Jemputan kenduri kahwin semakin bersusun sekarang ni. Baju-baju raya yang tak sempat pakai dek kerana PKP tu bolehlah digayakan ke majlis kahwin. Tak cukup dengan itu, pemakaian aksesori terutamanya buat wanita berhijab is a must! Untuk memastikan wanita berhijab tampil bergaya, Wirdora membariskan pelbagai pilihan aksesori untuk anda.

 

Menjengah masuk ke ruang kedai Wirdora bertempat di Level 1, IOI Mall Putrajaya, almari pameran kaca dipenuhi dengan pelbagai aksesori seperti pin hijab, kerongsang, peniti skaf serta bermacam lagi.

 

Sparkling Sakan Dengan Aksesori WIRDORA, Barulah Yakin Bergaya Datang Kenduri Kahwin! Sparkling Sakan Dengan Aksesori WIRDORA, Barulah Yakin Bergaya Datang Kenduri Kahwin!

 

IKLAN

Menurut pemilik Wirdora, Wirdalina Tauhed, cawangan Wirdora ini adalah yang ketiga dibuka selepas dua lagi cawangan dibuka di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan KL East Mall. Malah cawangan di IOI Mall Putrajaya ini juga adalah cawangan terbesar.

 

Cawanagan yang mempamerkan pilihan aksesesori hijab ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk bermula dari harga RM10 hinggga RM500. Harga yang sangat berpatutan ini boleh menjadikan penampilan anda bertambah cantik malah boleh juga menjadi hadiah untuk dulang hantaran kahwin nanti!

IKLAN

 

Sparkling Sakan Dengan Aksesori WIRDORA, Barulah Yakin Bergaya Datang Kenduri Kahwin!

Selain aksesori hijab, Wirdora juga menawarkan helaian tudung bawal, shawl, pelitup muka, stokin tangan, inner hijab, butang baju Melayu, tas kerongsang dan banyak lagi. Dengan semuanya berada di bawah satu bumbung, ia dapat memudahkan pelanggan membeli dan mencuba dengan lebih selesa.

IKLAN

 

Sparkling Sakan Dengan Aksesori WIRDORA, Barulah Yakin Bergaya Datang Kenduri Kahwin! Sparkling Sakan Dengan Aksesori WIRDORA, Barulah Yakin Bergaya Datang Kenduri Kahwin! Sparkling Sakan Dengan Aksesori WIRDORA, Barulah Yakin Bergaya Datang Kenduri Kahwin!

 

Wirdora, ditubuhkan pada Mei 2017 di bawah pengasasnya iaitu Wirdalina Tauhed dan diusahakan bersama suaminya, Khairool Anwar Laksama. Minat terhadap bidang fesyen dan perniagaan menjadikan Wirdora menjadi gedung aksesori fesyen Muslimah untuk wanita yang mementingkan penampilan bergaya, eksklusif dan mewah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI