Sesebuah rumah tangga akan jadi bahagia apabila rezeki tidak putus-putus. Apatah lagi bila si suami dan isteri sentiasa menjalankan perintah Allah dengan sempurna. Makin mencurah-curah rezeki yang datang.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan luas, anda perlu lah terlebih dahulu betulkan niat anda. Baru lah rezeki senang nak masuk. Mungkin dengan cuba amalkan ini selepas ini rezeki anda tidak akan putus-putus. In shaa allah. Jom sama-sama amalkan.
Makan dengan pasangan sama-sama
Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Ads
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
Layan anak-anak dengan penuh kemesraan
Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
Ads
Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri
Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan. Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
Beri isteri duit belanja walaupun isteri sudah bekerja
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar. Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10. Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih.
Ads
Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah
Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri. Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Banyakkan bersedekah
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan belas kasihan daripada sesiapa. Betul kan niat anda ketika bersedekah kerana apabila kita meringankan bebanan orang lain dalam kesusahan, maka Allah akan menggandakan rezeki dalam kehidupan kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cincin adalah lambang cinta abadi antara dua pasangan, tidak hanya itu cincin menjadi simbolik utama menyatukan dua jiwa menjadi satu. Namun tidak semestinya pemakaian cincin itu beerti anda ialah milik ‘seseorang’ kerana cincin juga boleh di pakai sebagai perhiasan di jari.
Cincin seringkali digunakan dalam sesebuah majlis perkahwinan kerana tidak lengkap dan bertinya nilai sesebuah perkahwinan tanpa cincin. Dengan tersarungnya cincin tersebut, maka terjawablah segala persoalan mengenai status anda.
Ada beberapa tips dalam pemilihan cincin kahwin ini dan mungkin anda yang di luar sana mengalami situasi seperti sukar untuk membuat pilihan dan lain-lain. Ya, di luar sana kita akan melihat pelbagai-bagai jenis cincin yang boleh membuatkan anda rambang mata untuk memilih.
1. Pemilihan Warna
Ini adalah soalan yang sering bermain di minda sama ada emas putih dan emas kuning. Kebanyakkan pengantin lebih gemar memilih emas putih berbanding emas kuning dengan alasan untuk tampak lebih bergaya dan elegan. Untuk emas putih, ia adalah neutral iaitu membawa makna sesuai dengan semua orang. Sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya. Manakala untuk emas kuning pula, lebih tampak menarik dan cantik disarung pada mereka yang berkulit putih.
2. Kesesuaian Cincin
Perlu di ingitkan warna kulit, size atau bentuk jari anda sama ada runcing, lebar, besar, kurus adalah penting kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri fizikal anda. Sarungkan di jari terlebih dahulu dan bincangkan dengan pasangan anda tentang kesesuaian cincin tersebut di mata anda.
3. Reka Bentuk Cincin
Jangankan terlalu memilih cantiknya cincin, sehinggakan anda lupa akan pekerjaan atau aktiviti anda. Sebagai contoh, anda berkhidmat sebagai seorang tukang masal. Mustahil untuk anda memakai cincin yang berbatu berlian yang besar mewah untuk di pakai semasa anda bekerja. Fikirkan terlebih dahulu sebelum beli.
4. Bajet
Pada peringkat awal pemilihan cincin, anda di nasihatkan agar jangan membuat pilihan dengan terus membeli. Seeloknya bandingkan harga terlebih dahulu. Bincangkan dengan pasangan anda mengenai corak yang mereka gemari dan tuliskan bajet yang anda tetapkan untuk membeli cincin. Jangan di sebabkan cincin, kacau bajet yang lain pula ye.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sudah setahun lebih kami mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga, kami berdua masih gagal memupuk rasa cinta antara satu sama lain. Sebelum berkahwin, masing-masing telah mempunyai pasangan, namun apakan daya atas kehendak keluarga, kami disatukan.
Kami bersetuju kerana tidak mahu melukakan hati keluarga. Akhir-akhir ini kedua-dua keluarga sudah bertanyakan kami tentang zuriat.
suami
Bagaimana ingin ada zuriat sedangkan kami tidak tidur sebilik. Walaupun begitu saya dan suami masih bertegur seperti biasa cuma kami tidak mesra seperti pasangan suami isteri yang lain. Bantulah kami.
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk saling membahagiakan tidak kira perkahwinan itu wujud atas pilihan sendiri atau pilihan keluarga.
Isteri bertanggungjawab membahagiakan suami dan suami juga bertanggungjawab untuk membahagiakan isteri, bukan hanya berpura-pura bagi membuktikan bahagia kepada ibu bapa yang mengatur jodoh antara kalian berdua.
Dalam usaha menangani isu ini, sebagai isteri, anda boleh memulakan dengan menggoda suami sendiri.
Suami atau lelaki, biar tidak cinta pada mulanya, in sha Allah akan tergoda dan jatuh cinta juga dengan isteri sendiri jika isteri pandai memujuk dan menggoda.
Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengambil berat tentang dirinya, gunakan kata-kata manja dan ayat-ayat cinta. Berikan sentuhan dan belaian. Cari jalan untuk tidur bersama. Dalam masa yang sama, berdoa agar anda mencintainya dan suami juga menerima dan mencintai anda.
sumber internet
Usahakan dahulu dalam masa tiga bulan. Andai tidak ada hasil, dapatkan bantuan daripada kaunselor untuk menegur dan menasihati suami pula tentang tanggungjawabnya untuk membahagiakan anda sebagai isterinya. segala yang terbaik untuk anda.
Oleh pakar: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alam perkahwinan yang bahagia, suami ketua dan pelindung manakala isteri pula kena cari yang sedia berkhidmat sehabis baik sebagai suri rumah tangga.
Bukan itu ke yang diimpikan setiap golongan lelaki dan perempuan yang mahu membina sebuah keluarga? Haaa… mari kita renungkan menerusi perkongsian saudara Izzuddin Yussof tentang alam perkahwinan dan hubungan suami isteri zaman sekarang.
Romanticism Vs Submission
Baru-baru ni jumpa kenalan yang dah bercerai, dan dia dalam proses mengenali orang baru untuk dijadikan isteri.
Hasil daripada pengalaman perkahwinan dia yang pertama, dia mula tertarik dengan satu ciri-ciri yang ditunjukkan oleh calon ni ‘submissive dan nampak ada mindset bersedia untuk menjadi seorang isteri’.
Ciri yang dia sebut ni sangat menarik sebenarnya. Ianya benda yang sama aku terfikir bila aku tengok anime “My Happy Marriage” kat Netflix.
Secara ringkasnya, cerita tu menonjolkan watak utama perempuan yang sangat berusaha untuk menjadi bakal isteri yang terbaik untuk tunang dia.
Owh ya, calon yang dia jumpa ni bukanlah asal rakyat Malaysia pun.
Rasanya ini satu ciri mindset wanita yang dah mula hilang di Malaysia pada zaman sekarang. Iaitu mindset untuk ‘menjadi isteri yang terbaik’. Itu bahasa lembut dia la. Bahasa direct dia, mindset untuk ‘layan suami sehabis baik’.
Rasanya hasil drama cerita Korea, mahupun mat saleh serta drama Melayu, wanita sekarang ada kefahaman perkahwinan itu perlu romantik dalam konteks yang bermasalah.
Bermasalah Macam Mana?
Ada expectation untuk suami buat surprise. Ada expectation untuk suami buat itu ini. Ada expectation untuk suami pujuk kalau merajuk. Ada expectation suami berkhidmat kepada isteri.
Secara tak sedar, ianya mindset suami yang kena layan isteri, bukan sebaliknya. Maka datanglah generasi perempuan berbangga untuk merajuk dan suami kena pujuk.
Datanglah generasi isteri selalu betul dan suami kena mengalah. Datanglah generasi suami kena bawa barang dan beg tangan isteri. Datanglah generasi silent treatment dan air mata sebagai senjata wanita ke atas lelaki. Datanglah generasi isteri yang baling-baling barang dan rosakkan barang ketika marah kepada suami. Datang generasi suami yang nak keluar rumah kena dapat kebenaran isteri.
Hilang dah kedudukan lelaki sebagai imam dan ketua keluarga. Secara tak sedar kita membenarkan kelahiran generasi isteri queen control. Yang jadi punca kepada banyak bergolaknya rumah tangga.
Cuba Lihat Contoh Isteri Rasulullah
Pernah dengar isteri Rasulullah merajuk dengan Rasulullah sampai tak bercakap? Nope ta ada. Di kalangan sahabat pun tak ada. Malahan kisah kononnya Saidina Umar kena berleter dengan isteri dia pun sebenarnya tak wujud.
Apatah lagi nak dengar isteri zaman tu memberi arahan dan mengarah suami buat itu ini. Lagilah tak ada.
Ramai kata Rasulullah itu romantik. Dan memang betul, Rasulullah memang romantik.
Tetapi romantik Rasulullah tu jauh sangat bezanya dengan expectation romantik zaman sekarang yang dibina di atas kisah-kisah drama yang tak berpijak pada realiti. Yang mana pelakon-pelakon tu sendiri pun bercerai berai di dunia sebenar.
Mengangkat Suami Sebagai Imam
Kalau tengok generasi boomers, majoriti isteri memang akan taat dan takut kepada suami diorang. Suami memang ada autoriti dan status sebagai seorang ketua.
Generasi sekarang? Macam-macam kisah kita dengar.
Submission. Yup. Kesudian mengambil seorang lelaki sebagai suami, sebenarnya adalah satu kesudian untuk submit kepada suami tu. Kesudian untuk mengangkat suami sebagai seorang ketua (imam).
Benchmark senang sahaja, isteri berani tak buat macam apa yang dibuat kepada suami tu, kepada boss di tempat kerja?
Berani nak tinggikan suara kepada boss? Atau berani untuk buat silent treatment sebab tak suka tindakan boss? Atau berani suruh boss buat itu ini? Berani baling barang mengamuk kat boss?
Tak berani. Confirm. Aku ada 70-90 staff perempuan pun tak ada yang berani buat macam tu.
Jadi kalau isteri berani buat macam itu kepada suami, maka betul ke isteri meletakkan suami sebagai seorang imam / ketua?
Nah satu hadith sebagai renungan:
“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Suami Ketua Dan Pelindung
Dan of course. Suami tu pun perlulah layak menjadi seorang ketua. Dia pun perlulah ada mindset untuk menjadi ‘ketua yang terbaik’ untuk keluarganya. Bertanggungjawab. Sanggup berkerja keras. Tunjukkan contoh teladan. Boleh jadi tempat bergantung. Melindungi ahli keluarganya.
Jadi, suami sebagai ketua dan pelindung. Dan isteri sebagai seorang yang di bawah suami dan bersedia untuk ‘berkhidmat’ kepada suami sehabis baik.
Itu kedudukan suami dan isteri yang dah hilang zaman sekarang. Suami ramai yang menjadi biawak hidup serta menyakiti isteri, dan isteri pula tak ada mindset untuk hormat dan melayan suami sebagai ketua dia.
Begitulah realiti rumah tangga hari ini, jom renungkan dan ubah mana yang kurang elok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!