Hal rumah tangga adalah perkara personal yang harus diselesaikan diantara anda berdua. Namun, jika anda memerlukan pendapat orang lain tidak salah, biarlah yang betul dan berguna. Dalam hubungan rumah tangga perlulah ada rasa hormat pada kedua-dua pasangan. Suami hormat isteri dan isteri juga hormat pada suami.
Tetapi, tanpa sedar ada dosa suami terhadap isteri yang dilakukan tanpa sedar. Bagaimana? Ia seolah-olah merasa dirinya sahaja yang berkuasa dan betul dalam segala hal.
Isteri pula hanya mampu diam kerana takut diherdik, dimarah, dipukul, atau diceraikan oleh suami. Apa dosa suami yang dimaksudkan? Jom kita semak.
1. Tidak ajar agama kepada isteri
Dalam perkahwinan, suami adalah imam dan ketua keluarga. Maka, anda adalah individu yang harus membimbing isteri hingga ke syurga. Ajaklah isteri bersolat berjemaah, membaca Al-Quran bersama isteri, mengajaknya ke masjid atau majlis ilmu, mengajar isteri tentang aurat dan sebagainya.
2. Selalu mencari kesalahan isteri
Suami juga tidak harus mencari kesalahan isteri sekiranya ada kesilapan di mana-mana tegurlah dia dengan cara yang berhemah dan didiklah isteri dengan penuh kasih dan sayang.
Jika isteri tak pandai masak, belikan dia buku resepi supaya dia boleh belajar. Jika isteri tak pandai berhias diri, belikan dia pakaian cantik-cantik, alat mekap dan sebagainya supaya dia tampil menarik di hadapan anda.
3.Tidak menyediakan nafkah zahir & batin pada isteri
Isteri berhak mendapatkan nafkah zahir dan batin daripada suaminya serta hak ini tidak boleh diambil ringan oleh suami kerana ia adalah kewajipan. Sekiranya suami culas atau terlupa nak bagi nafkah pada isteri maka isteri boleh mengambilnya mengikut kemampuan suami meskipun tidak diketahui.
Ads
4.Selalu marah-marah dan tiada sifat prihatin
Isteri dinikahi bukan untuk dizalimi tapi untuk disayangi, dibelai dan dimanjai maka hargailah isteri anda dengan sebaik-baiknya. Jika terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan tegur dengan baik dan penuh kasih sayang. Tidak mustahil timbulnya rasa kurang hormat, sakit hati dan dendam yang mungkin boleh terkumpul dalam hati isteri.
5. Tak pernah tolong urusan rumah
Minta tolong sidai kain, basuh baju atau sapu sampah semua suami mengelak dan tak mahu buat. Bagi suami, tugas itu adalah kerja isteri maka anda yang patut siapkan. Inilah yang dikatakan dosa suami terhadap istri hingga membuatkan isteri berkecil hati. Tak salahkan kalau nak bantu isteri buat kerja rumah.
6.Sebarkan aib isteri
Ads
Dalam kita tak sedar, kadang-kadang ada suami yang selalu menceritakan kisah di tempat tidur dengan rakan-rakannya yang lain. Tahukah anda itu sebenarnya satu dosa pada isteri? Rahsia tempat tidur sepatutnya kisah yang tak perlu diceritakan kepada orang lain dan ia adalah rahsia yang kalian berdua saja yang boleh tahu.
7. Terburu-buru menceraikan isteri
Benda ini yang sekarang tengah menjadi viral dan trend apabila suami secara terburu-buru menceraikan isteri tanpa sebab. Lebih menyakitkan penceraian itu terjadi dek kerana orang ketiga . Adakah anda pasti perempuan tersebut lebih baik akhlaknya berbanding isteri yang diceraikan itu? Fikir secara rasional terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan.
8. Tak berlaku adil apabila berpoligami
Nak kahwin sampai dua atau tiga atau empat, tapi tak pernah berlaku adil hingga hak isteri pertama diabaikan. Malah dengan ketidakadilan itu boleh menyebabkan anak-anak simpan perasaan benci dan masyarakat mencemuh tindakan busuk anda itu sekaligus menghancurkan institusi poligami itu sendiri.
Ads
Sumber : TheAsiaParentMalaysia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kawasan leher juga hampir selalu terdedah kepada cahaya matahari, yang bermaksud sinaran ultraviolet dari matahari boleh menembus kulit yang sudah lebih nipis dan merosakkan sel-sel, mempercepat proses penuaan. Faktor lain adalah kekurangan pengeluaran sebum pada kulit leher. Oleh kerana leher anda tidak menghasilkan sebum, kulit di sini lebih rentan terhadap kekeringan, hal ini menyebabkan tekstur kulit jadi berkedut. Buat bakal pengantin semua sila ambil tindakan segera supaya kulit leher anda tidak berkedut seribu.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menjaga leher?
Aplikasi SPF
Kita cenderung untuk meletakkan krim SPF ke muka dan badan tapi sering melupakan kawasan di antaranya. Perkara yang baik ialah, anda tidak perlu krim pelindung matahari yang berasingan untuk kawasan leher, selagi pelindung matahari anda adalah spektrum luas dan menyediakan perlindungan UVA dan UVB.Jadi sentiasa ingat untuk meletakkan SPF di leher anda seperti mana anda melakukan ke wajah.
Pakai topi
Tidak seperti tubuh anda yang dilitupi oleh pakaian, leher anda sering terdedah kepada cahaya matahari. Selain meletakkan SPF, anda boleh juga memakai topi untuk menghalang sinaran UV, terutamanya bila berada di luar untuk tempoh masa yang panjang atau pada waktu puncak.
Tanggal mekap
Bila tiba nak tanggal mekap, kita cenderung hanya menumpukan perhatian dari dagu ke atas dan mengabaikan kawasan leher. Sisa solekan yang dibina di kawasan leher dari masa ke masa boleh menghalang kulit anda daripada bernafas dan sel-sel kulit mati, yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kusam.
Apabila nak membersihkan wajah, lakukan pada leher juga dan sama sekali jangan tertinggal.
Pakai produk di leher
Kebanyakan produk penjagaan kulit anda akan memberi manfaat kepada leher dengan cara yang sama dengan wajah anda dalam hal menyediakan kelembapan dan penghidratan. Oleh itu, apabila anda menjalankan rutin penjagaan kulit harian, lakukan pada leher juga (dan juga kawasan dada) supaya ia melembap dan menjaganya dengan baik.
Gerakan menaik
Apabila meletakkan produk penjagaan kulit di leher, gunakan gerakan menaik untuk mengelakkan tarik leher anda ke bawah. Juga berhati-hati untuk tidak letak secara agresif supaya anda tidak meregangkan urat leher.
KREDIT : WANISTA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki memang terpukau dengan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita itu. Namun begitu ada perkara lain yang membuatkan si lelaki jatuh hati hanya dalam hanya 10 saat mengenai wanita.
Bukan bersandarkan paras rupa semata-mata, jom kita lihat 5 perkara yang membuatkan lelaki terpukau mengenai wanita.
Senyuman
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, lelaki boeh jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Siapa sangka, hanya dengan senyuman, hati lelaki terus cair dan boleh jatuh hati.
Bijak
Kredit: Google
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’ tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang.
Contohnya, jika dia sedang membuat persembahan kerja dalam mesyuararat, seorang lelaki suka melihat wanita yang fasih dan lancar dalam percakapannya, tangkas menjawab setiap pertanyaan dan bahasa tubuh yang begitu meyakinkan.
Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah. Sebaliknya, mereka akan duduk diam seketika dan memikirkan cara terbaik untuk menanganinya.
Hormat Orang Tua
Kredit: Google
Aduhai, boleh gugur jantung seorang lelaki jika melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini.
Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat
Berbaju Kurung
Kredit: SalamToday
Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan! Biarpun sesetengah orang beranggapan baju kurung kelihatan kampung dan old school, namun baju kurung boleh mencerminkan peribadi seseorang wanita itu. Baju kurung sebenarnya membuatkan mana-mana wanita pun kelihatan lebih anggun. Apatah lagi jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi.
Berkaca Mata
Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy,asalkan wanita itu bijak bergaya dan sentiasa tampil menarik dan anggun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saya ingin bertanya jika pasangan kita telah disahkan mengidap HIV positif, adakah Islam membenarkan perkahwinan ini jika kedua-duanya bersetuju?
Islam memuji umatnya yang memilih jalan kebaikan dengan mendirikan rumah tangga. Apatah lagi pernikahan itu akan menghalalkan sesuatu hubungan lelaki dan wanita yang pada asalnya tidak dibolehkan.
Islam juga menganjurkan kepada kita, sekiranya ingin memilih pasangan hidup, maka pilihlah dalam kalangan orang yang baik-baik. Keutamaan pula dalam sudut agama yang ada pada diri seseorang.
Adapun sekiranya pasangan kita mengidap HIV positif, maka hal ini tidak digalakkan walaupun kedua-dua pasangan bersetuju. Ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan buruk pula kepada anak yang bakal lahir dalam keluarga.
Firman Allah SWT yang bermaksud:“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam lembah bahaya kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” Al-Baqarah: 195.
Tetapi sekiranya ingin juga berkahwin maka perkahwinan itu tetap sah selagi mana memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam.
Oleh: Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!