Sultan Muhammad V Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Sultanah Kelantan

Share

Selepas beberapa lama tidak mempunyai sultanah sendiri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.

 

Krediti: @koleksi_sultanmuhammadv

Secara rasminya, perlantikan itu membawa kepada gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, yang dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Sultanah of Kelantan”.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

“Pengisytiharan ini dilakukan menurut Fasal (!) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.”

 

Krediti: @koleksi_sultanmuhammadv

Dalam pengisytiharan yang sama, baginda juga memperkenankan Che Puan Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan kuat kuasa hari ini.

 

 

Kredit foto: Instagram Koleksi_Sultan Muhammad V

 

IKLAN