Sebenarnya hati isteri tu lembut. Itulah dia isteri kita. Sebab dia sayang suaminya dia masih selalu ada buat suaminya. Walau macam mana pun suaminya, dia tak pernah lupa dari menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri…

Biarpun suaminya tak reply mesej, call tak angkat, selalu balik lambat dan tak pernah dgr bila dia bercakap, dia tetap masak utk suaminya…dia tetap basuh baju suaminya…dia tetap melayani suaminya bila diminta.

Suami, Jangan Bila Dah Senang Kau Tinggalkan Isteri Demi Mencari Yang Lebih Cantik
sekadar gambar hiasan

Tak pernah dia lupa daripada melakukan tugas-tugas seorang isteri biarpun suaminya sering memarahinya, atau membuat apa shaja namun dia tetap ada bila suami perlukannya.

Suami tak bagi duit, dia usaha cari duit…suami tak beli kelengkapan dapur, dia guna apa yg ada…suami tak sediakan mesin basuh, dia basuh menggunakan tangan…suami takde duit, dia hulurkan dengan menggadaikan apa yang ada pada dirinya…dia cari alternatif dgn menggunakan apa jua pilihan yg ada sahaja dan tidak menuntut lebih-lebih daripada suaminya.

Sebab hati seorang isteri itu lembut sebab tu dia mampu bersabar, sebab tu dia mampu bertahan, sebab tu dia mampu untuk terus menjadi isteri walaupun suaminya tak benar-benar menjadi seorang suami seperti yang diharapkannya.

IKLAN

Suami, Jangan Bila Dah Senang Kau Tinggalkan Isteri Demi Mencari Yang Lebih Cantik

Tapi ingat, lembutnya hati seorang isteri itu ada tarikh luputnya dan bila smpai waktu tersebut, dia akan tutup buku lama, buka buku baru dan nama kita mgkin tiada lagi di setiap helaian muka surat didlm buku tersebut.

Kita dah menjadi sejarah untuk dirinya…sejarah yang terlalu pahit untuk dikenang.

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

Kredit : firdaus shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI