Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak

Share

Bila suami dan anak-anak teringin nak makan meat ball ala Ikea,inilahmasanya untuk para isteri tunjukkan bakat terpendam. Ikuti step mudah ini untuk resepi meatball ikea ini.



Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:

-750g daging cincang

-100g serbuk roti

-1 biji bawang besar – cincang halus

-1 ulas bawang putih – cincang halus

-1 biji telur

-5 sudu besar susu full cream

-Garam dan lada hitam

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

3. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).

BAHAN BUAT GRAVY

-40g mentega

-40g tepung gandum

-2 kiub pati daging

-300ml air

-2 sudu kecil kicap lemak manis

-1 sudu kecil Dijon mustard

-150ml krim masakan/dairy whipping cream

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

3. Masukkan 300ml air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.



Sumber: Zan Zafirah Zainal

IKLAN