Bila dah kahwin, suami jangan berkira dengan isteri bab duit. Ini syarat paling utama kalau nak bahagia sampai hujung nyawa.
Orang perempuan, kadang sebab tak mahu susahkan sumai, sanggup guna duit sendiri. Asal duit dapur diguna sebaiknya bukan buat beli barang kehendak.
Namun hakikatnya, orang lelak suka tengok benda cantik atau molek, bukan? Ini yang menjadi masalah. Sepatutnya suami kena faham soal duit.
Suami Jangan Berkira
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, lumrah wanita nak ada duit sendiri. Baik bekerja atau berniaga, dia nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.
Ads
Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.
Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami kat isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluan dia.
Molek Bagi Lebih, Jangan Cukup-cukup
Ads
Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti, perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.
Boleh jadi alat perhiasannya dah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya dah kena beli.
Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada tu, perlu difikirkan berkali-kali.
Ads
Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik di mata, tapi pakai mana yang ada, maka di mana “menariknya”…?
Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak. Isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri, dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan untuk dirinya.
Dia tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi lumrah bagi sesiapa sahaja yang membeli rumah secondhand untuk mengalami masalah keadaan tandas yang kurang memuaskan. Mana tidaknya, lantai tandas sudah mempunyai tompok putih dan dinding tandas pun dah berkarat. Jadi dengan adanya perkongsian ini tentang bagaimana untuk menghapuskan kotoran degil tersebut, kita boleh jadikan tandas rumah seperti tandas baru!
DEEP CLEANING BILIK AIR
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dengan pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu haha. Tapi berita baiknya, dapat lah hani buat tutorial utk uols macam mana untuk buat deep cleaning bilik air ha! Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco. Semoga bermanfaat. P/s: as requested, hani import dari ig story je
P/s: semua hardware yang boleh ditukar kitorang tukar. Walaupun beli rumah secondhand nak juga lah fefeling beli rumah baru kan hahah. Yg ditukar: penutup mangkuk tandas (kedai hardware), kepala paip (mr diy), paip besi sekali dgn kepala dia tu (Eco), penapis besi kat sinki (Yang Yang Rm2), shower head (Eco).
Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah ungkapan yang sering kita dengar sebelum sesaorang atau pasangan masing-masing menempuh gerbang perkahwinan. Mengapa perlunya kursus kahwin?
Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing. Namun, ramai tak tahu perkara penting tentang sijil kursus kahwin ni. Lihat ini.
1. Tidak Boleh Dibeli Atau Tidak Boleh Didapati Tanpa Hadir Ke Kursus Kahwin
Sijil kursus kahwin ini TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK BOLEH DIDAPATI TANPA ANDA HADIR KE KURSUS KAHWIN.
Buat pengetahuan anda, untuk melayakkan anda memperolehi sijil kursus kahwin, anda dikehendaki hadir ke kursus kahwin dan anda perlu hadir ke semua 6 modul kursus kahwin yang bersamaan dengan 13 jam modul kursus kahwin.
Setiap modul pengajaran akan disampaikan oleh 6 orang tenaga pengajar (penceramah). Dan setiap modul pengajaran akan memerlukan tandatangan anda dan penceramah terlibat.
Jadi, melihatkan proses ini, adalah amat mustahil jika anda boleh mendapatkan sijil kursus kahwin tanpa menghadiri ke kursus kahwin.
2. Dokumen Wajib
Sijil kursus kahwin ini adalah salah daripada DOKUMEN WAJIB yang anda PERLU ADA sewaktu anda hendak memohon kelulusan pernikahan dari mana-mana Jabatan Agama Negeri di Malaysia ini.
Ini berlaku apabila bakal pengantin membuat kerja-kerja memohon kelulusan perkahwinan secara last minit dah tidak dapat menunggu Jabatan Agama mengeluarkan sijil kursus kahwin kepada mereka dan pasangan.
Jika ini berlaku, pusat kursus kahwin boleh mengeluarkan ‘surat pengesahan kehadiran kursus kahwin’kepada bakal pemgantin tersebut. Surat pengesahan ini perlulah dibawa ke JAWI supaya pihak JAWI mengeluarkan juga surat pengesahan kehadiran kursus yang disahkan dan mempunyai letterhead JAWI.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memastikan betul-betul adakah Jabatan Agama Negeri anda boleh menerima surat pengesahan kehadiran kursus kahwin ini atau tidak.
3. Laku Seumur Hidup
Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini LAKU SEUMUR HIDUP.
4. Tiada Tarikh Luput
Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI juga TIADA TARIKH LUPUT.
5. Boleh Digunakan Di Seluruh Malaysia
Sijil kursus kahwin dari JAWI ini SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana negeri atau di mana-mana Jabatan Agama Negeri di Malaysia.
Jadi, walaupun anda bermastautin di negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan, anda masih boleh mengikuti kursus kahwin di Kuala Lumpur dan menggunakan sijil kursus kahwin tersebut sewaktu anda menghantar permohonan kelulusan nikah anda di negeri tempat anda tinggal. Tiada masalah.
6. Simpan Elok-Elok
Disebabkan sijil kursus pra perkahwinan dari JAWI ini tiada tarikh luput dan laku seumur hidup, anda perlulah menjaga sijil kursus kahwin ini elok-elok tanpa menyebabkan ianya hilang atau rosak.
Info ini amat penting bagi anda yang akan mengikuti kursus perkahwinan tetapi masih belum ada pasangan atau masih belum ada tarikh pernikahan.
7. Jangan Laminate
Walaupun selalu diingatkan, ramai juga para peserta kursus pra perkahwinan yang laminate sijil kursus kahwin mereka.
Anda dinasihatkan agar TIDAK LAMINATE sijil kursus kahwin ni kerana ianya akan menjadi satu masalah bagi Imam Jurunikah atau Jabatan Agama untuk chop kat di atas sijil nanti.
Selalunya sijil akan rosak apabila anda cuba untuk membuka kembali laminate yang sudah dibuat. Oleh itu, ELAKKAN dari anda laminate sijil kursus kahwin ini.
8. Kalau Hilang Atau Rosak?
Setiap Jabatan Agama Negeri mempunyai proses dan prosedur masing-masing tentang apa yang bakal pengantin atau muda-mudi perlu buat jika berlakunya kehilangan sijil kursus perkahwinan.
Bagi sijil yang dikeluarkan oleh JAWI, anda perlu lakukan langkah-langkah seperti berikut:
a. Hubungi pusat kursus kahwin di mana anda telah hadir berkursus. Terangkan yang anda kehilangan sijil kursus kahwin dan minta pusat kursus kahwin tadi menyediakan SURAT PENGESAHAN KEHADIRAN KURSUS KAHWIN.
Berikan sedikit masa (1 atau 2 hari) bagi pusat kursus kahwin mencari kembali rekod dan maklumat kehadiran anda.
b. Hubungi kembali pusat kursus kahwin setelah 1 atau 2 hari bertanyakan adalah surat tersebut telah siap. Anda boleh ambil jika surat tersebut telah siap.
c. Kunjungi pejabat peguam yang mempunyai status Pesuruh Jaya Sumpah dan membuat SURAT AKUAN SUMPAH.
d.Bawa surat pengesahan kehadiran kursus kahwin bersama surat akuan sumpah tersebut ke JAWI. Sertakan bersama wang RM10. Di situ, anda boleh mmemohon untuk mendapatkan sijil kursus kahwin yang baru.
Sumber : Kursuskahwin.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita adalah adalah sebaik-baik kejadian dan mulia di sisi Allah SWT. Biarpun ketika zaman Jahiliyah kanak-kanak perempuan dibunuh, namun Islam mengangkat darjat golongan wanita. Bersyukurlah sesiapa yang dilahirkan sebagai insan istimewa ini.
Wanita yang beruntung adalah wanita yang menjaga auratnya, mentaati suami jika dia telah berkahwin, menjaga maruah dan yang paling utama, mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.
Bagi wanita yang sudah berkahwin, suami adalah sumber pahala yang paling mudah untuk dikaut setiap hari. Setiap tanggungjawab yang ditunaikan semuanya berpahala. Beruntung wanita sebenarnya.
Bagaimana Wanita Mudah Untuk Masuk Syurga Allah?
Wanita mudah untuk menikmati syurga yang Allah jadikan asalkan dirinya melakukan perkara-perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ini merupakan lima syarat agar wanita mudah masuk syurga.
Syarat Pertama
Hendaklah melaksanakan kewajipan agama. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud), “Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga”
Syarat Kedua
Hendaklah seseorang wanita itu mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at- Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud): “Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Syarat Ketiga
Selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud): “Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.”
Syarat Keempat
Rajin bersolat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dan Abu Said رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud): “Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah”.
Syarat Kelima
Adalah berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud): “Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka”.
Demikianlah kelebihan seorang wanita Islam. Tidak sukar untuk wanita masuk syurga asalkan menjaga kelima-kelima perkara ini. Namun sayangnya, ramai wanita kini tidak pandai menjaga maruah diri, tidak menutup auratnya, menderhakai suami dan sebagainya. Wallahua’lam..
Sumber: bicarasantai.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!