Belum bersedia ke fasa perkahwinan, pelakon wanita, Siti Saleha dikatakan sedang berkawan rapat dengan Joshua Fitton.
Adik kepada Sam Bunkface itu, tak mahu stres disebabkan gesaan kahwin daripada mana-mana pihak dan mengakui lebih selesa melayari perhubungan itu dengan tenang.
Siti Saleha Tak Nak Stres Soal Kahwin
“Kami kawan, masih lagi kawan. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan kali ini, kalau ada apa-apa perubahan mahupun perancangan saya akan beritahu semua.
“Biarlah semuanya berjalan dengan manis dan perlahan, kita tidak mahu tergesa-gesa dan saya tak ingin berasa tertekan.
“Walaupun dah lama kami berkawan dan tahu masanya juga sangat sesuai sekarang, tapi kena hati-hati, kalau berasa tertekan nanti jadi tak seronok,” ujarnya.
Ads
“Hubungan kami sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja, saya tidak mahu komen lebih, doakan kami moga dipermudah segalanya.
“Sekali lagi, ini bukan tentang apa yang khalayak fikir tetapi lebih kepada soal hati dan perasaan.
“Sepatutnya dia juga datang hari ini tetapi bertindan pula jadual kerjanya dengan benda lain, jadi ya, doakan kami okey!,” ujarnya lagi.
Ads
Kenali Joshua Fitton
Menerusi beberapa laporan, Joshua Fitton ini merupakan seorang pereka fashion terkenal tanah air.
Joshua Fitton turut mengasaskan jenama fashion bernama Atelier Fitton dan merupakan creative director untuk jenama tersebut.
Atelier Fitton satu jenama yang amat premium dan luxury yang menggabungkan elemen English dan juga tradisional.
Ads
Dari segi peribadi, Joshua Fitton mempunyai ibu berbangsa Melayu dan bapanya merupakan orang putih.
Sekadar info, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada tahun 2022 selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Akhir tahun tersebut, Siti Saleha yang mesra disapa Sally itu membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton.
Ibu kandung dan ibu mentua, kedua-duanya perlu disayangi dan dilayan dengan baik. Jika boleh jangan ada ‘pilih kasih’ antara keduanya.
Layanilah dan santunilah mereka dengan sebaik mungkin. Berkat doa kedua-dua insan istimewa ini membuatkan rezeki anak menantu sentiasa mengalir dan dipermudahkan.
Saya kongsikan kisah saya ini sebagai inspirasi kepada sahabat semua.
Tiap kali nak berjalan ke mana-mana, ma dan ibu takkan pernah tercicir. Mesti ajak dua-dua pintu syurga saya yang masih ada di dunia.
Ma pun dah sebulan kat rumah saya. Memang saya siapkan bilik untuk Ma tinggal dengan saya lepas abah meninggal dunia masa Raya Haji baru-baru ni. Ma risau nyusahkan saya.
Kata saya, tiap kali ma datang, ma bawak rezeki, berkat. Kalau anak tak korban untuk ma, takkan orang lain nak korban pulak kan.
Buat anak-anak, sementara ibu ayah masih hidup, berkorbanlah buat mereka. Kalau nak berjalan ke mana-mana, ajaklah mak ayah dulu. Kalau mak ayah tak dapat ikut, takpe.
Setidak-tidaknya kita tak lupakan mereka. Kalau nak pegi dengan famili memasing je, tak yah la plan macam-macam depan mak ayah, tanpa ajak mereka. Ada mak ayah nak sangat ikut, tapi takut anak tak mampu nak bawak. Terasa hati mak ayah.
Saya syukur dan sangat beruntung sebab ma (mentua) saya sangat baik. Dan ma pun beruntung sebab dapat menantu yang baik. Hihi…(jangan marah). Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan ma.
Menyinggah di laman Instagram Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson, pasti ada sahaja menu hidangan Sweeden yang dikongsikan untuk tatapan pengikutnya. Baru-baru ini Che Puan Sofie kongsikan aktivitinya membuat bun Cinnamon.
Sentiasa nampak cantik dan manis, Che Puan Sofie mempelawa salah seorang saudaranya, Adik Anna untuk ‘bongkar’ resipi rahsianya.
“This evening I invited one of my relatives, Adik Anna, to share one of my secret recipes. Cinnamon Roll Day or Cinnamon Bun Day (Swedish: Kanelbullens dag, Finnish: Korvapuustipäivä) falls on 4 October each year. The purpose of the celebration is to increase attention on Swedish baking traditions, with a particular focus on cinnamon buns. (Info: Wikipedia)”
Pasangan diraja ini baharu saja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga pada April lalu. Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson melangsungkan pernikahan pada 19 April 2019 secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Membelek Instagram milik Che Puan Sofie, banyak dikongsikan aktivitinya memasak di dapur. Malah Che Puan Sofie juga seringkali bersama-sama suami tercinta bertemu rakyat dan menyertai aktiviti outdoor lain.
Che Puan Sofie yang dilahirkan di Sweeden ini muncul buat pertama kalinya ketika mengikuti Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengunjungi rakyat Kelantan yang terlantar sakit dan kurang bernasib baik. Ketika itu, Che Puan Sofie baru empat hari bergelar isteri. Namun penampilannya begitu cantik dan sopan.
Lebih manis, penampilan sopannya menggayakan persalinan kurung tradisional biru dan berselindang polos warna senada mencuri perhatian ramai.
Semoga pasangan diraja ini sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya:Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
Maksudnya:Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, di nilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis. Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.
Al-Syeikh ‘Atiyyah al-Saqr Rahimahullah (wafat 1427H), mantan Ketua Lajnah al-Ifta’ al-Azhar di dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan oleh beliau juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan dan menurut beliau tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Menurut al-Syeikh lagi, jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan melaluinya adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.
Kesimpulan
Kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam. Dengan mengiklankan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya:Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.
Riwayat Muslim (1412)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haramnya meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut. Jika berlaku perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.
Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.
Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...