Alamak! Suami kecil hati, anak lelaki merajuk.

Satu situasi yang rumit keadaannya dan tidak tahu siapakah puncanya. Terfikir sejenak, kalau dahulu zaman atuk dan ayah kita jarang-jarang sekali melihat lelaki merajuk, mereka memiliki jiwa yang kental dan hati yang cekal, tidak terbuai-buai dengan perasaan keanak-anakan. Kita boleh tahu melalui sejarah dan pengalaman orang terdahulu.

Persoalan yang diatas “Siapakah puncanya?”. Mungkin faktor peredaran zaman yang berubah menjadikan sensitiviti lelaki semakin meningkat. Tidak dapat dipastikan kebenarannya..jika ada statistik yang dikeluarkan lagi menyeronokkan.

Jom fikir secara logik, dimana kesilapan yang berlaku. Setuju atau tidak jika dikatakan punca lelaki mudah sensitif ini adalah kerana keperluan emosi mereka terabai. Lebih dahsyat lagi individu yang bertanggungjawab telah melukakan hati mereka adalah wanita, seorang ibu dan isteri.

Jika anda bersetuju dengan penyataan ini boleh teruskan pembacaan anda.

Perkongsian ini adalah berkaitan emosi.

Jika anda yang sedang membaca ini adalah seorang wanita, cuba ketepikan sekejap emosi anda dan fokus pada emosi lelaki khususnya pasangan anda. Tune sekejap hati dan letakkan dalam situasi anda seorang lelaki.

Suami Pun Boleh Merajuk, Isteri Kena Tahu Layan Emosinya
.

3 ‘K’ MEMIKAT & MEMENANGI EMOSI KAUM LELAKI

IKLAN

#1-KEHORMATAN
Seorang lelaki ada naluri dan kemahuan kuat untuk berasa dihormati dan dipatuhi.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang menghormati mereka. Bila dihormati hati mereka akan mekar bak bunga-bungaan yang berkembang ditabur supplement. Andai sebaliknya yang berlaku, maka layulah bunga. Kecewa dan sedihnya perasaan lelaki apabila berasa tidak dihormati.

Sebagaimana seorang anak menghormati ayahnya, begitulah kehormatan yang seorang isteri perlu berikan kepada suami.

Hormat suami dengan:

Percakapan lemah lembut. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan ibu anda dan kawan-kawan, pasti boleh dengan suami sendiri. Jika suami bercakap kasar, balaslah dengan kelembutan
Menjaga aib suami. Tidak membangkitkan cerita kekurangan dan kelemahannya. Walaupun dia tahu anda bergurau atau tidak sengaja, boleh jadi akan timbul rasa kecil hati.
Hormat pada keluarganya selagi mana keharmonian rumahtangga anda terjaga
Tanya pendapat suami sebelum membuat keputusan penting dan melihat kepentingan pada perkara yang dicadangkan olehnya.

IKLAN

Suami Pun Boleh Merajuk, Isteri Kena Tahu Layan Emosinya
.

#2-KEPERCAYAAN
Lelaki mahukan kepercayaan. Perempuan pula selalu berhati-hati meletakkan kepercayaan. Cerita mengenai kepercayaan dalam hubungan ini complicated.

Walaubagaimanapun pengikat rasa percayaan pada pasangan adalah melalui doa. Memohon doa dari Allah Ya Waliy (Maha Melindungi)

“Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu petunjuk sehingga kami sentiasa bertaubat atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan maksiat dan sebab-sebabnya”
“Dan jadikanlah kami selalu ingat kepada-Mu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat”
Kata-kata dan bisikan hati itu juga boleh menjadi doa. Jadi usah biarkan diri dibelenggu hasutan syaitan, firman Allah S.W.T:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa….”
(Surah al-Hujurat: 12)

IKLAN

#3-KETERBUKAAN
Lelaki tertarik pada pasangan yang mereka serasi, selari atau paling tidak pun boleh bertoleransi dengan sikap dan tingkah laku mereka.

Keterbukaan adalah penerimaan bebas tanpa mengungkit dan membandingkan dengan sesuatu yang lain. Sifat seorang lelaki berbeza dengan lelaki lain.

Semakin bertambah usia perkahwinan seharusnya penerimaan atas kelemahan pasangan lebih terbuka. Keterbukaan mencerminkan kematangan dan mengukur kedewasaan hubungan.

Pentingnya wanita mengetahui keperluan emosi lelaki yang mahukan kehormatan, kepercayaan dan keterbukaan dalam hubungan. Lelaki sifatnya sukar dibaca. Jika wanita dapat memahami seorang lelaki dengan baik, pasti perhubungan kasih sayang erat dan bertambah baik.

Emosi lelaki lebih terarah dan stabil kerana tidak terlalu melibatkan rasa sayang secara zahir. sayang tetap sayang tetapi sayang mereka dalam bentuk penjagaan dan perlindungan.

Wanita suka emosi mereka dilayan dengan penghargaan, sentuhan dan kata-kata. Tunggu sehingga penulisan akan datang berkaitan keperluan emosi wanita.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari’

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI