Kita memang selalu atau akan suka sesuatu yang kita baca atau dengar menyebelahi kita. Contohnya, bila orang puji kita, bila orang puji jawatan/pekerjaan kita, bila orang puji organisasi kita dan lain-lain bentuk pujian.

Selain daripada tu, kita juga suka baca penulisan yang, memberikan point pada kita. Contoh, kita isteri, kita suka baca tentang, “bagaimana suami sepatutnya melayani isteri.” Atau kalau kita suami, kita pula suka baca, ”Suami itu kunci syurga dan neraka isteri. Taatlah suami tanpa syarat.”

Sifat Pasangan Itu, Cerminan Pada Diri Masing-Masing

Kawan-kawan, bagus pembacaan-pembacaan begini. Dan, lebih bagus jika, kita baca juga yang bertentangan dengan kita. Dan kita cuba jadi atau ikut nasihat yang dikongsikan, pada diri kita.

Contoh, kalau suami baca tentang bagaimana menjadi isteri solehah, suami tu balikkan sifat-sifat itu pada diri dia. Supaya, dia dahulu menjadi suami yang soleh, sebelum mendapat isteri yang solehah.

Yang kita isteri pula, bila baca tentang, layanan sepatutnya suami kepada isteri. Kita pula reflek pada diri, dan buat bagaimana yang sepatutnya kita buat pada suami. Kita menjadi yang suami suka, insyaAllah kita akan dapat juga suami yang kita suka.

Sifat pasangan itu, cerminan pada diri masing-masing. Suami cerminan isteri, isteri cerminan suami. Kita sama-sama menjadi duta kecil kepada pasangan kita.

IKLAN

Sifat Pasangan Itu, Cerminan Pada Diri Masing-Masing

Elok budi pekerti kita, elok lah orang pandang suami kita. Baik bicara kita, baik jugalah orang pandang isteri kita. Anak-anak pula akan ikut macam mana mak dan ayah mereka.

Jadi, marilah kita sama-sama buat refleksi kepada diri kita melalui pembacaan dan perkongsian yang kita baca dia media sosial terutamanya. Banyak kebaikan dan perubahan positif yang boleh kita dapat untuk rumahtangga dan keluarga kita, jika kita berusaha untuk lembutkan hati, dan perlahan-lahan buang ego kita.

Untuk siapa? Bukan untuk sesiapa. Hanyasanya untuk kehidupan kita di akhirat nanti, yang pasti mendambakan syurga.

IKLAN

Selamat sejahtera buat semua sahabat muka buku kecintaan dan kesayangan Ar Rahman dan Ar Rahim.

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Kredit : Nur Farhana Fizal

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI