Seseorang yang gundah kerana lama tidak mendapatkan jodohnya memang perlu banyak muhasabah diri. Bukan semata-mata faktor ‘belum waktunya’, namun terkadang ada beberapa faktor lain yang menyertainya. Kemungkinan terlalu banyak mengurung diri di rumah, hingga tidak banyak bergaul dengan banyak orang, hingga kurang dikenal banyak orang, atau bahkan satu hal yang agak menganggu, yakni masih terdapatnya dosa-dosa yang menghalangi jodoh.
Solat bukan suatu kewajiban
Bisa dibayangkan seseorang yang merasa tidak memerlukannTuhan seutuhnya meski mengakui akan kewujudanNya. Padahal jika seorang muslim sejati, maka solat itu bukan hanya sebagai suatu kewajiban semata namun keperluan. Untuk itu jauh dari jodoh kemungkinan besar karena solatnya masih buruk, tidak mengerjakan 5 waktu dengan rutin, solat kalau ingat atau sedang perlu, atau hanya pencintaan semata. Jika seorang menyedari jika bahawa hanya dengan solat dan sabar-lah menjadi penolong kehidupan, maka ia akan mengerjakan dengan sebaik-baiknya agar jodoh mendekat padanya.
Didalam QS. AL-Baqarah [2] ayat 153 Allah SWT berfirman:
”Wahai orang-orang yang berIman jadikan lah sabar dan solat sebagai penolong mu.”
Menyekutukan Allah
Menduakan Allah dengan apa saja. Entah dengan kesibukan, gadget, social media, dan yang paling parah adalah perbuatan syirik, yakni percaya kepada kekuatan untuk menyelesaikan masalah selain Allah, seperti pergi ke peramal, dukun, paranormal atau benda-benda keramat lainnya yang dipercayai punya petuah. Seperti mendapatkan jodoh dengan mudah, rezeki dan lain-lain. Perbuatan ini sama sekali tak bermanfaat, ancaman musyrik dan mendapat dosa besarlah akhirnya.
“Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan dunia & diperdayakan para penipu yang mengatasnamakan Allah” (QS 31:33)
pic-pinterest
Putus asa dengan rahmat Allah, hingga tidak mempercayaiNya
Hati-hati dengan hal satu ini karena saat lunglai dan tak mau lagi berusaha dan menganggap rahmat Allah itu jauh, maka ia seperti dianggap orang yang kafir.
“Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”.(Yusuf: 87)
Derhaka pada orang tua
Seringkali seseorang tidak sedar jika sudah menginjak dewasa mereka kurang lagi peduli pada orangtua, termasuk tidak mengendaaahkan lagi nasehatnya, sering bertengkar atau berbeda pendapat yang melukai hatinya, bahkan ada yang terang-terangan untuk tidak mempedulikan lagi mereka. Sikap durhaka inilah yang akhirnya menghalangi memperolehi jodoh.
Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
“Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka”. (Maryam: 32).
Suka memutuskan tali silaturahim
Banyak orang yang lupa dengan satu hal ini, kerana merasa jika tengah membenci seseorang maka ia lantas dengan mudahnya memutus silaturahim, dan ini bahkan terjadi dibanyak lapisan masyarakat.
“Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara. Kerana itu peliharalah persaudaraan dan peliharalah diri anda dihadapan Allah supaya kamu mendapat rahmat”. (QS.49:10)
Tidak mempedulikan punca mencari harta
Banyak istilah yang mengatakan ‘mencari wang dari yang haram saja susah apalagi yang haram’, membuat banyak orang yang tidak mempedulikan lagi tentang kehalalan rezeki yang didapatkannya. Jika itu terjadi maka jodoh bisa tidak dengan mudahnya mendekat jika perut selalu kenyang dengan hal-hal yang haram.
Banyak melakukan hal-hal zina, dan dusta
Hindari hal-hal buruk macam ini, karena akan sangat mempengaruhi banyak hal, termasuk susah mendapatkan jodohnya.
“Barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu”. (Al Furqaan: 68-69).
Kedekut
Apabila seseorang sulit sekali untuk mengeluarkan wang untuk sedekah, maka ia akan disempitkan Allah pada banyak hal termasuk dalam mendapatkan jodohnya, padahal salah satu kasih sayang Allah yang akan diberikan pada hambaNya adalah orang yang suka bersedekah, tidak kedekut.
Lalu apa yang harus dilakukan oleh seorang muslim agar terbebas dari dosa-dosa yang menghalangi jodoh? Tentu bertindak hati-hati dalam berperilaku kesehariannya. Hindari banyak hal yang bisa membuat dosa, apalagi dosa besar, untuk itu banyak belajar agama. Jika seorang muslim sudah terlanjur melakukan salah satu dari 8 dosa itu, maka perbanyaklah bertaubat dengan sungguh-sungguh atau taubat nasuha dan berjanji tidak mengulangi kembali, dan perbanyaklah beribadah, agar nantinya Allah memberikan jodoh terbaik untuk pribadi-pribadi yang sendiri
Mahar atau mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib suami berikan kepada isteri kerana pernikahan. Isteri berhak mendapat mas kahwin sejurus akad nikahnya sah. Mas kahwin akan menjadi hak isteri seepenuhnya dan tidak boleh diambil oleh suami atau ahli keluarga yang lain kecuali jika isteri benarkan.
Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah. Maknanya, ia mudah untuk dipenuhi oleh bakal suami. Namun, jika bakal suami tidak mampu, adakah boleh membayar mahar kepada isteri secara ansuran atau hutang?
Menurut perbahasan ulama melalui al-Fiqh al Manhaji, mereka berpendapat bahawa boleh membayar mahar kepada isteri dengan cara hutang atau apa sahaja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan sebelum persetubuhan. Walau bagaimanapun, penangguhannya hendaklah berdasarkan tempoh masa yang telah dipersetujui masanya. Isteri juga berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehingga mas kahwin tersebut langsai. Namun, jika ia bersetuju untuk ditangguhkan, maka isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana ia adalah berdasarkan persetujuan masing-masing.”
Melalui perbincangan ini, ia menunjukkan bahawa mas kahwin adalah hak isteri yang wajib ditunaikan. Jika suami tidak mampu dan meminta dipanjangkan tempoh bayaran, ia dibolehkan dengan persetujuan masing-masing.
Jika suami meninggal sebelum sempat melunaskan bayaran mas kahwinnya kepada isteri, maka isteri boleh menuntut daripada harta suami atau juga ahli keluarganya. Namun, jika penceraian atau kematian berlaku sebelum sempat mereka bersentuhan, si isteri berhak mendapatkan separuh daripada kadar mas kahwin tersebut.
Mafhum: “Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya, (tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin itu dengan sepenuhnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:237)
Adakah terdapat proses rayuan atau pertikaian (‘dispute’)?
Ya. Sebarang rayuan dan pertikaian boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 September 2020 kepada penyedia perkhidmatan seperti maklumat pada di atas.
Insentif kerajaan dalam membantu rakyat dengan memberikan bantuan kredit e-Penjana yang bermula 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dilihat begitu memberangsangkan. Buat pengetahuan anda, bantuan kredit e-Penjana boleh ditebus Menerusi aplikasi Grab, Touch n’ Go dan juga Boost.
Bagi mereka yang menebus insentif kredit itu di platform Touch n Go, mereka berpeluang menikmati ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra dengan nilai lebih RM300 apabila ia ditawarkan rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan sederhana serta perusahaan mikro dalam industri dan lain-lain.
Selain itu, Touch n Go turut membenarkan rakyat Malaysia menggunakan penebusan kredit RM50 e-Penjana untuk membeli tag TNG RFID atau bayaran tol.
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi MySejahtera dan kemas kini akaun Touch ‘n Go eWallet. Anda boleh menebus tuntutan eKYC e-Penjana RM50 anda.
Dilaporkan lebih 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga di platform berkenaan dan penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi sepanjang tempoh sah ia boleh digunakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi anak sulung dalam keluarga adalah tanggungjawab yang berat dalam keluarga. Kebiasaannya anak sulung lah yang akan mengambil alih tugas ibu dan ayah apabila sudah bekerjaya kerana mereka lebih berkemampuan dari adik-beradik lain.
Namun, bagi anak sulung perempuan dalam keluarga itu ada pasang surutnya. Ada yang berpendapat seeloknya anak sulung lelaki lebih sesuai memimpin, ada juga menyatakan sifat anak sulung perempuan sebenarnya ada banyak kelebihan!
Selain menjadi kakak yang terbaik untuk adik-beradik, ternyata mereka juga mempunyai faktor yang hebat membuatkan mereka adalah calon isteri idaman lelaki!
1. Seorang Yang Jujur
Oleh kerana mereka terbiasa bercakap jujur tentang adik beradik apabila berbicara dengan ibu bapa, jadi mereka pasti akan selalu jujur dengan pasangan. Ia adalah sifat natural mereka, siapa sahaja tidak mahukan isteri yang jujur bukan?
2. Lebih bertanggungjawab
Dengan sifat tanggungjawab yang ada, mereka selalu melindungi adik beradik yang lain kerana sudah terbiasa untuk menjaga keselamatan mereka. Malah, merasa keluarga itu adalah tanggungjawabnya juga agar semua berada dalam keadaan yang baik.
3. Berdikari
Anak sulung perempuan biasanya kuat dan boleh menjaga hal berkaitan diri tanpa bantuan orang lain. Ibu bapa juga memberi kepercayaan kepadanya walaupun seorang perempuan. Jadi, bakal suami tidak perlulah terlalu risau kerana mereka pandai menjaga diri.
4. Gemar dan pandai Memasak!
Pasti ramai yang bersetuju dengan perkara ini, selalunya anak perempuan sulung lebih gemar dan pandai memasak. Pasti resipi dari si ibu menjadi kebolehan mereka. Ramai lah jejaka terpikat nanti!
5. Bakal menjadi calon ibu yang baik
Disebabkan sudah terbiasa menguruskan adik-adik, pasti mereka sudah mahir dalam mengendalikan anak kecil malah menguruskan mereka ketika ibu sedang sibuk. Kalau ada anak sendiri, mereka akan merasa lebih bertanggungjawab dan tidak akan mengabaikan keluarga.
6. Mereka lebih rajin dari adik beradik lain
Mereka sering membantu ibu bapa menguruskan rumah apabila tiada, seperti memasak, membasuh baju, dan sebagainya. Bertuahnya kalau menjadi calon isteri, faham dengan situasi dan keadaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Personaliti media sosial, Sofea Shra kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pempengaruh itu menerusi hantaran di...