Hubungan

Suami Nak Bermanja Atau Menggatal?

Share

Eh, memang tak salah suami sendiri nak bermanja. Nak menggatal dengan isteri sendiri pun bukan satu kesalahan. Cuma kadang-kadang ada ketikanya isteri perlukan ruang masa untuk diri sendiri. atau mungkin si isteri sibuk menguruskan sesuatu yang lebih penting.

 

Bayangkan satu situasi di mana suami dan isteri masing-masing bekerja dari rumah. Suasana bekerja dari rumah tak sama macam di pejabat. Andai sudah mempunyai anak-anak, tentulah tumpuan terhadap PDPR anak-anak penting. Itu belum termasuk mesyuarat secara maya yang perlu dihadiri isteri.

 

Suami pula lebih lapang maka berkehendak pula dilayan. Ada isteri yang boleh menolak secara baik namun ada isteri yang boleh naik hantu! Yang belum ada anak, isteri tetap perlu bekerja pada waktu pejabat. Susah nak penuhi permintaan suami yang kadang-kadang tak boleh bertolak ansur.

 

Macam mana nak kenal pasti suami yang memilih untuk bermanja atau menggatal?

 

Lebih perhatian

Suami yang ingin bermanja akan lebih memberikan perhatian kepada anda. apa yang sedang anda lakukan, apa yang anda bualkan itu semua jadi keutamaan padanya. Malah, dia juga mendengar dengan penuh perhatian apa yang anda perkatakan.

 

Lebih rasional

Saat suami mendekati, dia bukan sahaja datang dengan tangan kosong. Secawan kopi atau segelas air sejuk untuk menenangkan isteri yang sedang bekerja. Yang lebih baik, ada yang membawa pemanis mulut untuk menceriakan anda!

 

Lain pula halnya apabila suami ada niat sebaliknya.

 

Bercakap dengan double meaning

Lain yang kita cakap, lain yang dia faham. Dahlah begitu, lain oula fahaman dia. Suami juga akan mula dengan kata-kata ‘dalam kain’. Dengan harapan untuk pancing isteri.

 

Rapat

Suami ni kalau dah mula dekat-dekat dan rapt-rapat, memang dah beri tanda untuk bersamalah tu. Keinginan seorang lelaki ni kadang-kadnag sukar dijangka. Cara dia melihat kita pun lain. berkain batik dan berkemeja biasa pun dikatanya cantik. Bersyukurlah ada suami yang pandai menghargai!

 

 

Sentuhan

Bab sentuhan ni, memang tanda paling utama. Anda sebagai isteri pasti boleh meneka bentuk sentuhan bagaimana yang sering suami berikan apabila ingin bersama.

 

Walau apa pun, tidak ada salahnya untuk bersama suami pada bila-bila masa. Cuma suami perlu bertolak ansur dengan isteri kerana waktu kerja adalah satu keberkatan dalam kehidupan. Waktu kerja kan ada masa rehat, bolehlah gunakan saat itu. Bertolak ansur ok!

 

 

 

IKLAN