Suka sangat tengok Ella dan suami, sweet sangat! Kita tahu Ella ni memang seorang yang sangat manja manakala suaminya pula seorang yang tenang. Ada minat yang sama, sehati sejiwa. Kita pun dapat rasa aura kebahagiannya tu.

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk Bahagia
Dah 10 tahun usia perkahwinan Ella dan suami. Maintain awet muda je Ella, kan?

Tahun ini usia perkahwinan Ella dan suami mencecah 10 tahun. Pun begitu beza usia bukanlah halangan bagi pasangan ini untuk serasi bersama. Apa pun jodoh itu ketentuan Allah SWT. Rezeki masing-masing kerana semua berhak untuk merasa bahagia.

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk Bahagia10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk BahagiaLiving legend yang tersohor dengan trademark ‘Ella Rasa” serta popular dengan lagu antaranya Nuri dan Dua Insan Bercinta ini diijabkabulkan dengan Kapten Azhar Ghazali pada Julai 2012. Azhar merupakan seorang juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan terkenal. Sewaktu berkahwin Ella berusia 46 tahun manakala suaminya berusia 30an.

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk Bahagia10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk BahagiaElla atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin yang kini berusia 56 tahun tidak melihat jarak usia sebagai satu halangan sebaliknya keserasian antara mereka. Ella juga kagum dengan kematangan suami yang sentiasa memahami dirinya sebagai seorang artis terkenal.

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk BahagiaUSAHAWAN TANI BERJAYA
Selain mempunyai minat yang sama dalam muzik serta aktiviti kemanusiaan, mereka juga ini bergelar usahawan pertanian berjaya. Hebatnya!

IKLAN

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk Bahagia10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk BahagiaTak sangka, di sebalik kelincahan Ella menyanyi di pentas rupa-rupanya juga telah bergelar usahawan cili yang berjaya. Ella dan suami mengusahakan tanaman fertigasi cili ini sejak 4 tahun lalu yang melibatkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar. Benih cili yang dipilih pula pastinya yang berkualiti tinggi.

“Sebenarnya minat dalam bidang bisnes ni memang dah lama ada. Kebetulan pula saya gemar bercucuk tanam antaranya menanam cili.

IKLAN

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk BahagiaBermula dari situlah kami ambil keputusan untuk tukarkan minat itu menjadi satu perniagaan. Bukan saja mendatangkan keuntungan bahkan memberi inspirasi buat mereka yang berhasrat menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Hasil tanaman cili kami pasarkan ke kedai-kedai runcit, restoran, pasaraya dan pertubuhan pemasaran hasil tani. Sekarang saya berpeluang memberi tumpuan secara serius terhadap bisnes.

IKLAN

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk BahagiaSaya harap lebih ramai lagi golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian kerana ia menjanjikan masa depan yang baik dan jaminan simpanan keselamatan makanan untuk negara.

Saya juga yakin dengan potensi perniagaan pertanian yang dapat menjana pendapatan lumayan jika dibuat dengan betul dan bersungguh-sungguh.

10 Tahun Kahwin ELLA & Suami Tak Jadikan Usia Sebagai Halangan Untuk BahagiaBagi saya, hikmah di sebalik COVID-19 ialah menyedarkan kita agar sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita.”

Kredit Foto: Instagram @ellaaminuddins @azzharzzs

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI