Bagi anda yang gemar untuk menggunakan makeup, pasti lebih suka kepada penampilan lebih natural. ‘The Power of Makeup’ akan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh kulit anda. Ianya mampu untuk menutup cela, melindungi pigmentasi pada kulit wajah dan juga jerawat-jerawat kecil tidak akan kelihatan.

Tetapi pasti ada yang tidak puas hati dengan penampilan wajah samada disebabkan wajah terlalu lebar atau tiada double eyelids. Jalan pintas untuk mendapatkan alur wajah yang diingini adalah melalui pembedahan plastik.

Sorok Pipi Gemuk, Muka Bulat Boleh Ada V-Shape Dengan Pelekat Wajah

Sebenarnya, pembedahan plastik tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana tidak semua orang mampu mengeluarkan belanja semata-mata untuk cantik. Ada juga yang mampu tetapi takut untuk melakukannya. Dan terdapat risiko yang perlu ditanggung jika anda melakukan pembedahan ini.

Memperkenalkan.. Pita Pelekat Muka!

IKLAN

Kini, terdapat trend yang kerap digunakan oleh ‘beauty guru’ di dalam Youtube, mengajar cara untuk anda mendapatkan wajah bentuk V dalam hanya sekelip mata sahaja. Tanpa perlu pembedahan atau suntikan untuk mencantikkan wajah.

Face Lift Tape adalah tape yang seringkali digunapakai oleh artis solekan profesional sejak dahulu lagi. Tetapi teknik ini semakin berleluasa dan dijadikan sebagai satu trend.

Kenapa tak guna sahaja pita pelekat biasa?
Ianya dilekatkan pada kulit wajah sebelum anda memakai sebarang jenis solekan. Tape ini tidak menyakitkan kulit dan mudah untuk dipakai. Sesuai buat pemula yang baru berjinak dalam dunia solekan!

IKLAN

DODO Label V Shape Tape

Sorok Pipi Gemuk, Muka Bulat Boleh Ada V-Shape Dengan Pelekat Wajah

Tape ini sangat kuat dan mampu menarik kulit wajah anda sehingga mendapatkan alur bentuk wajah V seperti yang diingini. Tidak menyakitkan kulit dan membiarkan kulit anda dapat bernafas dengan sempurna semasa memakainya. Material tape ini adalah kalis air dan hypoallergenic, selamat untuk semua jenis kulit.

IKLAN

Sebelum menanggalkan tape ini, pastikan anda bersihkan solekan dengan makeup remover terlebih dahulu untuk mengelakkan kerosakan kulit. Lakukan ‘trick’ ini untuk dapatkan bentuk wajah menawan!

 

SUMBER : productnation

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI