Ads

Suami Kena Ingat, Isteri Adalah Wanita Yang Meninggalkan Ibu Bapa Untuk Hidup Bersama Kita

Perkahwinan bukan hanya hubungan badan, tetapi merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri. ‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga.

Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita.

Ads

Untuk mendapat haknya yakni kesetiaan dan kepatuhan, seorang suami perlulah terlebih dahulu menunaikan hak isterinya.

Ads
Ads

Hanya setelah kita memberi, barulah kita boleh menerima. Justeru, teladanilah suami seperti Rasulullah, barulah isteri akan meneladani isteri seperti Khadijah dan Aisyah. Ingatlah, sukar bagi seorang suami ke syurga sekiranya isterinya tidak ikut serta. ‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya.

Ayat Quran yang berbunyi, “selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka” sesungguhnya ditujukan untuk pertama dan paling utama ialah kepada para suami!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...