Selepas bertunang, bakal pengantin akan sibuk dengan perancangan perkahwinan mereka. Antara cabaran yang utamapastilah tentang bajet kewangan. Pada hari ini, sepasang pengantin perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam tangan jika nak kahwin. Sebab majlis perkahwinan adalah satu hari khas seumur hidup dalam kehidupan kita, lainlah jika anda awal-awal lagi dah plan nak pasang dua tiga. Ish..ish..cukuplah setia pada seorang ya. Semua orang ingin mengadakan perkahwinan yang meriah dan sempurna.

Jadi jika anda tidak mempunyai pendapatan yang banyak, Maka anda kena merancang perbelanjaan dengan mengeluarkan satu pelan bajet untuk rujukan. Tapi adakah salah jika perkara-perkara biasa yang kita telah terapkan selama ini kita cuba hakis? Lagipun memanglah majlis cuma sekali tetapi kehidupan selepas itu lebih penting.

REALITI MAJLIS KAHWIN, MAMPUKAH KITA BERUBAH?
Tabung Kahwin PKP, Majlis Sederhana Duit Lebih Buatlah Kehidupan Selepas Kahwin

1. Jemputan hanya kawan, jiran dan taulan. Kenduri kita tetap sah juga kawan. Tak perlu gerombolan manusia.

Jika tidak mesti anda perlu menentukan bilangan jemputan yang akan menghadiri majlis perkahwinan anda. Dengan itu anda boleh merancang bajet kos katering dan juga bilangan cenderahati/door gift yang perlu disediakan. Selain itu, anda juga tidak perlulah meletakkan bajet yang tinggi untuk kad jemputan. Cukuplah sekadar kad jemputan anda mempunyai maklumat lengkap beserta peta perjalanan bagi memudahkan tetamu menuju ke lokasi majlis. jIka jemputan limited, mudah, jimat dan anda boleh menyimpan untuk kehidupan selepas kahwin nanti.

2. Tak ada nasi hujan panas, rendang, tetapi ada nasi ayam madu saja. Tetap jamuan makan juga.

Ala makan simple-simple pun sudah memadai, asalkan mereka tahu anda sudah berkahwin.

Tabung Kahwin PKP, Majlis Sederhana Duit Lebih Buatlah Kehidupan Selepas Kahwin

3. Tak ada pelamin untuk kita bersanding, kita tetap jadi suami isteri juga.

Antara kos yang perlu diambil kira termasuk kos sewa dewan/khemah, kos baju pengantin, kos jurusolek, kos jurufoto dan video serta sebagainya. Kini andamampu berjimat sebab ini semua anda tidak perlu fikir lagi.

a) Sewa Dewan
Harga boleh berbeza bergantung kepada keluasan dan fasiliti yang ditawarkan oleh pemilik dewan tersebut. Elakkan sewa dewan pada musim perayaan mahupun cuti persekolahan, kerana kebiasaannya sewa akan melonjak tinggi.

IKLAN

b) Baju Pengantin
Jika anda tidak ingin berbelanja lebih, menyewa baju pengantin dari mana-mana butik perkahwinan. Pastikan mencari pakaian mengikut bajet yang anda sediakan.

Berbeza sekali jika anda menempah pakaian baharu, ianya pasti membuatkan anda terpaksa mengeluarkan bajet yang besar. Melainkan jika anda sememangnya sudah memperuntukkan bajet besar khas untuk pakaian persandingan.

c) Mekap

IKLAN

Pengantin boleh mekap sendiri atau boleh minta kawan-kawan yang pandai mekap untuk membantu. Maka anda tidak perlu habiskan wang yang banyak bagi mekap di butik andaman yang mungkin akan caj anda dengan kadar yang tinggi kerana kebiasaannya mereka mempunyai jurumekap profesional.

4. Tak ada goodies warna warni, orang tetap datang makan kenduri juga.

Cenderahati ataupun door gift mungkin penting bagi memastikan tetamu yang datang merasa dihargai dan seronok menghadiri majlis anda nanti. Apapun, tetapkanlah door gift yang berbaloi untuk ditempah dan berpadanan dengan bajet anda. Dengan door gift, berapa bajet kena disediakan merupakan keputusan peribadi. Anda boleh memberikan para tetamu apa sahaja yang anda pilih termasuk kotak gula-gula, lilin, kipas tangan, sapu tangan, naskah yassin dan sebagainya. Pastikan fikir idea door gift yang murah, lagi berguna dan praktikal. Tapi kalau tak bagi pun boleh je, cuma iyalah kahwin kan.

Tabung Kahwin PKP, Majlis Sederhana Duit Lebih Buatlah Kehidupan Selepas Kahwin

5. Tak ada jurufoto buat video metalica pun, tetap dapat sijil nikah sah juga.

6. Tak ada berbelas dulang hantaran pun, tetap sah kalau nak bawa isteri berbulan madu ke bulan.

IKLAN

Ini semua termasuk dalam kos sampingan, kos-kos berikutnya adalah sampingan yang anda boleh list-kan didalam bajet anda jika wang anda masih cukup untuk belanja untuk hari bahagia. Kos sampingan termasuk hantaran & hiasan, silat/tarian, kompang, hiburan, pengacara atau photo booth.

7. Tak ada wang hantaran berbelas ribu tetapi bayar mas kahwin sahaja. Tetap sah boleh kahwin aja.

Mas kahwin merupakan tanda kasih sayang dan juga pemberian wajib pada suami kepada isteri. Wang pemberian adalah berlainan mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Kalau tak bagi, kena carutan keluarga tak agak-agak?

Tabung Kahwin PKP, Majlis Sederhana Duit Lebih Buatlah Kehidupan Selepas Kahwin

8. Tak ada pinjaman peribadi, guna simpanan sendiri yang ada. Tetap sah rukun nikah yang ada.

Bagus musim PKP ni, jemputan tak ramai, so ambil peluang waktu ini kahwin secara sederhana, tiada wang pinjaman peribadi nanti.

Utamakan rukun nikah dari pandangan jiran tetangga. Yang penting sah nikah kita.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI