Pergaduhan itu berpunca dari ego yang timbul dalam diri. Jika ego mula meninggi, hubungan yang kuat sekalipun mampu retak. Komunikasi antara pasangan sangat penting dalam hal ini, dan saling bertolak ansur adalah jalan terbaik.
Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa keretakkan dalam sesuatu hubungan, malah membuatkan hubungan anda dengan pasangan menjadi sangat renggang. Selain diganggu wanita lain, apa agaknya masalah yang menyebabkan hubungan anda dan suami boleh terlerai.
Komunikasi
IKLAN
Kamu terlalu bosan untuk bercakap tentang perkara-perkara kecil kerana merasakan ia tidak penting. Atau boleh juga terjadi pada scenario di mana kamu bosan melaporkan setiap aktiviti kepada si dia? Sebagai contoh, kamu perlu report apa yang dilakukan kepada pasangan sama ada menerusi panggilan atau sekadar pesanan ringkas, yang sebenarnya boleh disimpan untuk diceritakan kemudian hari.
Rutin Harian
Rutin harian tanpa komunikasi agak rasa janggal dan sunyi, di mana kedua-duanya melakukan hal sendiri. Setiap hari melakukan rutin harian yang sama dan rasa hidup berdua itu sangat membosankan. Tiada rasa kemanisan dalam rumahtangga.
IKLAN
Tiada Lagi Keseronokan
Cuba tanya pada diri bila kali terakhir kamu berdua melakukan sesuatu yang menarik? Apabila kita berada dalam hubungan untuk jangka masa yang panjang, cuba lakukan sesuatu untuk membangkitkan kehangatan agar tidak terkubur. Mungkin kamu boleh rancang percutian, road trips ke tempat yang baru atau adventure, kejutan candle light dinner, apa sahaja yang memberi keseronokan dalam perhubungan.
Kamu Rindukan Masa Bujang
Bila kebosanan mula timbul dalam diri, mula teringatkan waktu bujang dahulu. Terasa rindu hendak keluar dan bersama-sama rakan seperti dahulu. Ini kerana merasakan hidup berumahtangga tiada keseronokkan lagi. Seharusnya anda berusaha untuk memulihkan semula hubungan anda dengan pasangan, bukan semakain menjauh dan mengingati waktu bujang kembali.
IKLAN
Masa Berdua
Ya menghabiskan masa berdua memang baik tetapi terlalu banyak masa bersama boleh menjadi sesak dan semak. Cuba luangkan waktu dengan kawan-kawan atau dengan diri sendiri. Jadi, apabila kamu bertemu pada hujung minggu, kamu berdua akan teruja untuk bercakap tentang kehidupan masing-masing, di sinilah kamu berasa seronok untuk tahu tahu aktiviti, perkara baru tentangnya.
Kehidupan selepas berkahwin seharusnya menimbulkan rasa seronok, dan untuk mengekalkan rasa cinta itu anda harus berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan. Cuba selesaikan masalah dengan pasangan cara terbaik, bukan lepas tangan dan cuba larikan diri dari masalah
Bila disebut soal “JODOH” ianya adalah sesuatu yang sangat rumit.Tambahan pula jika orang muda itu usianya sudah mencecah 25 tahun,pasti mereka akan kelam kabut mencari pasangan yang bakal memenuhi ruang hati mereka.
Mereka berfikiran jika mereka kahwin lambat,”mereka adalah loser”.Kepada orang muda,jodoh ini jangan dipandang mudah.
Ada orang yang berkahwin pada usia muda,tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan penceraian kerana tidak bersedia dan tersalah memilih pasangan.Sebelum kahwin semuanya nampak indah,selepas kahwin,haa rupa rupanya pasangan kaki mencarut,kaki pukul,kaki hutang dan kaki judi.
Ada orang yang berkahwin lambat dan terpaksa menunggu jodoh sehingga lanjut usia.Malah ada juga yang terpaksa memekakkan telinga dari mendengar mulut sampah masyarakat di sekeliling mereka.
“Tengok dia tu kahwin lambat,mesti memilih sangat ni.Tak pun mesti tak laku.”
“Itu lah,kawan-kawan dah ada anak 2,tengok dia tu jadi anak dara tua lah nanti”.
Pekakkan telinga wahai orang muda.
Ada juga orang yang bertemu jodoh lambat,tetapi rumah tangaa yang dibina olehnya bahagia sehingga ke akhir hayat.Dikurniakan pasangan yang memahami,solat lima waktu dan juga berpegang kepada agama.
Tidak salah jika anda ingin memilih! Anda pilih jodoh bukan seperti beli kereta.Jika kereta rosak ianya masih boleh diperbaiki.Jika rumahtangga rosak,cerai sahaja lah jawapannya.
Soal jodoh ini adalah urusan tuhan,
Dengan siapa kita berkahwin,
Bila kita akan berkahwin,
Semuanya telah ditetapkan.
Yang penting kita juga perlu usaha.
Jika sehingga ke hari ini anda masih belum bertemu jodoh,janganlah bersedih dan anggap sahaja tuhan sedang susun perkara yang baik untuk anda.
“Apa guna jika kahwin awal kalau dapat pasangan caca marba.”
Semoga anda yang masih belum bertemu jodoh akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik pada masa akan datang.
Orang mengata?
Pekakkan saja telinga,lama-lama mereka diam lah.Buat apa nak layan.
Buat isteri yang selama ini rasa geli atau kurang gemar jika suami anda simpan janggut tidak kiralah janggut sejemput atau jambang, inilah masanya untuk anda ubah persepsi itu. Bagi yang suka dengan ‘aksesori’ lelaki yang satu ini, sememangnya anda seorang isteri yang beruntung kerana ‘aksesori’ ini banyak kelebihannya!
Selain mendapat pahala berganda kerana ia merupakan sunah Rasulullah SAW, kajian yang diterbitkan dalam “The Journal of Evolutionary Biology” mengatakan wanita lebih cenderung inginkan lelaki yang berjanggut dan melihat lelaki sebegini sebagai rakan kongsi jangka panjang.
Oleh itu, ayuh baca fakta unik ini untuk lebih meyakinkan anda bahawa lelaki yang menyimpan janggut bukan sahaja memberi manfaat buat dirinya sendiri malah turut bermanfaat untuk isterinya.
1. Malaikat tadah air wuduk yang jatuh dari janggut
Ketika zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis yang sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid. Melihatkannya, Rasulullah SAW tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka pada janggutnya itu.
Keesokan harinya, lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah SAW tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Ini membuatkan dia bertambah hairan lalu mengajukan pertanyaan kepada Baginda.
“Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Jawab Baginda, “Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat.”
2. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr. Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang menyimpan janggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.
3. Buatkan wajah sentiasa hangat
Rambut merupakan penebat yang membuatkan lelaki kekal hangat, begitu juga dengan janggut kerana ia merupakan sebahagian daripada rambut yang ada pada wajah. Carol Walker, Konsultan Trichologist dari Birmingham Trichology Centre mengatakan janggut dapat menahan udara sejuk sekali gus menaikkan suhu leher terutamanya jika berada pada cuaca yang sejuk. Ini kerana janggut mempunyai kelebihan dalam menyerap dan menyimpan haba di dalam badan.
4. Beri perlindungan daripada sinaran ultra violet
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
5. Kurangkan gejala asma dan alahan
Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan gejala asma, janggut sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
6. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak untuk mengeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Dengan menyimpan janggut yang tebal, ia akan membantu melindungi kulit wajah anda daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
7. Elak masalah jerawat
Menyimpan janggut juga boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat, vulgaris, sekali gus mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
8. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
9. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
10. Galak kesuburan wanita
Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut atau jambang suami.
11. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
12. Sesuai dijadikan pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
* Ingat ya suami! Walaupun banyak kelebihan, pastikan janggut atau jambang anda sentiasa dibersihkan dan dirapi selalu agar ia tidak menyebarkan bakteria dan kuman untuk diri anda mahupun orang lain terutamanya isteri.
Jangan lupa iringi Solat Sunat Istikharah untuk memohon petunjuk. Dan juga solat sunat dhuha untuk memohon rezeki.
Bukan yang berniaga sahaja yang mesti solat sunat dhuha ya
Jadi pendengar dan penyokong yang setia
Perempuan dari segi fizikal nya nampak lemah, tapi yang lemah lemah ni lah yang menjadi pembantu kuat semangat banyak laki laki. Dan kalau laki laki yang memang sentiasa ada yang menyokong, siapa lah yang tak suka.
Untuk keluarga berikan sokongan malu lah pula, untuk harapkan kawan laki dikata sentimental pula.
Kenali pesaing anda
Mungkin ini teknik kotor sikit. Tapi bukan bermaksudnya untuk berdendam
Kalau memang lelaki tu insyaAllah boleh membahagiakan kita dunia akhirat. Apa salahnye berebut kan.
Dengan mengenali pesaing anda mungkin sedikit sebanyak dapat anda nilai apa yang boleh anda buat untuk perbaiki “prestasi” anda.
Pasti ramai yang ada lihat Kuch Kuch Hota Hai, kenapa Kajol lari naik train?
Sebab pasrah. Yang dirinya tak akan dapat menyaingi Rani.
Tanam dalam diri – jika aku tak dapat pasti ada yang lebih baik
Dalam hubungan realiti ada macam tu juga, bukan semua yang kita rancang ingin bersama dengan seseorang tu akan pasti. Rileks, sabar. Pasti ada nanti.
So, tips ketiga ini lebih kepada bersandarkan kepercayaan kita akan rezeki. Kalau itu yang ditakdirkan kita mesti terima.
Yang penting percaya, kalau Allah tarik rezeki aku dengan seseorang ini, pasti Allah nak simpan dan taruh rezeki yang aku dapat sekarang ni dengan pertemuan yang jauh lebih baik lagi.
Pandai memasak
Bagi mereka try masakan anda pikat lelaki dengan masakan
Try lah masak satu gulai bagi dia. Tapi jangan bagi tahu family, nanti ada pula yang meluat kan.
Tak pe lah, biarlah family meluat. Tapi si lelaki yang terima makan ni mesti kembang.
Yang satay atas tu tak perlu, melampau sangat kan. Nanti lain pula yang terbakar.
Tip Kelima – jangan terlalu mengongkong
jangan terlalu mengongkong
Untuk tip pertama tadi ialah memberi sokongan. Lelaki memang sukakan ini. Namanya “sokongan padu”
Tapi kalau sokongan berpadu padu buat laki jadi rimas.
Maka elok lah cool down sedikit. beri sedikit masa.
Jangan terlampau nak itu nak ini. Tengok juga kepada kemampuan mereka.
Dan jangan pula kalau tak dituruti rasa tak sayang pula. BRIM bukan setiap bulan.
Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Seperti contoh: Bila si laki rasa yang anda ni mudah untuk mereka ceritakan apa apa. Yela, anda beri sokongan, tak mengongkong. Mesti mereka akan berasa senang kan.
Dan bila ini berlaku, mesti pasti akan juga senang untuk ceritakan masalah mereka contohnya.
Bila mereka cerita, jangan pula cerita dekat orang lain. Macam hubungan suami isteri, baik buruk pasangan kita biar dalam rumah je, jangan bawa keluar.
Walaubagaimanapun untuk bincang melalui kepercayaan ia satu topik yang luas.
Nak bercinta kena ada ilmu, bukan mesti ada perasaan sayang sahaja.
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.