SDisebalik kesukaran pasti ada jalan dan ikhtiar yang boleh dilakukan. Ada juga petua tertentu dan juga tips serta cara untuk mengandung mengikut amalan petua orang tua dulu-dulu yang boleh diikut agar dapat menimang anak.
Berikut adalah cara untuk mengandung yang dikongsikan oleh Ani Sup Utara untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan anak dengan memakan buah kurma yang liat.
Bahan-bahan:
Ads
Buah kurma yang betul-betul liat sekilogram (kurma biasa pun boleh)
1 liter susu kambing segar
Cara-caranya:
Ambil segenggam buah kurma untuk suami dan isteri
Buangkan bijinya dan masukkan ke dalam blender. Blenderkan kurma dengan susu kambing 1 liter. Blend sampai hancur kesemuanya.
Hasil buah kurma yang telah blend itu bahagikan kepada dua secara sama rata.
Sebelum diminum, sila niat dahulu. Baca surah Maryam ayat 1-12. Selepas itu, suami dan isteri bolehlah minum air kurma itu sampai habis. Jangan disimpan, wajib dihabiskan semuanya.
Keesokkannya dan seterusnya, boleh diamalkan setiap hari segelas susu kambing dan 7 biji kurma dan baca surah Maryam juga.
Insha Allah, pasti Allah tidak akan hampakan kita. Wanita yang mandul juga mampu ‘pregnant’, selagi adanya rahim, selagi itulah dia boleh mengandung dan mendapatkan anak.
Ads
Tips dan cara ini saya dapatkan daripada seorang ustaz. Kata ustaz tersebut, kadang-kadang jika kita tak boleh mengandung bukannya disebabkan mandul tetapi rahim kita sebenarnya diganggu oleh makhluk jin yang tumpang berteduh di situ.
Ads
Disebabkan itulah kita digalakkan meminum susu kambing sebab susu kambing adalah musuh kepada jin. Jin tidak menyukai dan membenci susu kambing.
Sebelum ini ada yang pernah cuba dengan cara ini dan telah terbukti menjadi serta mengandung. Insha Allah, jika sudah rezeki anda, anda pasti mengandung juga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak kes kita dengar bercinta sejak sekian lama tapi akhirnya hubungan percintaan itu terkandas di tengah jalan. Ia bukanlah satu yang mustahil kerana setiap hubungan yang terjalin tidak kira sekejap atau lama pasti boleh berakhir disebabkan oleh beberapa perkara.
Berulang kali si lelaki membuat lamaran terhadap kekasih hati, namun kekasih hati masih menolaknya. Jika seseorang wanita ‘reject’ lamaran seorang lelaki, tentunya ada sebab yang tersendiri.
Nak tahu apa sebabnya? Jom kita lihat!
JUAL MAHAL
Ada kalanya sikap wanita ini suka ‘jual mahal’ terhadap lelaki. Wanita hanya ingin melihat kesungguhan dan kegigihan lelaki tersebut dalam cubaan untuk memikat hatinya. Tidak salah sekiranya setiap wanita ada sikap ‘jual mahal’ ini, barulah nampak eksklusif dan classy!
BELUM BERSEDIA
Sesetengah wanita belum bersedia untuk memberi komitmen pada sesuatu perhubungan. Mungkin ada sesuatu yang ingin dicapai sebelum membuka hati dalam percintaan. Selain itu, wanita yang terlalu fokus pada kerjaya juga menyumbang kepada sebab ini. Tapi, bukanlah bermakna wanita ini ingin membujang buat selama-lamanya.
TAK NAK JADI ORANG KETIGA
Dalam dunia ini ada lelaki yang suka berfoya-foya walaupun sudah mempunyai pasangan mahupun isteri. Lelaki jenis ini cukup ditakuti oleh wanita, sekali gus mereka tidak mahu menjadi orang ketiga dalam sesuatu hubungan. Lagipun ada ke wanita yang ingin menjadi orang ketiga? Mesti akan dianggap perampas dan sebagainya kan…
Serik bercinta kerana selalu gagal dalam perhubungan juga adalah salah satu punca pada ‘rejection’ ini. Mungkin sebelum ini wanita tersebut pernah dikecewakan dan patah hati dalam hubungan percintaan yang terdahulu. Oleh itu, mereka lebih berhati-hati dalam mencari pasangan seterusnya. Takut pisang berbuah dua kali pula!
TIADA RASA CINTA
Sesebuah hubungan tidak akan menjadi sekiranya tiada rasa cinta antara satu sama lain. Mungkin si wanita hanya menganggap lelaki itu sebagai kawan sahaja tetapi lelaki tersebut menganggap wanita itu sebaliknya. Jika cinta itu datang daripada sebelah pihak sahaja, maka ia tidak akan menjadi. Sesebuah hubungan itu perlu dipupuk dengan rasa cinta dan kasih sayang antara kedua-dua belah pihak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya ada satu kekeliruan tentang isu nikah tanpa pengetahuan wali mujbir.
Permasalahannya begini. Saya dan pasangan saya masih belajar di peringkat universiti. Namun kadang-kadang batas pergaulan kami melebihi yang sepatutnya. Secara jujurnya, kami ingin sangat untuk berkahwin secara nikah khitbah demi mengelakkan dosa maksiat ini. Bagi kami itu sahaja jalan penyelesaiannya iaitu kahwin.
Permasalahannya jika kami berkahwin tanpa pengetahuan bapa kepada kekasih saya, iaitu bernikah di Thailand, adakah ianya sah? Kami ingin mengambil langkah ini kerana tidak ingin menimbulkan masalah atau kesulitan dari kedua-dua belah pihak keluarga.
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Terima kasih atas pertanyaan saudara. Pertanyaan saudara menyentuh beberapa perkara iaitu:
Pertama: Nikah Gantung Atau Nikah Khitbah
Sesungguhnya, tiada istilah nikah gantung atau nikah khitbah di dalam Islam. Jika perkahwinan dilakukan dengan memenuhi syarat dan rukunnya, maka ia adalah perkahwinan secara Islam yang sah. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang memenuhi 5 rukun:
Nikah gantung atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah yang sering disebut oleh masyarakat sebenarnya bermaksud perkahwinan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh tertentu hasil persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak. Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian.
Jika begitulah maksudnya, maka nikah gantung itu harus dilakukan kerana majlis kenduri dan hantaran yang besar itu bukan rukun dan bukan syarat bagi perkahwinan. Kenduri walimah untuk menjemput saudara mara dan kenalan bagi meraikan pasangan mempelai hanya sunat sahaja. Kenduri secara kecil-kecilan pun sudah memadai. Manakala hantaran adalah hadiah pihak lelaki kepada wanita. Hadiah ialah pemberian ikhlas, tidak wajib. Tetapi masyarakat kita hari ini seolah-olah mewajibkan hantaran ini dan menjadikannya sebagai suatu kebanggaan.
Antara sebab-sebab utama kenapa sebahagian memilih nikah gantung adalah :
Kebaikan yang terdapat daripada nikah gantung adalah mengelakkan berlakunya zina dan melahirkan anak luar nikah dan itulah tujuan utama nikah ini diamalkan oleh sebahagian masyarakat. Walaupun mereka melakukan nikah gantung, tetapi mereka bebas sebenarnya melakukan sebarang aktiviti bersama walaupun tanpa mahram dan pasangan boleh jadi mengandung dan melahirkan anak. Anak hasil daripada hubungan seperti ini adalah yang sah dan tidak haram. Hal ini kerana mereka adalah pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang kerajaan Malaysia. Mereka tidak perlu melarikan diri, menggugurkan bayi, membuang bayi, atau membunuhnya.
Walaupun ia dikatakan harus, sebaik-baiknya berbincanglah dengan ibu bapa dan keluarga kedua-dua pihak supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Perkahwinan bukan sekadar berkawan, tetapi hubungan yang menyatukan dua jasad dan dua jiwa. Kami peringatkan kepada mereka dengan satu hadis yang sepatutnya sentiasa diletakkan di hadapan:
Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Riwayat al-Tirmizi (194)
Perlu diingatkan bahawa perkahwinan ini ada bahayanya terutama apabila pasangan lelaki hanya berkahwin dengan tujuan untuk memuaskan nafsu seks semata-mata tanpa memberikan sebarang nafkah zahir. Hal ini kerana apabila selesainya akad nikah dan tamkin (isteri di serahkan kepada suami), maka perkahwinan tersebut melibatkan hak dan tanggungjawab antara suami isteri secara zahir dan batin.
Kesimpulannya, sesuatu perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya walaupun dinamakan ‘nikah gantung’ walaupun tidak dikendurikan dengan majlis kenduri secara besar-besaran dan seolah-olah tiada ‘rumah tangga’ perkahwinan, hukumnya harus dan boleh dilaksanakan. Hubungan suami isteri ‘nikah gantung’ ini adalah seperti suami isteri perkahwinan yang biasa yang boleh menjalankan hak dan tanggungjawab mereka.
Kedua: Nikah Lari Ke Thailand
Saudara bukan sahaja terlibat dengan nikah gantung tetapi juga terlibat dengan perkahwinan lari ke Thailand. Nikah lari sering kali dikaitkan dengan perkahwinan yang dilakukan tanpa wali nikah yang terdekat.
Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali, maka ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.
Susunan atau tertib Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syarak adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Seorang wanita yang berkahwin tanpa izin walinya maka pernikahannya adalah batil, batil, batil. Dan apabila mereka (wali) bersengketa, maka pemerintah adalah wali bagi wanita yang tidak memiliki wali.”
Riwayat Ahmad (24417), Abu Daud (2083) dan al-Tirmizi (1102)
Dalam hadis yang lain, daripada Abi Musa al-Asy’ari R.A, Rasulullah SAW bersabda :
لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ
Maksudnya: “Tidak sah pernikahan kecuali dengan adanya wali”.
Riwayat Abu Daud (2085) Tirmidzi (1101) dan Ibn Majah (1881)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Wanita tidak boleh mengahwini wanita (wanita tidak boleh jadi wali). Dan tidak boleh pula wanita menikahkan dirinya sendiri. Wanita penzina adalah wanita yang menikahkan dirinya sendiri.”
Riwayat Ibnu Majah (1882), al-Daraqutni (384) dan al-Baihaqi (7/110)
Perkahwinan yang dilakukan di dalam kawasan di mana wali mujbir kepada perempuan bermastautin hendaklah dilakukan dengan izin daripadanya. Namun, jika perempuan tersebut keluar daripada kawasan tersebut sejauh dua marhalah maka perkahwinan tersebut sah walaupun tanpa mendapatkan persetujuan wali.
Menurut Muhammad Bin Ismail as-Syaikh Daud al-Fathani dalam Matla` Badrain, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri), hlm. 414
“ Sultan berkuasa mengahwinkan seorang perempuan apabila wali ^Aqrab ghaib sejauh 2 marhalah, atau sedang dalam ihram, atau enggan kurang dari 3 kali untuk mengahwinkan seorang perempuan yang telah mukallaf yang diminta dikahwinkan dengan lelaki yang kufu’, jika wali aqrab ghaib kurang daripada dua marhalah, tidaklah boleh dikahwinkan oleh sultan, kecuali mendapat keizinan daripadanya”.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
Adalah dinasihatkan agar sebaik-baiknya, pasangan yang ingin berkahwin, contohnya di negara Thailand atas apa-apa sebab termasuk sebab tidak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami daripada isteri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami jika ingin berpoligami tapi tidak mendapat izin daripada isteri, mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya. Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.
Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan adalah satu ibadat. Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga perlulah memahami antara satu sama lain. Selain itu, bertolak ansur dan bertimbang rasa. Asam garam rumah tangga, perbalahan mesti akan terjadi, kerana itu anda haruslah bijak mengawal perasaan anda terhadap suami dan isteri.
Di antara tanda-tanda kebesaran Allah dijadikan perkahwinan untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia secara halal mengikut syarak dan lahir rasa mawaddah warahmah di antara suami dan isteri. Berikut ialah 8 tips untuk mendapatkan rumahtangga yang dilimpahi barakah.
1) Jangan tinggal solat fardhu
Solat merupakan tiang agama dalam kehidupan sebagai umat Islam. Jika anda tidak melakukannya, maka runtuhlah agama itu. Jika kita menjaga solat umpama kita menjaga seluruh kehidupan kita.
2) Solat berjemaah dengan isteri dan anak.
Sesekali cubalah kita menunaikan solat berjemaah bersama keluarga. Barulah rumah tangga kita lebih bahagia kerana ini dapat mengeratkan antara satu sama lain. Begitu juga dengan kehidupan kita, Ayah yang menjadi pemimpin dan arah panduan dalam keluarga, isteri dan anak-anak perlu taat kepada ketua selagi ia tidak bercangah dalam syariat Islam.
3) Sumber pendapatan yang Halal
Sebagai ketua keluarga, pencarian kerja yang halal merupakan perkara wajib dalam Islam. Jika pekerjaan kita bukan dari sumber pencarian yang halal, maka seluruh keluarga yang dapat dari duit sumber tersebut akan menjadi haram.
4) Tidak membangga diri
Jangan terlalu membangga diri akan pencapaian dan harta yang diperolehi di dunia ini. Hal ini kerana semuanya merupakan pinjaman dan pemberian nikmat dari Allah. Sentiasa merendah diri dan berasa syukur atas nikmat dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah Taala.
5) Mudahkan urusan orang lain
Mempermudahkan urusan orang lain dan jangan mempersulitkan. Allah suka hambanya yang sentiasa berusaha menolong saudaranya yang sedang dalam kesusahan.
6) Jaga dan taat kepada ibu bapa
Jaga ibu bapa dan membalas jasa budi mereka selagi mereka berada di dunia. Jangan buat mereka rasa tersinggung atau kecil hati dari perangai atau kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sentiasa berusaha menggembirakan mereka dan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dahulu.
7) Selalu bersedekah
Amalkan bersedekah kerana orang yang bersedekah rezekinya akan bertambah dan dapat membersihkan hartanya serta membantu orang lain. Allah sangat suka akan hambanya yang suka bersedekah walaupun hanya sedekahkan senyuman.
Sumber : kahwinlife
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...