Penggunaan korset atau bengkung merupakan amalan masyarakat Melayu sejak dari dulu lagi. Malah, ia menjadi satu kaedah untuk membuat pinggang nampak ramping dan cantik.
Masyarakat dahulu, anak dara semuanya menggunakan bengkung dan makan jamu dari bahan semulajadi dalam menjaga penampilan.
Pengunaan bengkung bukan perkara baru dalam masyarakat Melayu kerana ia sudah wujud sejak sekian lama sebagai satu kaedah merampingkan pinggang.
Untuk menjadikan organ dalaman kembali kepada kedudukan asal selain memulihkan bentuk badan selepas melahirkan untuk ibu berpantang.
Dengan pemakaian bengkung ini, ada ramuan khusus disapu pada bahagian perut ibu berpantang. Namun, dalam peradaban moden kini bagi sesiapa yang mengenakan bengkung, mungkin ada yang menyapu krim pemecah lemak pada perut dengan tujuan untuk mengempis perut.
Bengkung terdahulu juga diperbuat daripada kain dengan teknik pemakaian ia dililit kemas di badan bermula pada bahagian abdomen hingga pinggul selama beberapa jam atau sepanjang hari bergantung kepada orang yang memakainya.
Kini, bengkung muncul sebagai satu daripada keperluan penting penjagaan badan untuk wanita untuk membentuk badan menjadi ramping atau ingin tampil dengan parut kempis dan menawan.
Ads
Lebih menarik ia juga bukan lagi berupa kain yang dililit pada pinggang sebaliknya seperti sehelai pakaian dalam yang kemas dan inovasi bengkung moden ini digelar korset.
Ada yang diikat menggunakan tali, menggunakan cangkuk atau pelekat velcro menjadikan tempoh pemakaiannya lebih cepat dan mudah juga untuk ditanggalkan.
Bagaimanapun, persoalan yang timbul dalam kalangan orang ramai mengenai pemakaian korset ini ialah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di dalam badan dan benarkah dengan pemakaian korset juga mampu mengurangkan berat badan individu?
Ads
Selebriti kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri menerusi perkongsian di laman sosial miliknya menyebut dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia bukanlah pembakar lemak di dalam badan.
Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.
Berkesankah untuk kurus?
Apabila anda memakai korset, situasi ini boleh dikatakan seperti meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan sekali gus mengurangkan selera makan.
Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infra merah, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak.
Ads
Bagaimanapun, teori yang digunakan ini juga dapat mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:
1. Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
2. kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung.
3. Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.
4. Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.
Pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainya tapi ia mungkin dapat mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan dan memberikan ilusi bentuk badan yang lebih ‘cantik.’
Menurut Kevin, sesetengah kos korset mencapai harga beribu-ribu ringgit, jadi bagi sesiapa yang membeli korset ini ia bukanlah pelaburan yang kecil-kecilan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk hidup di zaman sekarang lebih-lebih lagi dengan harga barang mahal tetapi gaji masih lagi kecil. Kalau dulu RM50 boleh dapat barang penuh satu troli sekarang mungkin dapat satu bakul sahaja. Ramai yang mengeluh gaji selalu tak cukup lebih-lagi mereka yang bergaji RM2000 hingga RM3000 sehinggakan mereka tiada simpanan. Tapi sebenarnya dengan gaji RM2500 anda boleh simpan sebanyak RM750 setiap bulan.
Seperti yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor ini, dengan menggunakan formula 30:60:5:5, anda boleh asingkan duit gaji anda untuk perbelanjaan dan simpanan seperti yang telah ditetapkan.
Gaji RM8000 nak simpan RM1000 sebulan pun susah
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu: Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)
– Minyak kereta. > Bil telefon. > Bil api air. > Keperluan keluarga. Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.
#No.3 Bocor (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.
Contoh:
– ASTRO. > Kredit kad. Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.
#No.4 Sampah (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.
Contoh:
– Fast food (McDonald, KFC). > Tealive, Starbucks. > Karoke. > Tengok wayang. Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
5 tiang impian kewangan
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan.
Lindung harta dengan baik
Labur harta untuk masa depan.
Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
5. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sudah berkahwin, kena tahu tugas jadi isteri tak akan pernah habis. Akan selalu ada dan sepatutnya suami pun kena bantu sama.
Tugas Bila Jadi Isteri Tak Pernah Habis
Nak-nak zaman sekarang, keduanya masing-masing kena sama-sama cari duit. Kalau dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tetapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak sempat nak buka. Dah terus ke dapur. Ambil beras masukkan dalam rice cooker.
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju-baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya.
Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone.
Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.
Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun.
Hari-hari macam ni.
Orang Rumah Bukan Bibik
Hello guys! Isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ke?
Hangpa, lepas makan. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya.
Sampah kat dapur pun hangpa tak boleh nak tolong buang. Bila isteri bising, kata kuat berleter.
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah. Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan, jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa itu kita akan menyesal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!