Kisah suami dirampas oleh wanita lain, bukanlah 1 perkara baharu. Malahan ada yang jadi sehingga menyebabkan perceraian. Jadi mengapakah lelaki yang sudah berstatus suami orang menjadi dambaan wanita bujang?

Suami Orang, Lagi Perempuan Bujang Suka Kacau

Suamiku dambaan wanita bujang?

1 kajian yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Social Psychology mendapati, lebih 90% wanita bujang berminat untuk mengenali dan bersama individu lelaki yang sudah berpunya. Manakala hanya 59% wanita menginginkan lelaki yang mengaku berstatus bujang.

Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Adakah kerana lelaki yang sudah berkahwin lebih berpengalaman? Mungkinkah lelaki berkahwin dilihat sebagai berkemampuan?

Situasi tersebut boleh digambarkan seperti perumpamaan ‘makanan di atas pinggan orang lain tampak lebih enak berbanding dalam pinggan sendiri’.

Sebenarnya tiada jawapan mudah untuk persoalan seperti itu. Sesetengah wanita mungkin mahukan semua perhubungan yang kekal berbahagia hingga akhir hayat dengan kestabilan aspek kewangan.

Namun terdapat juga wanita yang tidak mahukan perkahwinan yang terlalu terikat dengan suami dan anak-anak. Ia seperti mereka mahukan 1 hubungan yang mempunyai komitmen tanpa tanggungjawab yang terlalu banyak.

Namun, bercinta dengan suami orang bermakna kepercayaan dan kejujuran tidak boleh dijadikan ukuran utama dalam hubungan. Ini termasuklah dalam aspek saling menghormati, ketersediaan, percutian bersama, meluangkan masa dengan keluarga atau prioriti.

Kenapa memilih lelaki berkahwin?
Jika anda seorang wanita bujang, menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin dapat memberikan anda lebih ruang. Anda juga bebas untuk berjumpa dengan lelaki lain atau mungkin bekas kekasih anda.

Keadaan ini juga mungkin berlaku kerana keinginan meningkatkan harga diri dengan bersaing bersama wanita lain. Semakin hebat persaingan, maka wanita yang mempunyai hubungan dengan lelaki berkahwin akan berasakan dirinya lebih baik daripada si isteri dalam segala hal.

IKLAN

Rasa keterujaan dan kehebatan ini biasanya tidak langsung mempunyai kaitan dengan lelaki. Tetapi ia lebih kepada wujudnya rasa lebih berkuasa dan menjadi pujaan berbanding wanita lain.

Tetapi pernahkah anda terfikir atau sedar, seandainya lelaki tersebut boleh menipu si isteri untuk bersama anda, bagaimana anda boleh pastikan si dia tidak akan menipu anda dengan cara yang sama? Hmmm…mari kita fikir-fikirkan bersama.

Suami Orang, Lagi Perempuan Bujang Suka Kacau

5 sebab wanita bujang bercinta dengan suami orang
Pastinya kita ingin mengetahui mengapa agaknya mereka yang bergelar suami orang atau lelaki yang berkahwin lebih menjadi pilihan wanita bujang, bukan?

Berikut antara 5 sebab utama yang sering digunakan sebagai ‘tiket’ bercinta dengan suami orang:

Lebih memahami
Kononnya lelaki yang berstatus suami ini dikatakan lebih memahami wanita dan mempunyai sikap prihatin.

Keadaan ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan lelaki bujang yang mahukan diri mereka difahami berbanding mencuba untuk memahami pasangan. Tetapi betul ke?

IKLAN

Pernah gagal dalam perhubungan
Kecewa dengan pengalaman perhubungan lalu menjadi antara alasan mengapa wanita lebih gemar memilih suami orang sebagai pasangan.

Malahan ada yang mengatakan sikap kebanyakan lelaki bujang yang lebih melihat kepada rupa membuatkan wanita gemar memilih lelaki berpangkat suami.

Ada pakar mengatakan, kehidupan penuh kesibukan menjadikan wanita tidak bersedia untuk mempunyai komitmen dalam perhubungan. Oleh itu, memilih bercinta dengan lelaki berkahwin akan dapat mengubat kesunyian dan kekosongan yang dirasai.

Kewangan stabil
Lelaki yang sudah berkahwin akan dikaitkan dengan kewangan yang stabil. Maka ia turut dijadikan antara sebab mengapa wanita memilih mereka.

Tetapi, tidakkah anda sedar bahawa ia mungkin hasil usaha bersama dengan isterinya dalam memberikan kesenangan hidup keluarga?

IKLAN

Atau lagi teruk, jika lelaki tersebut sebenarnya tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit pemberian si isteri. Bahasa mudah, biawak hidup dalam rumah tangga. Haa…masihkah anda ingin bersama lelaki sebegitu?

Masalah psikologi
Boleh bayangkan, bagaimana seorang wanita sanggup melukakan hati wanita lain demi berebutkan lelaki? Pastinya kita akan menganggap wanita itu tidak mempunyai hati perut, bukan?

Jadi tiada salahnya kalau wanita sebegitu dianggap mempunyai masalah berkaitan jiwa dan psikologi. Mungkin mendapatkan terapi adalah jawapan yang terbaik.

Mungkin juga wanita itu isteri seseorang
Ya, bukan semua wanita bujang tidak berhati perut. Malah sudah tentu ada wanita yang tidak sanggup bersama lelaki berkahwin kerana tidak mahu digelar perampas. Itu adalah sebagusnya.

Tetapi jangan tidak percaya, ada juga wanita yang sudah bergelar isteri turut menjalinkan hubungan dengan suami orang. Kenapa? Hanya kerana mahukan kebebasan dan mungkin pernah menjalinkan hubungan cinta.

Kiranya bahaya juga bergelar suami orang, bukan sahaja wanita yang bujang berminat bahkan wanita bergelar isteri juga ingin mencuba nasib. Hmmm..sabar banyak-banyak para isteri sekalian

Komunikasi paling penting
Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Hubungan wanita bujang yang terjalin dengan suami orang tidak akan berlaku jika tidak dilayan atau dicari. Maka perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan adalah komunikasi.

Para suami sekalian, jika ada masalah, berbincanglah dengan isteri anda. Kalau ada salah faham, dapatkan penjelasan. Sekiranya wujud persengketaan, selesaikanlah. Jangan mencari jalan mudah dengan menjalinkan hubungan bersama wanita lain.

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
OLEH :
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES