KEPADA PAPA MAMA YANG SIMPAN TALI PUSAT ANAK NI.. BOLEH DAH TANAM….
5 best places to experience fall in New York State (24).
Makruh hukumnya menyimpan tali pusat anak.
Tali pusat anak yang kita simpan lama2 tu sebenarnya dah jadi bangkai =(
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Definisi “tali pusat” ialah bahagian usus yangg menghubungkan bayi dengan urinya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Ia boleh didapati pada bayi yang baru sahaja dilahirkan pada bahagian perutnya. Tali pusat inilah yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya. Kebiasaannya tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran.
29468084_377890746024438_5036282293421867008_o.
Ads
Menjadi sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu:
Sebahagian menyimpannya untuk faedah perubatan, sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering.
Sebahagian pula menyimpan kerana kepercayaan bahawa ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama dengan adik beradik yang lain, atau apa-apa kepercayaan.
Sebahagian lagi menyimpan bukan kerana faedah perubatan atau kepercayaan, tetapi hanya sebagai kenangan.
Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab menyebut: “Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan mencemarkan kehormatan mayat itu dan mendatangkan mudarat kepada manusia disebabkan bau busuknya. Pengebumian di kawan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW mengebumikan para sahabat yang mati di Baqi`, dan kerana ramai orang yang menziarahinya akan mendoakannya.”
Imam al-Nawawi dalam komentarnya menyebut bahawa hadis Nabi SAW mengebumi jenazah di Baqi` itu adalah hadis sahih lagi mutawatir dan hukum fardhu kifayah ini menjadi ijmak kesepakatan semua orang Islam. Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (5/282)
Kemudian ulama membahaskan hukum organ atau bahagian tubuh yang terputus semasa hidup. Imam Muhammad al-Syarbini al-Khatib Rahimahullahu, pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/349) berkata: “Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Disunatkan juga membungkus tangan dan seumpamanya dengan kain.”
Ads
Manakala kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: “al-masyimah (uri) yang dinamakan sebagai al-khalas (tali pusat) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputuskan daripada anak tersebut. Maka tali pusat sebahagian daripada tubuhnya.”
Adapun hukum mengerat tali pusat sejurus bersalin, maka berkata Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani dalam Matla` al-Badrayn (1/346): “Wajib dikerat tali pusat kanak-kanak setelah dilahirkan dengan berlalu sedikit masanya.”
Dapat kita simpulkan daripada dua rujukan di atas, bahawa tali pusat dianggap sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir. Justeru asal hukumnya adalah sunat menanam tali pusat itu sama seperti hukum kuku, rambut dan darah seperti darah bekam sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia.
Ads
7.
Maka, kami katakan dalam hukum menyimpan tali pusat:
Makruh hukumnya menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan.
Harus sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.
Haram jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya di dalam Islam.
Wallahua’lam.
Semoga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan dan kebaikan kepada masyarakat umumnya.
Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Setiap pasangan pengantin pastinya menginginkan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Segala senarai semak dibuat dengan teliti agar semuanya terurus dan berjalan seperti yang diinginkan. Namun begitu, kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan. Walaupun persiapan rapi dibuat, namun masih ada perkara yang boleh berlaku dan boleh menjejaskan majlis perkahwinan.
Jom kita lihat perkara yang paling ditakuti oleh pengantin semasa majlis perkahwinan berlangsung!
1. MAKANAN TAK CUKUP
Ini merupakan salah satu perkara yang paling ditakuti oleh pasangan pengantin. Walaupun bajet dan jumlah tetamu telah dibuat, namun perkara ini boleh berlaku. Mungkin pihak pengantin telah membuat makanan lebihan, namun ia masih tidak mencukupi. Manakan tidak, sekiranya satu keluarga yang datang melebihi 5 orang, pastinya makanan tidak mencukupi.
Perkara ini selalu menjadi igauan mimpi bagi setiap wanita. Pastinya setiap wanita ingin tampil cantik di majlis perkahwinannya. Solekan yang tidak menjadi boleh menyebabkan pengantin itu hilang seri dan kelihatan aneh. Oleh itu, anda perlu mencari jurusolek yang boleh dipercayai dan jika perlu, buat test makeup dahulu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Perkara ini merupakan mimpi ngeri bagi pengantin itu sendiri. Manakan tidak, setelah semua persiapan perkahwinan telah dibuat, bakal suami/isteri anda tidak datang. Kumpulan kompang sudah bersedia dan semua tetamu menunggu ketibaan pengantin namun tidak muncul-muncul tiba. Telefon tidak berjawab dan mulalah hati menjadi gundah gelana. Rupanya talian telefon di luar kawasan dan pengantin pula tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Haish! Bikin Suspen.
Sedang elok pangantin sedang bersanding duduk atas pelaminan cinta, tiba-tiba pelamin runtuh. Perkara ini amat ditakuti oleh pasangan pengantin. Walaupun pelamin tampak gah dan tersergam indah, pastikan ia kukuh dan selamat untuk digunakan.
5. HARI HUJAN
Hujan merupakan rahmat dari Tuhan yang perlu disyukuri. Namun begitu, hujan juga merupakan perkara yang ditakuti oleh setiap pengantin. Ini kerana, hujan boleh membantutkan acara dan keseluruhan majlis perkahwinan. Tambahan lagi bagi pasangan pengantin yang melakukan perkahwinan outdoor. Oleh itu, sebelum menetapkan tarikh sesuatu majlis perkahwinan, pastikan tarikh yang dipilih bukan berada di musim hujan.
Perkara ini juga merupakan perkara yang ditakuti oleh pengantin di majlis perkahwinan. Bekalan air dan elektrik adalah sumber yang penting untuk melakukan majlis perkahwinan. Cuba anda bayangkan, sekiranya bekalan air dan elektrik terputus. Pastinya semua persiapan boleh tergendala dan menyebabkan kecelaruan.
7. BAJU TAK MUAT
Baju tidak muat jugak ditakuti oleh pengantin terutama wanita. Saat ingin menyarungkan busana impian, baju pula tidak muat. Padahal sudah beberapa kali membuat fitting sebelum majlis berlangsung. Saat-saat akhir dan genting seperti ini boleh membuat semua pengantin sakit jantung. Oleh itu, sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, cuba sarungkan dan membuat fitting utnuk kali terakhir bagi memastikan semuanya kelihatan sempurna.
Pemberian diskaun bil elektrik sedia ada yang dilaksanakan kerajaan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini, melibatkan seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia bakal menikmati diskaun antara 2 hingga 50 peratus, bermula 1 Oktober hingga 31 Disember. “Ia sebagai lanjutan yang diumumkan Perdana Menteri pada 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE),” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.
Sementara itu, bagi pengguna domestik di Sabah dan Sarawak, diskaun bil elektrik tetap diberikan sebanyak 2 peratus sehingga 31 Disember yang akan memanfaatkan kira-kira 520,000 pengguna di kedua-dua negeri itu.
“Pelanjutan diskaun selama tiga (3) bulan bagi pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia akan dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran RM392 juta.
“Manakala diskaun bagi Sabah dan Sarawak akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta,” tambah kenyataan itu lagi.
Angka tersebut menjadikan kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember 2020 adalah berjumlah RM2.62 bilion. Mengimbas kembali, Suruhanjaya Tenaga pada 30 Jun lalu memaklumkan pengguna bukan domestik akan menikmati penurunan surcaj sebanyak 2 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember, manakala pengguna domestik pula kekal membayar kadar tarif sedia ada.