Untitled design

Mungkin ramai yang masih keliru bahawa duit nafkah dan duit belanja pada isteri tu sebenarnya tak sama.Meskipun bukan satu kewajipan buat suami untuk memberi duit belanja namun tak salah kiranya bagi menghargai pengorbanan dan penat lelah isteri dalam menguruskan rumahtangga serta anak-anak.

Mari kita baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin dan fahamkan betul-betul mengenai duit belanja buat isteri.

Suami, Bagi Duit Nafkah Dan Duit Belanja Pada Isteri Tu Tak Sama

“Ayang, abang dah tinggal duit kat almari, bawah bedak anak, guna la untuk apa yang patut…”

Duit belanja dan nafkah tak sama

Duit belanja.

Upah Untuk Isteri

Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah untuk isteri setelah dia melakukan kerja-kerja rumah dimana bukanlah kewajipan isteri untuk melakukan kerja-kerja tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kepada suami, maka dia buat kerja-kerja tersebut.

Ketaatan kepada suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Suami balik kerja, suami dah tak perlu buat kerja rumah sebab kerja-kerja tu dah dibuat oleh si isteri, suami boleh terus rehat..

IKLAN

So, suami tak payah buat terus la? Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa untuk melakukannya.

Duit Belanja Dan Nafkah Tak Sama

Kalau isteri yang selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah untuknya atas apa yang dibuatnya bagi pihak si suami. Duit belanja dan nafkah tak sama, perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti semua ni tak dikategorikan dalam duit belanja. Ini nafkah..

Duit belanja adalah untuk isteri, untuk dia gunakan beli apa yang dia inginkan yang selain daripada apa yang sepatutnya disediakan oleh seorang suami.

Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya.

IKLAN

Suami, Bagi Duit Nafkah Dan Duit Belanja Pada Isteri Tu Tak Sama

Ikut Kemampuan Suami

Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami dan tiada nilai minimum yang patut diberikan kepada isteri…Bagi sekadar banyak mana yang ada, yang boleh bagi dan suami masih ada baki untuk kegunaan dirinya sendiri.

Buang duit tak bagi kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit…setiap satu sen yang dikeluarkan atau dibelanjakan untuk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab untuk kita diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana.

Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kepada isteri.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI