Kunci Allah Nak Bagi Rezeki, Suami Jangan Sakiti Isteri Kerana Doa Mereka Ajaib! Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup, dikelilingi hutang dan rezeki seolah-olah tersekat, cuba renung-renungkan diri anda. Adakah anda sering menyakiti hati atau menzalimi isteri dan anak-anak? Jika ya, berubahlah dari sekarang!
Dengan membahagiakan mereka, rezeki akan terus mengejar anda. Jika dua insan ini bahagia dan rasa bersyukur, seluruh keluarga akan merasa bahagia sekali gus membuat rezeki terus mencurah-curah.
Oleh itu wahai suami, selamilah perkongsian Ustaz Ebit Lew ini sebagai panduan anda untuk mengharungi kehidupan berumah tangga yang lebih bahagia, selain mengahdirkan rezeki yang melimpah-ruah.
Semalam pusing-pusing bazar Ramadhan niat dakwah dan rindu kampung. Lalu pasar malam ramai orang. Tengah berjalan. Ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang marah-marah isterinya. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri. Anak-anak semuanya di marah..depan ramai orang..sedih saya…
Saya cuma doa ya Allah hari pertama Ramadhan ini berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia jahil. Beri dia sifat lemah lembut..tak sanggup tengok orang maki hamun dan malukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu..
Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya. Ustaz ebit lew ke? Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik barapa hari. Sapa lak yer..puas pikir..rasa macam tak sebaya…dia lebih tua dari saya..dalam hati saya kata. Terima kaseh ya Allah kabulkan doa saya. Benarlah doa kita makbul bulan Ramadhan ini.
Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup..kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit…muka dia berubah. Dah lama buntu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..
Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?
Dah takde ustaz…
Selalu tak doakan mereka. Ziarah kubur mereka. Sedekah amalan buat mereka..
Dia terus kata. Tuler ustaz. Saya baran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.
Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bodoh, tak guna, degil…akhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur….jika rumahtangga jadi tempat marah, maki hamun, menyakiti…apa lagi yang tinggal..
Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI