Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini beri kita ruang untuk berfikir, besarnya pengorbanan seorang isteri. Isteri yang menjaga rumah tangga kita, menjaga tidur pakai kita, menjaga makan minum kita dan menjaga segala-galanya untuk kita.

Kadang-kadang kita sebagai suami harus faham, walaupun isteri suri rumah sepenuh waktu, berilah dia nafas untuk berehat kerana tugas isterinya tiada rehatnya.

Duhai bidadariku yang amat kucintai dan rindui..terima kasih Allah atas anugerah ini..isterikuBidadari…

“Suami, Jika Tak Sempurna Keluarga, Tak Sempurnalah Pimpinanmu.” – Ustaz Ebit Lew

Duhai suami syukurilah dan hargailah isterimu..

Berilah masa cium dan peluk isteri dari hati setiap kali masuk dan keluar rumah. Kerana syukur, kerana sunnah, kerana ucapan terima kaseh menjaga rumahtangga dan setia menanti kita di rumah..

Makan share pinggan. Suapkan makanan. Suapkan sekali sekala dari tangan. Sekali sekala dari mulut ke mulut..minum dari bekas yang sama. Suapkan makanan dan minum sama-sama..ada kuah sup dalam pinggan hirup.. Wujud rasa sayang. Sunnah suapkan makanan dalam mulut isteri…

IKLAN

Sekali sekala bergurau. Main kejar-kejar. Selalu kejar anak-anak. Mak anak lagi rindu nak kejar-kejar. Seharian penat. Mainlah kejar-kejar. Lumba lari dengan isteri. Dukung dan lagakan pipi.kerana rindu dan sayang…

Walau sibuk macam mana pun kerja. Wasap isteri. Hantar love banyak-banyak dekat fb. Kata abang rindu sayang jer…tengok buku. Tengok semua. Dah tak nampak asyik nampak sayang bidadari abang. Tunggu abang yer sayang..nanti masuk pintu lepas beri salam terus nak lompat dan peluk sayang. Nak cium banyak. Qada’ ganti semula sebab selalu terlupa nak kiss. Nabi saw setiap kali keluar rumah kiss isteri..

Sekali sekala ajak isteri mandi sekali. Sunnah Nabi saw sambil bergurau berebut-rebut air. Mandi dalam satu bekas yang sama. Berdua-duaan. Nabi saw melakukannya..

Bila call,wassap atau komen di fb terutama waktu berdepan dengan isteri. Panggillah panggilan paling best yang buat dia bahagia. Puji isteri. Hargai isteri. Wahai bidadariku yang tercinta. Yang cantik menawan indah sempurna. Terima kaseh Allah atas anugerah ini…

IKLAN

Selalulah beri hadiah walau sekeping kad. Walau sekuntum bunga. Tulis kad sayang, sayang,dunia ini menjadi nikmat kerana memilikimu isteri solehah. Sejuk mata abang. Dari kali pertama,Redha abang milikmu sayang..

Sekali sekala berdua-duaan berbual tentang cinta kita sampai mana?luv till jannah. Dengar Fatihah abang. Salah tolong betulkan. Lepas tu sayang pula baca..kita sama-sama melangkah masuk syurga..

Waktu malam tengok isteri penat. Berilah isteri rehat. Beri masa untuk isteri pergi spa, pergi urut, pergi shoping,beri masa isteri tidur rehat. Tolong urut kaki isteri. Urut badan. Isteri pening suami belajar teknik urut kalau pening kepala. Urut belakang. Tapak kaki. Urut dekat mata…sambil cakap terima kaseh sayang. Cian sayang susah payah urus macam-macam. Abang busy jer. Maafkan abang sayang..

IKLAN

Di rumah bantulah isteri setakat yang mampu. Walau penat balik kerja tolong buang sampah. Atau isteri masak tolong basuh-basuh. Isteri rela buat semua. Tetapi kita bantulah sikit-sikit..tolong angkat pinggan. Jangan pernah tinggalkan pinggan begitu sahaja. Lazimkan baju letak dalam bakul. Jangan campak merata..kalau boleh sekali sekala masak untuk isteri dan anak-anak. Masak yang mudah-mudah nasi beriyani dengan ayam merah ker. Buat jemput-jemput. Buat lempeng. Buat roti bakar…maggi goreng pun okeyyy…

Wahai suami,doakannlah nama ibubapamu lepas setiap solat. Doakan ibu bapa mentua. Doakan isteri,anak-anak dan semua adik beradik. Terima kasih Allah atas nikmat ini..

Bagi hadiah buat mak ayah mertua juga. Cium mak ayah mentua. Peluk mereka erat-erat. Bawa mereka berjalan makan-makan. Minta doa mereka. Minta maaf pada mereka. Puji anak mereka depan mereka…bawa pergi hospital kalau sakit. Jangan sampai mak ayah mertua takde orang peduli..mereka telah beri anak mereka kepadaMu. Sekali sekala beri isteri bercuti berjalan dengan mak ayah mereka..

Solat tahajud sama-sama waktu malam. Solat subuh awal di masjid. Hidupkan rumah dengan amalan Ta’lim. Dengar Hadis Nabi saw bersama isteri yang dicintai..

WAHAI SUAMI KITA SEMUA KETUA KELUARGA. JIKA TAK SEMPURNA KELUARGA KERANA TAK SEMPURNANYA DIRI KITA. ADA TAK KITA BAWA ISTERI BERJUANG DI JALAN ALLAH BELAJAR AGAMA? ADA TAK KITA BERI DUIT UNTUK MENGURUS DIRI MEREKA? DUIT NAK BELI PAKAIAN, KADANG-KADANG PAKAIAN DALAM MEREKA PUN ENTAH BILA-BILA. APA YANG KITA SUKA UNTUK KITA. ITU KITA INGIN ISTERI KITA PEROLEH. SAYANGILAH DAN DOAKANLAH ISTERIMU SENTIASA…

Bawalah isteri program kekeluargaan dan ceramah agama. Supaya sama-sama kita tingkat ilmu dan amalan dalam keluarga. Bertambah bahagia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI