Ya! Benar dalam dunia ini semuanya memerlukan wang. Dalam sesebuah perkahwinan, apabila isteri dilimpahi dengan kemewahan, si suami sudah menganggap dia sudah melunaskan tanggungjawab pada isterinya.
Namun bukan semua perkara boleh diganti dengan wang ringgit dan kebendaan semata. Ada isteri yang mahukan perhatian suami. Jika si suami terlalu sibuk mencari nafkah sehingga sang isteri terabai, segala kemewahan itu ibarat tidak memberi makna.
Melalui satu hantaran di laman Facebook, Ustazah Asmak Husin berkongsi tentang kisah seorang suami yang mengadu tentang perihal isterinya.
BELI GUCCI PUN MUKA MASAM
“Ustazah, setiap kali pergi mana-mana mesti saya akan beli hadiah untuk isteri saya. Bulan lepas saya dah bagi Gucci, bulan ni saya beli gelang emas pula untuk dia. Tapi dia masih lagi merungut dan bermasam muka dengan saya, asyik-asyik kitorang bergaduh. Macam mana saya nak buat supaya dia lebih menghargai semua pemberian dari saya? Saya buntu nak kena buat apa lagi untuk dia”
Persoalan sebegini juga sering saya terima dari ramai orang, isu dalam perhubungan suami isteri. Puncanya cuma apa? kerana ‘bahasa cinta’ setiap individu ini berbeza. Bersama pasangan sudah tentu memerlukan bahasa cinta.
Suami ingat dengan memberi barang material akan selesaikan masalah atau menghapuskan perasaan bersalah dia apabila tidak dapat memberi kasih sayang kepada isteri.
Antara bahasa cinta yang lain,
– ‘Quality time’ iaitu meluangkan masa bersama.
– ‘Receiving gifts’ iaitu menerima hadiah atau sesuatu yang dianggap bernilai.
– ‘Act of service’ iaitu mempamerkan cinta melalui pertolongan dari segi kerja rumah dan lain-lain.
Suami perlu tahu bahasa cinta si isteri. Try & error mana satu bahasa cinta yang tepat bagi pasangan kita.
Saya nak nasihatkan, kalau boleh jangan ajar isteri dengan limpahan material. Sebab bila kita mula beli jiwa isteri dengan ‘wang’, lama-lama dia dah terbiasa dan kalau berlaku apa-apa nanti susah sebab dah ditarbiah isteri dengan benda-benda material.
Nampak tak dalam kes ni, isteri bukan nak material tapi nak sesuatu. Sebenarnya, seorang isteri perlukan beberapa perkara asas seperti fizikal, spiritual, emosi, kasih sayang itu adalah keperluan isteri. So, kena nilai dulu apa yang dia tak cukup. Kalau dia tak cukup kasih sayang tapi kita bagi Gucci dan dia terima tu tak betul cara tu.
Jadi, kesimpulannya kenali bahasa cinta pasangan masing-masing agar kita dapat menghargai dengan cara yang tepat dan keharmonian rumah tangga kekal bahagia.
Sumber: Ustazah Asmak Husin Kredit top image: Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI