawa jumpa keluarganya
Jika pasangan anda serius menjalinkan hubungan, dia akan cuba membawa anda ke dalam kehidupan mereka.
Selain melibatkan anda dalam rancangan masa depannya, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan diri anda kepada keluarga, kawan atau orang penting dalam hidupnya.
Jika ini tidak berlaku, jangan terlalu berharap.
6. Tolak perbincangan sensitif
Setelah berkahwin, pasangan anda adalah orang pertama yang akan dilihat apabila bangun dan orang terakhir sebelum anda tidur.
Itulah sebabnya jika anda dan pasangan belum bersedia untuk bercakap secara terbuka tentang perkahwinan, termasuk mengenai komitmen, seks, nilai, kewangan, dan lain-lain, kemungkinan besar anda masih jauh dari fasa perkahwinan. Terutama jika anda mempunyai prinsip atau nilai yang berbeza dalam isu-isu yang penting.
7. Tidak berdikari dari segi kewangan
Pasangan yang serius akan tidak menganggap topik kewangan sebagai materialistik atau ‘rezeki sudah diatur’.
Orang yang sudah bersedia untuk berkahwin memahami bahawa perkahwinan hanyalah “syarat” dan kehidupan selepas itu adalah panjang dan mencabar. Itulah sebabnya mereka memahami bahawa kestabilan kewangan adalah salah satu bekalan yang perlu disediakan untuk memikul tanggungjawab yang besar.
Haaa… itulah ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin. Kalau anda atau pasangan mempunyai tanda-tanda ini, boleh cepat-cepat buat keputusan sama ada nak teruskan atau cukup sampai di situ.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu kahwin lari, tanpa pengetahuan keluarga adalah benda yang paling ngeri bagi mak dan ayah. Bahkan, banyak juga isu sebegini ada dalam drama tv, novel dan lain-lain.
Cuma kalau nak tahu lebih jelas kesannya, boleh baca perkongsian saudara Fahmi Ramli ini, moga kita boleh didik anak-anak dan berikan kesadaran dari awal.
Kahwin Lari
Rakyat Malaysia ini biasa dengar isu sebegini. Bahkan ada dikalangan mereka ini memang lebih suka berkahwin disana. Tambah-tambah pasangan lelaki yang bakal menjadi suami tersebut adalah ‘suami orang’. Ada juga yang pilih untuk berkahwin disana disebabkan tidak mendapat restu daripada wali atau keluarga.
Tapi, apa yang menjadikan saya nak berkongsi dengan pembaca adalah tentang kesan yang buruk kepada wanita. Ramai wanita tak tahu, bila perkahwinan berlaku di sempadan Thailand ini misalnya, kesan yang paling buruk akan berlaku adalah kepada wanita itu sendiri berbanding lelaki tersebut. Antara kesannya adalah:
1. Boleh jadi tak sah
Mungkin perkahwinan yang nampak macam ‘real’ sebab ada tok kadi semua, tapi ramai juga yang tertipu dengan agen yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Tempat pernikahan yang berlaku tersebut adalah menjadi perkara utama yang perlu disahkan terlebih dahulu kerana hanya beberapa tempat sahaja yang diiktiraf.
Bahkan, ada juga wanita yang jarak dia dengan wali tidak melebihi dua marhalah dan bermacam lagi alasan. Jadi, kesan yang paling buruk adalah kepada wanita tersebut kerana bila perkahwinan yang tidak sah dari sudut hukum syarak dan undang-undang ini, akan muncul kesan yang lain hanya disebabkan pernikahan tidak sah. Persetubuhan suami isteri juga menjadi persetubuhan syubhah.
2. Anak Tak Sah Taraf
Inilah kesan utama yang akan menyusul sekiranya berlaku pernikahan di Sempadan Thai. Anak yang akan dilahirkan tidak boleh ber ‘bin’ atau ‘binti’ kan kepada bapanya disebabkan tidak mempunyai sijil pernikahan Siam. Jadi, yang ada hanya maklumat ibu semata-mata. Jika si bapa ini masih hidup dan belum buat pengesahan mungkin tak menjadi masalah besar.
Tapi, cuba bayangkan jika bapa tersebut telah meninggal atau hilang sebelum dibuat pengesahan. Menjadi satu masalah besar untuk si ibu berseorangan membuat pengesahan nikah di Mahkamah dan kemudian membuat pengesahan nasab anak untuk di’bin’ atau ‘binti’ kan anak tersebut kepada bapanya.
3. Tanggung Nafkah Anak Sendiri
Rentetan daripada kelahiran anak tak sah taraf, isu yang akan timbul adalah ibu dan keluarga ibu tersebut yang akan menanggung segalanya nafkah anak tak sah taraf ini. Si bapa tidak bertanggungan untuk memberi nafkah kepada anak tidak sah taraf kerana ia bukan dinasabkan kepada dirinya. Bahkan, jika si ibu nak tuntut perintah nafkah anak di Malaysia ini, ibu tersebut mesti melalui proses mengesahkan pernikahan, mengesahkan nasab dan barulah kepada tuntutan nafkah anak.
Ada banyak peristiwa yang pihak suami enggan peduli nafkah anak yang dilahirkan hasil pernikahan di Malaysia apatah lagi pernikahan di Siam. Meskipun dari segi benih biologi (sperma) tu datang daripada lelaki tersebut, tapi dari segi hukum dan undang-umdang ia tidak dikira sehinggalah disahkan oleh Mahkamah.
4. Sukar bercerai di Malaysia
Jangan ingat langit itu selalu cerah. Rumahtangga ini sifatnya pasang surut. Masa nak pujuk kahwin tu lemah lembut la sifatnya. Pijak semut pun tak mati. Tapi lepas kahwin, timbul pulak isu tak dapat nafkah, kena pukul, tak dapat giliran bermalam yang adil bagi poligami, curang dengan perempuan lain pulak dan macam-macam lagi.
Jadi, isteri ni mula tidak puas hati dan nak mohon cerai. Isteri ini perlu pilih antara dua, cerai semula di tempat pernikahan mereka di Siam tersebut atau membuat pengesahan nikah terlebih dahulu di Mahkamah dalam Malaysia dan kemudian baru boleh buat permohonan cerai.
5. Abai hak isteri
Bila dah kahwin di Siam, tak ada jaminan pun suami tu akan bertanggungjawab berkaitan nafkah dan giliran yang adil untuk berpoligami. Pasangan yang bernikah dalam Malaysia pun ada masalah inikan pula yang bernikah di sana.
Jadi, si isteri ini, jika nak tuntut nafkah diri di Mahkamah, perlu dapatkan pengesahan nikah dahulu. Begitu juga dengan hak bermalam. Ada wanita yang teraniaya dimana suami pernikahan Siam ini tinggalkan terus dan hilang begitu sahaja tanpa nafkah dan sebagainya selepas berjaya melepaskan nafsunya semata-mata.
6. Hak selepas cerai
Jika berlaku perceraian, pastinya ramai wanita yang akan membuat tuntutan selepas perceraian seperti nafkah eddah, mutaah, harta sepencarian dan hutang dalam perkahwinan. Selagimana wanita tersebut tidak ada Sijil Perceraian yang sah, maka selagi itu beliau tidak boleh membuat tuntutan di Mahkamah.
Banyak wanita yang teraniaya pada isu ini. Sudahlah dipukul, diambil duit dan melahirkan anak tak sah taraf, kemudian bila dicerai atau ditinggalkan, tak dapat pula nak tuntut hak selepas cerai. Tambah-tambah harta sepencarian yang melibatkan hartanah.
7. Pusaka suami
Bila suami tersebut meninggal dunia, pasti akan timbul banyak isu besar kepada pasangan yang bernikah di Siam ini tentang Pusaka. Harta pusaka yang ditinggalkan oleh suami seperti wang di bank, kwsp, insuran, simpanan pelaburan, rumah, kereta dan sebagainya tidak boleh diperolehi sedangkan wanita tersebut memang isteri.
Tapi, disebabkan pernikahan tersebut tidak disahkan oleh Mahkamah , maka, isteri tersebut tidak boleh menuntut pusaka tersebut. Akhirnya semua pusama itu hanya dapat kepada isteri pertama sahaja sedangkan dia juga isteri kedua kepada si mati.
Mungkin ada lagi isu lain yang wujud bila berlaku pernikahan di Siam ini. Tapi, pastinya wanita yang akan menjadi mangsa terbesar lelaki yang memujuk untuk bernikah di Siam. Percayalah, isu sebegini masih terus berlaku disebabkan kita mudah terdorong dengan tipu daya dan hawa nafsu. Jangan mudah termakan dengan janji manis seorang lelaki yang kononnya akan berlaku adil dan bertanggungjawab selepas balik ke Malaysia.
Berapa ramai dah yang tertipu dek kerana janji tersebut. Kita berharap akan ada kesedaran kepada wanita tentang isu sebegini. Yang menjadi mangsa terbesar adalah wanita. Tolong sampaikan amanat ini pada wanita lain supaya mereka tidak menjadi mangsa seterusnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...