Perkataan zihar pada bahasa diambil daripada belakang atau yang zahir iaitu setiap yang berlawanan dengan batin.

Mengikut istilah fiqh pula terdapat beberapa definisi, antaranya:

  • Mazhab Hanafi: Zihar ialah menyamakan isterinya atau bahagian daripada anggota tidak halal dilihat bagi yang ajnabi selama-lamanya.
  • Mazhab Maliki: Zihar ialah menyamakan seorang lelaki yang mukallaf dengan perempuan yang halal (isteri-isterinya) dengan yang diharam selama-lamanya seperti dengan sebab nasab atau susuan.
  • Mazhab Syafie: Zihar ialah menyamakan isteri yang bukan diceraikan dengan perempuan yang tidak halal baginya berkahwin.
  • Mazhab Hanbali: Zihar ialah seorang berkata kepada isterinya “awak bagiku seperti belakang ibuku” atau siapa yang diharamkan ke atasnya secara selama-lamanya.

Suami Janganlah Samakan Isteri Dengan Anggota Mereka Yang Halal Dinikahi

Hukum zihar adalah haram dan termasuk daripada dosa besar dan siapa yang melakukannya dianggap dosa dengan jimak. Lihat Takmilah al-Majmu’ (16/341). Ini berdasarkan nas al-Quran:

Ads

الَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنْكُمْ مِنْ نِسَائِهِمْ مَا هُنَّ أُمَّهَاتِهِمْ إِنْ أُمَّهَاتُهُمْ إِلاَّ اللاَّئِي وَلَدْنَهُمْ وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنْكَراً مِنْ الْقَوْلِ وَزُوراً

Maksudnya: Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu adalah orang-orang yang bersalah, kerana isteriisteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka dengan melakukan yang demikian memperkatakan sesuatu perkara yang mungkar dan dusta.

Ads

(Surah al-Mujadalah: 2)

Suami Janganlah Samakan Isteri Dengan Anggota Mereka Yang Halal Dinikahi

Ads

Dalam hal ini ulama telah berkhilaf akan perkara yang diziharkan dengannya, mengikut mazhab Maliki anggota yang menjadi zihar ialah yang tidak halal dilihat seperti belakang, perut dan peha. Jika disbanding dengan kepala ibunya atau mukanya ia tidak dianggap sebagai zihar ini juga merupakan pendapat mazhab Hanafi.

Imam Syafie berkata jika bandingan selain daripada belakang dan dikehendaki daripadanya sebagai kemuliaan dan itu sahaja niatnya, maka ia tidak dianggap sebagai zihar. Lihat Kifayah al-Akhyar (2/70).

Pendapat yang rajah termasuk dalam zihar. Ini kerana menyamakan anggota yang zahir dan besar. Walaupun begitu rujuklah kepada mahkamah kerana keputusannya adalah muktamad.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI