
Ramai yang tak tau rupanya khasiat halba bukan untuk dimakan sahaja. Halba juga baik untuk kecantikan kulit tau. Seperti yang dijanjikan, kali ni ciksu nak share satu petua awet muda. Petua ni ciksu dapat dari Pak Arab yang jual makanan sunnah. Kalau kat negara belah-belah Arab, diorang dah biasa guna serbuk halba ni untuk penjagaan diri dan kecantikan.
Anda boleh lah amalkan petua ni. Kesannya puas hati sangat. Jerawat kat muka pun takut-takut nak muncul tau. Kulit rasa lembut sangat bila sentuh.
Bahan-bahan :
1- Halba
2- Putih telur
Cara-cara :
Langkah 1 : Kisar halba sehingga menjadi serbuk dan masukkan serbuk halba ke dalam putih telur
Langkah 2 : Kacau rata
Langkah 3 : Sapu pada muka atau tangan dan biarkan kering
Langkah 4 : Bilas dengan air suam
Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ.
Untuk penggunaan harian, amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam. Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak.
Khasiat halba untuk kulit
Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.
Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.
Cuba la. Tak payah lagi dah beli produk memahal. Itu pun belum tentu bebas bahan chemical yang merbahaya.
Sumber : FB Sumaiyah Abdullah
Segarkan Tubuh Bakal Pengantin di Spa Telaga Bunga By Tirta Spa

Menjelang hari bahagia yang bakal tiba, bakal pengantin tentunya sibuk membuat persediaan diri dengan berkunjung ke spa. Antara tujuannya ialah untuk menyegarkan tubuh badan, menghaluskan kulit, meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.
Menjengah ke Spa Telaga Bunga yang terletak di dalam Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur ini, diri terasa selesa dengan dekorasi keseluruhan spa yang begitu tenang dan mementingkan kebersihan. Pelanggan yang datang disambut dengan dekorasi bertema Bali yang menguasai ruang. Tambah mengasyikkan dendangan muzik sesungguhnya menghadirkan aura selesa di segenap ruang spa milik peribadi Gusti Ayu Made Mudiasih dan suami.
Rawatan bau dan jerawat di belakang badan
Sebelum memulakan rawatan pelanggan dibekalkan dengan tuala, penutup kepala dan selipar khas. Ada di kalangan kita mungkin berhadapan dengan masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Masalah bau badan ini boleh diatasi dengan melakukan rawatan-rawatan tertentu. Di Spa Telaga Bunga, selain popular dengan rawatan lulur disediakan rawatan arang yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Rawatan berkonsepkan kontemporari Melayu dengan gabungan rawatan India dan sentuhan Indonesia ini, bukan sahaja dapat menghilangkan bau badan tetapi juga bagi merawat belakang badan yang berjerawat, bagi menarik toksin keluar dari badan dan bagus untuk mereka yang sudah lama tidak melakukan skrub badan.
Menurut pemiliknya, bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan arang ini ialah rempah-rempah dan herba yang kesemuanya adalah buatan tempatan. Di antaranya ialah arang kelapa sawit, tepung soya dan tepung beras. Tepung soya mengandungi vitamin C, tepung beras pula bagi menegangkan kulit dan arang bagi menyerap minyak yang berlebihan.
Rawatan ini masih baru di Malaysia dan ramai yang masih belum tahu mengenainya. Pelanggan akan dibersihkan kaki terlebih dahulu dan kemudian bahagian belakang dan hadapan badan disapu rata menggunakan bahan campuran arang.
Setelah itu badan akan dibungkus selama 30 minit bagi mengaktifkan arang menarik keluar toksin dan bau yang terperap di dalam badan. Sementara menunggu tempoh 30 minit itu, ahli terapi akan melakukan urutan di kepala.
Selesai rawatan tersebut, pelanggan akan dimandikan dalam air bunga. Setelah badan dikeringkan, badan pelanggan akan diurut lagi selama satu jam. Keseluruhan rawatan ini mengambil masa selama dua jam.
Pelanggan akan dapat merasai kulit mereka menjadi lembut, tegang dan halus kerana sel kulit mati telah dapat dibuang. Sebaik-baiknya, lakukan rawatan ini dua kali sebulan, sementara bagi mereka yang lebih bermasalah, lakukan seminggu sekali.
Selain itu, di Spa Telaga Bunga mereka turut menyediakan lima pakej utama mereka iaitu Body Treatment, Tirta Dewi Facial, Manicure And Pedicure, mandian serta pakej untuk pasangan pengantin. Rawatan popular lain adalah seperti Balinese Massage, Warm Stone Massage, Flower Energy Scrub, Royal Javanese Lulurm Age Repair,Vital Nutrition dan pelbagai lagi rawatan menarik menanti pengunjung.
Spa menjadi pusat pelancongan kesihatan
Kehebatan spa di Bali membuatkan ramai yang berkunjung ke sana merasakan tidak lengkap jika tidak mengunjungi ke salun-salun yang menawarkan perkhidmatan spa. Ini membuktikan perkhidmatan spa menjadi satu daya tarikan kepada pelancong.
Oleh itu, Spa Telaga Bunga By Tirta Spa menyahut seruan kerajaan dengan turut bersama menyediakan urutan Malaysia di sini. Teknik urutan tradisional yang menggabungkan empat kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan masyarakat Pribumi itu bakal bersaing dengan urutan negara lain yang kini membanjiri premis spa di negara ini. Urutan Malaysia menggabungkan teknik urutan Melayu untuk belakang badan, Cina (pernafasan dan rendaman kaki), India (kepala) dan Pribumi pula untuk kaki bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan. Urutan Malaysia adalah satu produk penjagaan diri jenama Malaysia yang diilhamkan pakar dan penggiat industri spa negara dibangunkan dan diolah mengikut acuan Malaysia.
Buat bakal pengantin, luangkan masa untuk memanjakan diri di spa bagi membuat rawatan supaya tampil menyerlah di hari bahagia nanti.
Mudah Miliki Kulit Mulus Tanpa Cela Dengan LIMAU NIPIS! Kesannya Menakjubkan!

Memiliki kulit gebu dan mulus menjadi dambaan ramai wanita, terutamanya menjelang hari bahagia. Ada yang dikurniakan kulit cantik tanpa masalah sejak meniti usia remaja dan ada juga yang terpaksa menjalani pelbagai jenis rawatan bagi memelihara kesihatan kulit mereka. Apa yang pasti, jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan kulit yang cantik tanpa masalah pun boleh terdedah kepada pembentukan jerawat, jeragat dan bermacam-macam lagi permasalahan kulit.
**media[443777]**
Ekstrak bahan semula jadi yang terkandung dalam sesuatu tumbuhan dipercayai sangat berkesan untuk mengawal masalah kulit. Pokok lidah buaya misalnya sudah begitu sinonim digunakan untuk kecantikan kulit. Selain mengamalkan petua lidah buaya, ramuan buah limau nipis juga penuh dengan manfaat untuk kesihatan kulit wajah. Pesona Pengantin kongsikan beberapa rawatan secara alami yang boleh diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum majlis berlangsung. Selamat mencuba!
**media[443781]**
1. CEGAH JERAWAT DENGAN PETUA LIMAU NIPIS
1. Ambil limau nipis dan perah airnya. Cukupkan sehingga sesudu teh.
2.Campur air limau nipis tadi bersama sesudu teh madu dan sebiji putih telur.
3. Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air dingin.
**media[443780]**
2. MENGECILKAN LIANG PORI & KURANGKAN MINYAK
1. Potong limau nipis menjadi dua atau beberapa bahagian.
2. Gosokkan pada wajah perlahan-lahan, terutama pada bahagian hidung dan pipi yang mempunyai liang pori lebih besar.
3. Biarkan selama 15 minit.
4.Kemudian, bilas dengan air dingin.
**media[443780]**
3. CEGAH KEDUT
1. Hiris limau nipis, lalu perah untuk diambil airnya.
2. Tambahkan 1 sudu makan, minyak kayu putih.
3. Tambahkan seperempat sudu kapur sirih.
4. Adun hingga rata.
5. Oleskannya sebagai bedak wajah setiap malam. Cuci dengan air bersih
.
7 Bahan Pemutih Gigi Yang Anda Boleh Cuba, Buat Dekat Rumah Je!

Gigi kuning? Mesti malu gila kannn bila nak bercakap secara bersemuka dengan orang atau nak bercakap dalam jarak yang dekat. Nak bergambar pon terpaksa senyum cover, tak nampak gigi sebab takut dalam gambar gigi tampak kuning. Boleh jatuh konfiden tu.
Kalau dalam gambar kita boleh la edit gigi tu nampak putih. Tapi kalau berdepan dengan orang, hah mana nak sorok gigi yang kekuningan tu? Gigi menjadi kuning bukan sebab merokok je, malah apa yang kita makan atau minum jugak menjadi punca utama gigi bertukar dari warna putih susu kepada warna yang kekuningan.
Kalau nak pergi klinik gigi mungkin beratus juga kena bayar. Jadi, apa kata anda kurangkan bajet dengan cuba bahan semula jadi ini!
CARA 1 – Serbuk karbon / arang
Karbon ada kualiti serapan, ia mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid. Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama kira-kira 2 minit gituh. Bila betul-betul untuk bersihkan serbuk karbon, kang tertelan lak. Serbuk karbon akan serap kotoran terkumpul pada gigi.
CARA 2 – Strawberi
Campurkan minuman soda dengan pulpa strawberi dan sapukan campuran ni kat gigi guna berus gigi lembut. Biar selama lima minit, pastu berus gigi guna ubat gigi biasa. Bilas mulut macam biasa. Jangan over lak buat banyak banyak kali method ni, takut rosak tooth coating.
CARA 3 – Kulit lemon / oren
Gosok bahagian dalam kulit oren / lemon kat gigi, lepas tu bilas. Then korang berus lak gigi guna ubat gigi berfluorida. Amalkan seminggu, inshaAllah nampak perubahan warna gigi. Yang ni pon jangan banyak sebab takut kandungan asid oren / lemon memberi kesan kat enamel gigi.
CARA 4 – Kulit pisang
Yang ni pon boleh bantu putihkan gigi. Cari minyak zaitun asli, bukan yang dah proses dia bau wangi tu tau. Sebelum berus gigi, titiskan sikit kat berus gigi. Lepas tu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh jugak titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.
CARA 6 – Produk tenusu
Kajian mendapati bahawasanya KEJU, SUSU dan YOGURT mengandungi mineral yang membantu menguatkan gigi dan membantu memutihkan gigi. Selain tu, susu dan yogurt dapat membantu mengekalkan kebersihan kaviti mulut.
CARA 7 – Baking Soda
Gunakan soda penaik tu untuk putihkan gigi, tapi sikittt je ye ! Tak boleh banyak banyak. Campur dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Hydrogen peroxide tu fungsi dia sebagai ejen anti-bakteria gituh. So gigi dan gusi akan terhindar dari bakteria.
Sumber : Nisa kay