SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hasrat untuk hidup berdikari dalam membina sebuah keluarga tanpa campur tangan mana-mana pihak. Pun begitu, atas beberapa faktor ada sesetengah pasangan terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga masing-masing selepas berumah tangga. Ia mungkin disebabkan pasangan baharu kahwin mempunyai masalah kewangan untuk menyewa rumah dan lain-lain perkara yang menyebabkan hal itu berlaku.

Suami Isteri Sepatutnya Mulakan Kehidupan Perkahwinan Tanpa Campur Tangan Mana-Mana Pihak

Namun, ada juga anak yang menawarkan kepada ibu-bapa mereka untuk tinggal bersama atas faktor usia atau kesihatan si ibu atau bapa. Meskipun terdapat kebaikan apabila ibu-bapa atau ahli keluarga tinggal bersama pasangan suami-isteri namun hal itu juga turut mendatangkan keburukan terutamanya kepada golongan wanita jika iparnya seorang lelaki.

Ini kerana wanita itu terpaksa menjaga aurat sepanjang masa selain segala gerak-geri diperhatikan oleh keluarga mentua. Ia sekali gus membataskan hubungan suami-isteri dan jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan ikatan perkahwinan itu menjadi renggang dan boleh menyebabkan berlakunya perceraian. Nak pula ibu mentua yang cerewat dan kuat membebel, ia tentu memberi tekanan kepada si isteri yang mungkin berasa tertekan.

Suami Isteri Sepatutnya Mulakan Kehidupan Perkahwinan Tanpa Campur Tangan Mana-Mana Pihak

Jalan terbaik, elakkan ibu-bapa tinggal bersama terutama bagi pasangan baharu naik pelamin kerana pada awal usia perkahwianan, mereka akan menempuh banyak perkara untuk mencari keserasian. Dalam Islam sendiri menggalakkan pasangan berkahwin dan mempunyai kemampuan agar membina keluarga sendiri kerana itu adalah yang terbaik berbanding tinggal bersama ibu bapa dan keluarga. Apabila pasangan tinggal berasingan dengan keluarga, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan dapat diwujudkan.

Makna kemampuan itu adalah menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). (Surah al-Talaq: 6)

Bilangan anggota dalam sesebuah rumah akan memperlihatkan pelbagai ragam seta perangai berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Seseorang ibu yang sudah ada anak yang menjaganya maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah untuk memulakan kehidupan sendiri bersama pasangan.

Ads

Suami Isteri Sepatutnya Mulakan Kehidupan Perkahwinan Tanpa Campur Tangan Mana-Mana Pihak

"Apa yang paling penting sentiasa memberi perhatian dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih saya melalui ziarah serta hadiah termasuk nafkah. "Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung dengan keluarga,"

Seseorang suami juga perlu tahu hak isteri sesuai dengan statusnya agar peranan masing-masing dapat dilaksanakan dengan baik dan jelas selain melayani isteri dengan sebaik mungkin.

Ads

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik – (Surah al-Nisa: 19).

Syeikh a-Maraghi berkata: Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.

Ads

"Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. "Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128),"

Suami Isteri Sepatutnya Mulakan Kehidupan Perkahwinan Tanpa Campur Tangan Mana-Mana Pihak

Seseorang isteri juga perlulah patuh dan berkhidmat kepada suami dengan sebaik mungkin kerana sifat isteri solehah dan pelaksanaan ibadat kepada Allah akan menatijahkan syurga buat isteri.

Hadis daripada Abdul Rahman bin ‘Auf, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya maka dikatakan kepadanya: “Masuklah syurga dari mana-mana pintu yang kamu mahu.” Riwayat Ahmad (1661), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (4598) dan Ibn Hibban (4237).

Malah komunikasi dan perbincangan antara suami-isteri dalam membuat sebarang keputusan akan memberi ketenangan dan rasa puas hati dari kedua-dua belah pihak sekiranya terdapat sebarang masalah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI