Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam berasa amat bersyukur yang tidak terhingga apabila diberi kesempatan untuk menunaikan umrah bersama-sama.
Melalui perkongsian Syatilla atau mesra disapa Tilla di laman Instagram, Tilla mengatakan bahawa kehadirannya ke Tanah Suci kali ini begitu bermakna kerana dapat menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke tujuh.
Bukan itu sahaja, Tilla juga turut menyambut ulang tahun kelahirannya di hadapan Kaabah.
Allahuakhbar… alhamdulillah syukur utk rezeki luar biasa ini ya Allah
Bersaksikan kaabah, berhadapan pintu kaabah dan multazam, engkau rezekikan kami utk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ke 7 ya Allah
Moga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati” tulisnya.
Perkongsian pelakon tersebut juga telah mendapat respon daripada kenalan dan warga maya. Mereka tidak henti-henti mengucapkan ‘happy anniversary’ kepada Sam dan Tilla.
Berikut antara komen-komen warga maya:
“Happy birthday tilla.. Ain dah khai doakan smoga Allah berkati umurmu dan dilimpahi nikmat dunia dan akhirat.”
IKLAN
“Doakan kami jgk ye semoga satu hari nti dpt jejakkan kaki ke sana. In Sha Allah…”
“Semoga di berkati ibadahnya dan dimakbulkan doa tuan berdua. Syukur alhamdulillah..”
‘Bahasa kasih sayang’ merupakan salah satu cara untuk kita menyampaikan perasaan cinta kita kepada pasangan. Setiap individu mempunyai bahasa kasih sayang yang berbeza. Sebelum memahami orang lain, fahami diri anda dahulu. Dengan bahasa kasih sayang ini, pasangan akan rasa dirinya dicintai.
Menurut Dr. Gary Chapman di dalam bukunya yang bertajuk “The Four Seasons of Marriage”, lima bahasa kasih sayang ini wujud dalam diri setiap individu. Cuba kita keliru dan tidak tahu bahasa kasih sayang yang mana satu paling menonjol di dalam diri kita.
Berikut merupakan 5 bahasa kasih sayang yang wajib diamalkan oleh pasangan suami isteri agar hubungan kekal hingga ke syurga.
1. Word of Affirmation
Word of affirmation adalah kata-kata penghargaan serta pujian yang dinantikan oleh pasangan. Cuba tanya pasangan anda, bagaimana dia tahu yang anda sayangkan dia? Jika dia menjawab yang anda selalu ungkapkan perkataan ‘I Love You’, itulah bahasa asih sayang pasangan anda. Bermakna, pasangan anda sukakan kata-kata yang indah dan sering diluahkan. Itu sudah cukup bermakna buat mereka.
2. Quality Time
Individu yang memiliki bahasa kasih sayang ini memerlukan perhatian sepenuhnya dan fokus anda ketika bersama mereka. Jangan buat kerja lain ketika bersama mereka. Mereka tidak mahu perkara lain, hanya perlukan masa lapang anda untuk bersama mereka. Pasangan jenis ini biasanya suka menghabiskan masa lapang dengan bercuti atau bersiar-siar ke tempat menarik bersama pasangan.
3. Receiving Gifts
Individu ini sangat suka apabila menerima hadiah atau sesuatu yang dianggap bernilai. Mereka akan rasa diri mereka dihargai. Mereka bukanlah materialistik tetapi memang sudah itu bahasa cinta yang ada dalam dirinya. Mereka tidak kisah dengan jenama dan harga tetapi mereka rasa cukup dihargai jika menerima hadiah daripada pasangan. Keikhlasan dalam memberi hadiah juga penting untuk mereka.
4. Act of Service
Bahasa kasih sayang yang seterusnya adalah dengan mempamerkan rasa cinta melalui pertolongan seperti membersigkan rumah, mencuci pinggan, menjemur pakaian dan lain-lain lagi. Bagi sesetengah individu, perbuatan itu merupakan simbol cinta sejati. Individu yang memiliki bahasa kasih sayang ini mungkin bukan seorang yang romantik tetapi mereka menganggap mereka adalah individu yang menyayangi anda secara semula jadi kerana menawarkan bantuan kepada pasangan. Walaupun pertolongan anda kecil, tapi ia amat bermakna bagi mereka.
5. Physical Touch
Sentuhan fizikal bukanlah sentuhan seksual tetapi ia lebih kepada sentuhan kasih sayang. Perbuatan fizikal seperti pelukan mesra serta berpegangan tangan boleh mengalirkan emosi pasangan ke dalam hati masing-masing. Ada suami yang suka isteri urutkannya dan dengan urutan itu, hatinya jadi seronok dan tenang. Begitu juga dengan isteri. Dia suka jika suami peluk dan beri ciuman di dahi. Harinya akan jadi lebih indah.
Jadi, fahamilah bahasa kasih sayang masing-masing kerana bahasa kasih sayang ini boleh mengubah kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan. Oleh itu, anda perlu tahu bahasa kasih sayang pasangan anda.
Nampak mudah tapi tidak ramai yang mampu mengungkapnya. Perkataan ‘maaf’ atau ‘sorry’ selalu digunakan bila anda dan pasangan bergaduh atau melakukan kesilapan yang boleh menguris hatinya.
Dalam perkahwinan adalah digalakkan untuk anda dan pasangan berbaik dan sentiasa menyelesaikan masalah anda dengan segera. Jangan terlalu ego kerana ia akan memakan diri. Ini sebab kenapa anda perlu meminta maaf secepat mungkin.
1. Mengalah untuk yang tersayang
Apa salahnya mengalah demi orang yang tersayang bukan? Ini juga telah membuktikan yang anda tidak mementingkan diri sendiri.
2. Dapat menjernihkan hati
Ya, dengan meminta maaf ia boleh menjernihkan hati anda. Tetapi jangan hanya bercakap dimulut malah dihati juga. Buang ego dan dendam anda padanya kerana itu akan lebih menyeksa diri.
3. Meredakan keadaan
Ego dan konflik boleh mulai mereda dengan adanya perkataan maaf yang keluar dari mulut anda dengannya. Luahkan perkataan maaf tepat pada matanya dengan hati yang ikhlas dan anda boleh lihat kesannya.
4. Dapat mengawal ego
Ego juga dapat dihapuskan dengan perkataan maaf. Buang ego anda dan jangan berdendam kerana ia tidak bagus untuk diri. Malah, ego juga mampu mengawal seluruh minda anda jika anda tidak dapat mengawalnya.
Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang doa majlis perkahwinan.
Semoga dengan mengamalkan doa majlis perkahwinan ini, majlis walimatul urus anda diberkati oleh Allah SWT hendaknya. Insya-Allah.
Kelebihan Berdoa
Doa merupakan komunikasi anda seorang yang beragama Islam dengan Allah SWT untuk menyatakan apa yang diinginkan dan dihajatkan dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW juga menyebut bahawa berdoa merupakan satu ibadah.
Setiap orang Islam digalakkan untuk berdoa untuk berdoa sebagai menunjukkan rasa rendah diri terhadap Allah SWT.
Doa bukan sahaja menjadi pendinding diri, ia juga ekspresi kepatuhan dan ketaatan kita kepada Sang Pencipta, selain sandaran harapan kita terhadap-Nya.
Antara hikmah dan kelebihan berdoa adalah :
1.Mewujudkan rasa tenang kepada diri seseorang yang berdepan dengan masalah terhadap kesukaran yang sedang dihadapinya.
Sebaik-baiknya doa dilakukan ketika solat di tengah malam yang sunyi ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
Waktu inilah kita gunakan untuk menadah tangan dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT.
2. Dengan berdoa, ini dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi sombong dan merasa hebat.
“Sesungguhnya orang-orang yang sombong (takbur) daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (Surah al-mukmin 40:60).
3. Doa yang dilakukan dengan penuh khusyuk akan diangkat oleh Allat SWT untuk dimakbulkan.
“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah al-mukmin 40:60).
4. Menerbitkan rasa insaf dalam diri seseorang.
Antara perkara yang sering diminta ialah doa dimurahkan rezeki, doa dapat anak, doa bertemu jodoh, doa majlis perkahwinan, doa tenang hati dan doa terhadap kesejahteraan ibu bapa.
Setiap manusia perlu sentiasa sedar bahawa kejayaan tidak akan mudah diperolehi sekiranya tiada bantuan daripada Allah SWT.
Doa bukan sahaja dilakukan ketika sedang ditimpa kesusahan.
Sebaliknya doa juga boleh dilakukan ketika kita berasa senang sebagai tanda kesyukuran nikmat dan rezeki yang diberikan Tuhan.
Setiap yang bergelar bakal suami dan isteri pasti mengharapkan keredhaan dan keberkatan dalam mahligai yang dibina bersama insan tersayang.
Apatah lagi besar harapan mereka supaya rumah tangga itu kekal bahagia selama-lamanya, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, dijauhi gangguan dan dilimpahkan rezeki yang baik.
Doa menjadi antara aturcara terpenting dalam setiap majlis perkahwinan pasangan Islam untuk diaminkan seluruh tetamu yang hadir.
Adakah anda bakal berkahwin?
Adakah anda sedang mencari doa majlis perkahwinan terbaik untuk majlis anda?
Berikut adalah doa majlis perkahwinan yang anda boleh baca.
Doa Majlis Perkahwinan dan Doa Pengantin Bahasa Melayu
Ada beberapa doa majlis perkahwinan yang boleh dijadikan rujukan untuk pasangan raja sehari.
Kebiasaannya, doa dimulakan dengan memuji keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
Ia kemudian diikuti dengan doa dan selawat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Seterusnya disusuli dengan doa kesyukuran mengumpulkan seluruh keluarga dan teman-teman untuk meraikan pasangan pengantin.
Nama raja sehari juga akan disebut dengan doa dan harapan supaya rumah tangga yang dibina diberkati, dilimpahi rahmat dan diberikan kebahagian sebagaimana yang diharapkan.
Di bawah merupakan contoh doa majlis perkahwinan:
Diharapkan perkongsian doa majlis perkahwinan ini akan membantu anda dalam persiapan menjelang hari bahagia nanti.