Tidak dinafikan, ramai orang yang gagal dalam menguruskan kewangan dengan baik. Mereka ini terjebak dengan penyakit ‘Biar Papa Asal Bergaya’. Walhal, duit yang ada tidak seberapa. Gaji yang diterima pun cuma cukup-cukup makan tapi sanggup berhutang diluar kemampuan. Sama juga dengan mereka yang ingin berkahwin, janganlah buat majlis di luar kemapuan anda, cuba buat mengikut apa yang anda mampu, usah dengar kata orang.Asalkan anda tidak dihimpit hutang selepas berumah tangga nanti.

Tak Guna Nak Menunjuk, Nak Nampak Hebat Tapi Sakit Membayar Tiap Bulan

Apa-apa pun, semoga nasihat daripada Amir Syahir dapat membuka minda orang ramai untuk memikirkannya.

Jangan malu jika kita berlawan arus pemikiran dengan kawan-kawan, bertentangan pendapat dengan rakan sejawatan tentang pengurusan kewangan.
Mereka nak beli itu ini. Jadi hamba kereta. Asyik membazir wang. Tapi kau bijak menguruskan kewangan.

IKLAN

Jangan malu dilihat miskin. Biarkan saja. Cukup kita yang tahu bagaimana diri kita. Bila melihat duit dalam bank/ASB/TH kita boleh tersenyum lega.
Jangan malu jika rumah kita kecil. Hakikatnya rumah itu milik kita.
Jangan malu rumah kita tiada TV sedepa. Hakikatnya kita tak perlu tanggung hutang ansuran bayar balik.
Jangan malu rumah kita tiada perabot, sofa, katil ataupun meja makan. Hakikatnya kita sekeluarga bahagia.
Jangan malu kereta kita kereta terpakai ataupun guna kereta tempatan. Hakikatnya ansuran bulanan kereta kita rendah. Lima tahun dah habis bayar.
Jangan malu naik motosikal pergi kerja. Hakikatnya kita mampu simpan RM600 dan lebih setiap bulan
Jangan malu pakai baju bundle ataupun tiada jenama. Hakikatnya kita selesa, menutup aurat dan mampu berjimat.
Jangan malu dipanggil kedekut tapi sebenarnya kita berjimat. Biarkan orang kata kita tidak pernah menderma atau bersedekah. Hakikatnya, Tuhan saja yang tahu.

Tak Guna Nak Menunjuk, Nak Nampak Hebat Tapi Sakit Membayar Tiap Bulan

Tapi malulah jika kau,

IKLAN

Banyak hutang tapi masih acah-acah banyak duit.
Gaji ciput tapi masih nak menunjuk kaya.
Tak mampu tapi masih nak beli benda yang kau mahu.
Pakai kereta ada logo H tapi hutang keliling pinggang.
Pergi travel sana sini tapi hutang member tak reti nak bayar.
Pegang tangan awek bawa jalan-jalan. Lepastu belanja awek makan tempat mewah tapi hutang PTPTN dah tertunggak tiga bulan.
Berlagak tak nak pakai benda murah. Nak berjenama saja. Tapi maruah murah. Tak reti jaga.
Jangan malu jika kau nampak miskin. Tapi malulah jika kau pura-pura kaya. Malulah bila kau dah terbiasa buat maksiat. Miskin wang takpe. Jangan miskin akhlak. Jangan miskin iman. Kerana iman tiada ditepian pantai.

IKLAN

Tak guna nak menunjuk, nak nampak hebat dan bergaya tapi kau juga yang sakit membayar tiap bulan. Kerja penat-penat, bila dah dapat gaji kena bayar hutang itu ini. Kah!

Sumber: Amir Syahir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI