
Akhir tahun nanti macam-macam nak beli. Baju sekolah anak, alat tulis, beg sekolah, yuran dan macam-macam lagi.
Kalau yang anak seorang mungkin taklah terasa sangat. Bila anak dah masuk 2,3 ni barulah kita akan rasa pentingnya ada tabungan untuk tampung perbelanjaan yang mungkin tak cukup.
Dalam artikel ini, kami kongsikan tips simpan duit oleh saudara Nazrul Akram.
DISIPLINKAN DIRI MENABUNG SETIAP HARI
Dulu saya pernah share membuat simpanan untuk tabung anak. Tahun ni pulak kita share pasal simpan duit untuk diri sendiri.
Dengan modalkan RM10 setiap hari, harini dah masuk hari ke 365 maka simpanan anda dah ada RM3,650.
Bagi saya RM3,650 banyak bro pasal korang boleh bayar roadtax, service kereta, pergi travel, renovate rumah ke. Tu belum kira kalau korang simpan dan deposit dalam ASB. Berbunga bunga dividen dia.
SIMPAN DUIT WALAUPUN RM3 SEHARI
Kalau RM10.00 setiap hari tu besar, boleh mulakan dengan RM5.00. Tak susah mana pun cuma kena disiplinkan diri untuk menabung.
Tapi jangan pulak korek tabung anak. Kalau pinjam duit anak WAJIB bayar balik bro. Pasal tu hak dia ye tuan-tuan.
Mari saya share contoh simpanan :
RM10 X 365 hari = RM3650
RM3650 X 6% (Dividen ASB) = RM3869.00
RM5 X 365 hari = RM1825
RM1825 X 6% (Dividen ASB) = RM1934.50
Kalau tak mampu cuba simpan RM3.00, nampak sikit kan tapi kalau dah setahun ribu jugak jadinya.
RM3 X 365 hari = RM1095.00
Hasil simpanan RM3 ni pun paling tidak dapat membantu bayar roadtax kereta ke, buat beli baju sekolah anak ke…. ape-ape la yang korang nak belanja.
Kalau malas nak simpan tiap-tiap hari ni korang tolak daripada gaji siap-siap. RM100, RM200, RM300 setiap bulan. Tak dee masalah pun.
‘PERAM’ HASIL SIMPANAN SETIAP TAHUN
Paling best tengok figure tu bila masuk tahun ketiga. Cuba simpan RM10 setiap hari.
RM10 X 365 hari = RM3650
RM3650 X 3 tahun = RM10950
RM10950 X Dividen ASB = Korang kira sendiri la!
Saya bukan pakar kewangan tapi simpanan ni patutnya adalah wajib bagi kita yang dah bekeluarga ni.
Senang nak manage ujung tahun anak nak masuk sekolah atau time nak raya. Tak de laa senak perut.
Sekadar kongsi pengalaman. Share la kalau rasa nak share.
JOM MULA MENABUNG!
Wah, lepas ni wajib kena ada tabung dekat setiap rumah. Penting tau disiplinkan diri untuk menabung. Elok sangatlah sempena tahun baru ni kita tanamkan semangat untuk simpan duit.
Nanti kalau terdesak, ada juga simpanan untuk back up keperluan kita kan?
Kredit: Nazrul Akram
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mufti Jawab Tentang Penggunaan Dulang Hantaran Yang Disadur Perak & Emas

Trend gubahan hantaran perkahwinan sentiasa berubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya ada ciri-ciri tarikan yang tersendiri.
Tapi apa yang kita sebenarnya tidak tahu mengenai hukum menggunakan dulang hantaran yang disadur perak atau emas. Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu berbalik kepada perkara paling asas iaitu hukum menggunakan dulang emas dan perak itu sendiri.
Soalan:
Assalamualaikum, apa hukum berikut:
1. Apakah hukum menggunakan dulang yang disadur perak untuk menghidang air kepada tetamu? Dulang dibuat dari logam biasa
2. Apakah hukum menggunakan mangkuk kaca untuk makanan tetapi mangkuk kaca ini ada tudung yang disadur perak? Tudung mangkuk itu dibuat daripada logam biasa.
Jawapan:
Waalaikumussalam.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Para ulama bersepakat bahawa bekas-bekas seperti dulang, mangkuk dan sebagainya yang diperbuat daripada emas dan perak adalah haram jika tiada hajat yang mendesak. Ini kerana menggunakan bekas-bekas yang diperbuat daripada emas dan perak adalah daripada perbuatan orang yang sombong dan juga meluluhkan hati orang miskin yang tidak mampu memilikinya.
Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah
مَنْ شَرِبَ فِى إِنَاءٍ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ فَإِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِى بَطْنِهِ نَارًا مِنْ جَهَنَّمَ
Maksudnya : “Sesiapa yang minum (dan makan atau apa sahaja) daripada bekas (yang diperbuat daripada) emas atau perak. Maka perutnya akan menggelegak disebabkan api neraka.”
Riwayat Muslim (5509)
Al-Imam Al-Nawawi ketika memberi komentar terhadap hadis ini beliau menyebut :
“Kata Ashab kami telah berlaku ijmak terhadap pengharaman menggunakan bekas-bekas daripada emas dan perak sama ada untuk makan, minum dan sebagainya kecuali di sana terdapat pendapat daripada Daud al-Zahiri dan qaul Qadim al-Imam al-Syafie. Akan tetapi kedua-dua pandangan ini (pandangan Daud al-Zahiri dan Qaul Qadim al-Imam al-Syafie) ditolak berdasarkan nas dan Ijmak.”
Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/27)
Berbeza hukumnya jika bekas itu disadur sepertimana soalan yang dikemukakan. Para ulama mempunyai pandangan berkenaan hal ini:
- Mazhab Hanafi – Boleh menggunakan bekas yang disadur emas atau perak dengan syarat bahagian saduran tidak boleh dipisahkan kembali.
- Mazhab Syafie – Boleh menggunakan jika saduran itu sedikit
- Mazhab Hanbali – Hukum menggunakan bekas yang disadur emas atau perak sama sahaja seperti menggunakan bekas yang diperbuat dari emas dan perak. Justeru haram menggunakannya.
Secara ringkasnya, para ulama menyatakan:
- Jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan dari bekas itu maka harus menggunakannya kerana emas atau peraknya telah musnah di dalam logam lain.Ianya dianggap seperti tiada.
- Jika saduran itu banyak iaitu dapat dipisahkan dari bekas melalui proses lebur dan sebagainya. Maka haram menggunakannya.
Walaupun begitu, kami lebih selesa jika penggunaan dulang tersebut dapat dielakkan kerana kaedah menyebut:
الخُرُوجُ مِنَ الخِلاَفِ مُستَحَبّ
“Keluar daripada khilaf adalah sesuatu yang harus”.
Wallahu’alam.
Sumber : muftiwp.gov.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami, Jagalah Tingkah Laku Agar Hubungan Rumah Tangga Berkekalan

- Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
- Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
- Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
- Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.
Sumber:http://bacaanharianku.blogspot.my/2011/02/tip-mudah-rumah-tangga-bahagia.html
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hukum Mengambil Dan Berebut Barang Hasil Sedekah Orang

Apa hukumnya sesetengah AJK dan orang ramai mengambil banyak-banyak dan bawa balik makanan yang disedekahkan orang untuk Jemaah masjid, dan menafikan hak orang yang datang kemudian?

Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, dan ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.
Dalam masyarakat kita, seringkali kita lihat fenomena memberi sedekah dengan meletakkan barang sedekah itu di masjid atau surau. Budaya baik ini telah memberikan manfaat yang banyak kepada orang ramai. Antara barang yang sering disedekah orang ialah barang makanan. Pemberi sedekah akan meletakkan barang sedekahnya itu di sudut masjid dan memaklumkan niat sedekahnya kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid. Umum mengetahui bahawa orang fakir dan miskin adalah layah untuk menerima sedekah seperti mana firman Allah ﷻ:
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ
Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin,”
(Surah al-Taubah: 90)
Adapun bagi orang kaya, atau orang yang tidak memiliki keperluan mengambil sedekah sunat itu, maka kami telah menjawabnya dalam Al-Kafi #1397 : Hukum Memberi Sedekah Kepada Orang Kaya. Kesimpulannya, diharuskan mereka mengambilnya jika mereka tidak meminta-minta atau berebut-rebut mendapatkannya. Ertinya, jika mereka mengambil sedekah maka sedekah itu menjadi haknya untuk dimakan. Ini dikuatkan dengan kaedah fiqh yang menyebut:
كُلُّ مَنْ سَبَقَ إِلَى مُبَاحٍ فَهُوَ أَحَقُّ بِهِ
Maksudnya: “Setiap orang yang mendahului pada perkara-perkara harus, maka dia yang paling berhak terhadap perkara tersebut”
Rujuk al-Bayan fi al-Mazhab al-Syafie (7/508)
Sheikh Abdul Muhsin al-Zamil Hafizahullah mengatakan: “Kaedah ini meliputi banyak perkara…antaranya ialah yang mendahului orang lain di tempat-tempat awam” Rujuk Syarah Qawaid as-Sa’diyyah (1/179-180)
Kaedah ini diasaskan daripada hadis-hadis yang semakna dengannya seperti juga hadis yang diriwayatkan oleh Asmar bin Mudharris RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ سَبَقَ إِلَى مَا لَمْ يَسْبِقْهُ إِلَيْهِ مُسْلِمٌ فَهُوَ لَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mendahului pada perkara-perkara yang tidak didahului oleh orang Islam yang lain, maka dia berhak untuknya”
Riwayat al-Baihaqi (11779) dalam Sunan al-Kubra
Para ulama Syafieyyah meletakkan hadis ini dalam bab ihya’ al-mawat (menghidupkan tanah), hak penggunaan air, hak mengambil barang dan anak pungut dan lain-lain. Kami juga telah membahaskannya dalam Bayan Linnas Siri Ke-180: Fiqh Jalan Raya Sempena Hari Raya berkenaan isu memotong trafik dengan cara yang salah.
Namun jika mereka meminta-minta sedekah, maka hukumnya adalah haram. Maka orang kaya itu sebenarnya disunatkan agar menjauhkan diri daripada mengambil sedekah dan dimakruhkan ke atas mereka untuk mendedahkan diri untuk mendapatkannya.
Bahkan jika mereka meminta sedekah dengan menzahirkan dirinya sebagai seorang fakir, maka hukumnya adalah haram. Kata Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdab (6/239): “Tidak dihalalkan ke atas orang kaya untuk mengambil sedekah sunat dalam keadaan dia menzahirkan dirinya sebagai seorang fakir.”
Ini berdasarkan dalil riwayat daripada bahawa Rasulullah ﷺ:
أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الصُّفَّةِ مَاتَ فَوُجِدَ لَهُ دِينَارَانِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيَّتَانِ مِنْ نَارٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki daripada Ahli Suffah telah meninggal dunia lalu ditemui baginya dua dinar emas, lalu Nabi ﷺ bersabda: “Dua logam panas dari Neraka.”
Riwayat Ahmad (22275)
Bahkan ini selari dengan firman Allah ﷻ:
يَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ۖ هَٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ
Maksudnya: “(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
(Surah al-Taubah: 35)
Kemudian, Imam al-Nawawi juga menyebut pendapat ulama Syafieyyah seperti al-Mawardi bahawa diharamkan ke atas orang kaya untuk meminta sedekah. Bahkan, di sisi Imam al-Ghazali pula mengatakan haram ke atas orang yang mampu bekerja untuk meminta sedekah. Adapun permintaan sedekah daripada orang yang mempunyai hajat keperluan sedangkan dia tidak mampu bekerja yang boleh menghilangkan hajat itu adalah diharuskan dan tidak makruh.
Berkata Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Tolibin (3/343):
“Adapun jika seseorang meminta sedekah, maka berkata pengarang al-Hawi (yakni al-Mawardi) dan selainnya: Jika dia seorang yang memerlukan, maka tidak haram meminta, tetapi jika dia seorang kaya (yakni cukup) dengan harta atau pekerjaan, maka meminta itu adalah haram, dan apa yang diambil juga haram ke atasnya. Di sisi kami (Syafieyyah) adalah wajh (pendapat ashab) yang lemah seperti mana yang disebut oleh pengarang al-Kitab (al-Syirazi) dan selainnya, dan selainya dalam bab al-Nafaqah: Tidak diharamkan.”
Berkata Syeikh Taqiuddin al-Hisni dalam Kifayah al-Akhyar (ms. 196): “dan barangsiapa yang memiliki pekerjaan yang baik maka haram ke atasnya untuk meminta sedekah dan apa sahaja yang diterima daripada sedekah yang diminta adalah haram.”
Berdasarkan kenyataan dan fakta diatas, kami menyimpulkan bahawa hukum mengambil sedekah secara berlebihan terikat dengan situasi-situasi berikut:
- Sekiranya orang yang mengambil sedekah itu ialah orang yang memerlukan, atau mengambilkan untuk orang lain yang memerlukan seperti keluarganya yang dinafkahi, atau tetamu yang dirainya, maka hal itu dibolehkan dan tidak dilarang oleh Hukum Syarak.
- Sekiranya orang yang mengambil sedekah itu adalah seorang yang sudah cukup keperluannya atau kaya, maka hukum mengambil sedekah itu adalah diharuskan tetapi makruh, kerana orang kaya tidak dilarang daripada mengambil sedekah tetapi disunatkan untuk mengelakkan diri daripada mengambil sedekah.
- Sekiranya orang yang mengambil sedekah itu adalah seorang yang sudah cukup keperluannya atau kaya, sedangkan sedekah itu telah dikhaskan untuk orang miskin, atau telah diamanahkan oleh pemberi untuk diberikan dengan kaedah tertentu, maka hukum mengambil sedekah itu adalah haram apabila tidak diberikan dengan kaedah yang ditetapkan oleh pemberi sedekah. Ini boleh membawa kepada menafikan hak orang lain. Yang dimaksudkan dengan menafikan hak orang lain ialah hak golongan fakir apabila sedekah itu diberikan kepada mereka seperti zakat, nazar dan seumpamanya.
- Larangan di atas hendaklah dikecualikan jika tujuan mengambil sedekah adalah untuk mengelakkan daripada sedekah itu rosak seperti halnya makanan atau minuman, atau untuk mengelakkan pembaziran makanan akibat lamanya diletakkan di suatu tempat.
Kami berpendapat masalah di atas berlaku atas sebab salah faham sahaja dan tidak wajar diperbesarkan. Ini kerana perbuatan seseorang yang mengambil lebih barang makanan yang disedekahkan orang boleh ditakwilkan dengan alasan-alasan seperti keperluan mendesak, ambil bagi pihak orang dan khuatir berlakunya pembaziran. Namun begitu sekiranya sudah dianggap mengambil hak orang lain seperti hak orang fakir miskin seumpamanya, maka perkara ini wajib dielakkan khususnya jika melibatk ahli jawatankuasa masjid seumpamanya. Jalan yang terbaik dalam isu ini ialah mengadakan perjumpaan dengan pihak yang bermasalah untuk mendengar penjelasan dan menasihati mereka dengan penuh harmoni dan keikhlasan. InsyaAllah suatu yang baik pasti akan terbit daripada amalan Syura dan keikhlasan. Wallahua’lam.
SUMBER : https://muftiwp.gov.my/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI