Bercinta memang sangat indah. Masa bercintalah kita nampak bunga-bunga je setiap hari. Masa bercinta juga kita boleh nilai kasih sayang seseorang terhadap kita. Cuma kali ni bila bercinta, ada soalan-soalan wajib yang boleh buat anda fikir dua kali sebelum ke next level.
Ada gadis-gadis yang sejak dari awal memang fikirkan masa depan. Nak cari bakal suami, bukan senang-senang. Dan dia pun banyak berfikir demi masa depan kehidupannya. Bercinta bukan untuk buang masa, buang duit dan usia muda. Bercinta untuk mengenali latar belakang bakal suami.
Dalam laman Facebook Dr Azizul Azli Ahmad, anda perlu terapkan soalan-soalan ni apabila dalam alam bercinta. Sekarang bukan masanya untuk buang masa dan membazir duit lagi!
**********************************************************************
SOALAN BILA BERCINTA
“Sayang I Tak?”
“You sayang i banyak mana?”
Bila jatuh cinta dan suka pasangan kita. Jangan diulang soalan soalan yang sama.
Ia akan jadikan bosan dan tak mencabar minda kita.
Belajar tanya soalan baru pula, baru kita tahu wawasan kewangan pasangan kita.
“Dah kahwin nanti kita nak sewa atau nak beli rumah dimana?”.
Dengar jawapannya, jika dia merungut rumah mahal dan tak ada impian beli rumah sendiri. Bersedialah untuk menyewa sampai ketua nanti.
“Selama you kerja nie, you pernah melabur dimana?”
Dia jawab sambil ketawa, “Hahaha makan pun tak cukup, nak melabur macam mana Cik Kirana Oiiiii”.
Anda tahu kualiti dia jenis mana, salahkan menteri bila harga minyak naik nanti.
“Dah buka akaun Tabung Haji?”
Bila dia jawab, “oh dah buka mula mula kerja dulu takut lambat tunaikan haji sekarang. Lama menunggu”.
Maka rentap tarik baju dia, ajak pegi masjid kahwin hari itu juga. Jangan lepaskan dia.
“Ohh, you dah pernah daftar hajilah ya?”
Dia sipu sipu malu.
“You selalu simpan gaji dalam akaun bank mana?”.
Soalan berikutnya islamic atau konvensional. Anda tahu mana pilihan hati dari jawapannya nanti. Nak bawa keneraka atau kesyurga.
“Apa pandangan you tentang harga rumah?”.
Dengar dan nilai jawapannya dengan tenang. Jika diakhir jawapanya,
“Saya akan tetap berusaha beli rumah idaman buat keluarga tercinta”. Maka jangan lepaskan dia buat mana mana gadis yang suka jeling manja.
“Kereta apa yang you suka ya?”.
Jika ceritanya berbunga bunga bab kereta, maka bersedialah untuk harga kereta lebih mahal dari harga rumah.
“I tak kisah sangat bab kereta, i lagi suka kalau kita ada rumah impian yang selesa”. Maka pinanglah dia walau dia tak minat kita.
“Yang mana aset, kereta atau rumah?”.
Jawapanya anda tahu dia follower abah Qilah atau tidak.
“You ada ambil takaful?”
Jika dia belum mampu tapi tahu kepentingan ada perlindungan itu bagus.
Tapi jika dia benci dengan takaful maka jaga jaga, takaful adalah perlindungan.
Bagaimana dia nak jaga kita jika asas perlindungan pun dia tak suka.
Kawan kawan,
Manfaatkan waktu bercinta untuk nilai pasangan hidup kita. Kita tak akan jumpa yang sempurna. Tetapi carilah yang boleh sempurnakan hidup kita.
Gittew.
Pengecut terbesar adalah lelaki yang membangunkan cinta seorang wanita tanpa bermaksud untuk balas mencintainya kembali.