Sungguh emosi wanita sukar dijangka. Tiba-tiba rasa marah, lima minit kemudian dah sejuk hatinya. Bila sudah berumahtangga, suami perlu perhati bab emosi isteri. Belajar tenangkan isteri dan bantu kawal emosinya. Lagi-lagi apabila sudah mempunyai zuriat. Kadang-kadang emosi mereka tidak stabil dek kerana penat dan tekanan…

 

Satu per satu dalam coretan ini benar-benar menggambarkan perihal seorang wanita bergelar isteri. Buat yang bakal mendirikan rumahtangga, belajarlah untuk ‘alert’ dengan perubahan isteri supaya dapat mengelakkan banyak perkara.

 

Pesan Buat sang lelaki

Saya mohon,
Masyarakat – khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.

Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi.
Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian.
Jangan ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan,
biar dia luahkan.
Dengar saja.
Jangan bantah apa-apa..

Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu.
Ketika ini,
otaknya tepu.
Jiwanya beku!

IKLAN

Maka jangan masukkan apa-apa lagi.
Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat,
Apatah lagi untuk berdebat..

Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mungkin terbang entah ke mana..
Sekukuh mana pun imannya,
Mungkin dia akan tewas juga. .

Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang,
bila fikirannya sudah kembali rasional,
bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar,
sudah lega,
Nasihatilah dia.
Insya-Allah ketika ini,
nasihat kita masuk spt air.
Cair dan mengalir.

Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti.
Kerana teliti,
dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci.
Namun kerana teliti juga,
adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya..

IKLAN

Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yang betul..

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
Insya-Allah,
Banyak masalah dan musibah dapat dijauhi..

“Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok.
Kalau dibengkokkan,
Semakin bengkok.
Kalau diluruskan,
ia patah.
Kalau dibiarkan,
ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik.”

Ini Rasulullah yang pesan.
Saya cuma sampaikan.
Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita..

Justeru,
Berhikmahlah..

IKLAN

Lelaki,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja.
Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya..

Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita.
Insya-Allah,
mudah melentur bahagia..

Wallahualam…

Semoga bermanafaat ya sahabat..

Kredit pemilik asal

 

Kredit coretan: Sebarkan Kebaikan

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI