Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Hubungan Suami Gatal, Isteri Kena Bijak Main Emosi

Suami Gatal, Isteri Kena Bijak Main Emosi

SEORANG wanita mempunyai ‘senjata’ yang boleh menyentuh perasaan lelaki iaitu menerusi emosi untuk membuatkan mereka ‘cair’.

Wanita perlu menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka terutama bagi situasi suami kasanova atau yang sering bermain kayu tiga.

Sebagai contoh dalam mana-mana teknik untuk menyampaikan persembahan yang baik, perlu menyentuh emosi penonton bagi memastikan ia berjaya.

Begitu juga dengan situasi dalam memikat atau memujuk hati suami supaya tidak bermain kayu tiga iaitu dengan menggunakan teknik memujuk secara lemah-lembut di samping menyelitkan sedikit emosi.

Adangkala kita juga lupa sesuatu perkara iaitu perlu mohon kepada Allah sekiranya mengalami sebarang kesulitan terutama melibatkan kasih sayang dalam rumah tangga.

Yang membuatkan suami sayang kepada kita adalah Allah dan sekelip mata sahaja boleh berubah sekiranya Allah menjentik hati seorang suami. Justeru, mohonlah doa kepada Allah supaya dilembutkan hati suami.

Selain itu, suami dan isteri boleh menyebut nama Allah seperti ‘Ya Allah, Ya Rahman dan Ya Wadud’ bagi melembutkan hati seorang suami dengan berniat supaya mendapat kasih sayang pasangan.Tiga nama Allah ini membawa maksud ‘Ya Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyiram Kesejukan’ boleh digunakan untuk minta suami sayang kita serta ikat hati mereka.

Suami Gatal, Isteri Kena Bijak Main Emosi

IKLAN

TREND SUKA LAKI ORANG

Realiti berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini adalah wanita bujang mudah jatuh cinta kepada suami orang kerana perwatakan serta kemesraan dipamerkan mereka.

Tsunami yang menghimpit masyarakat pada hari ini dilihat sudah menjadi ‘trend’ dan mereka semakin berani memaparkan kemesraan mahupun hubungan cinta dengan lelaki yang berstatus suami orang.

Perkara ini sememangnya dipandang serius dan perlu dielakkan kerana bukan sahaja boleh meruntuhkan rumah tangga orang lain, malah dilarang dalam agama.

Dalam situasi begini kita seharusnya meletakkan diri kita di tempat isteri atau suami. Adakah kita suka pasangan kita mempunyai hubungan dengan wanita atau lelaki lain?

IKLAN

Sudah semestinya tidak. Oleh itu, cuba elakkan daripada menjalinkan hubungan dengan individu yang telah berkahwin di samping bataskan pergaulan dengan lelaki atau wanita sudah berkahwin.

Suami Gatal, Isteri Kena Bijak Main Emosi

POLIGAMI JALAN TERBAIK?

Mungkin ramai wanita tidak bersetuju pandangan untuk lelaki berkahwin lebih daripada satu. Ini kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan pasangan yang akan dilanda derita melihat suami tercinta berkasih sayang dengan wanita lain.

IKLAN

Namun, poligami dilihat solusi paling berkesan dalam menangani isu suami bermain kayu tiga atau gemar berfoya-foya.

Perkara ini dibenarkan dalam Islam kerana sesuatu perkara itu tidak akan disyariatkan oleh Allah sekiranya tidak mempunyai manfaat.

Namun, harus diingatkan bahawa berkahwin lebih daripada satu perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan seperti kemampuan kewangan, tanggungjawab dan mampu adil kepada isteri-isteri.

 Poligami bukan sekadar untuk berseronok, sebaliknya memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang adil agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

Memang nampak seronok terutama bagi pihak lelaki, namun mereka perlu tengok kemampuan diri terlebih dahulu sama ada mampu untuk menanggung perbelanjaan isteri lebih daripada satu.

Kalau nak jaga diri sendiri pun masih huru-hara, tolonglah berhenti berangan untuk memasang isteri lebih daripada satu kerana sebuah perkahwinan memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan yang besar.

Sumber : Utusan Malaysia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI