Jangan pernah salah niat dalam memperbaiki diri dan berusaha menjadi orang lain hanya untuk menarik perhatian dia yang juga masih sendiri.
Sebenarnya kamu tidak perlu menjadi siapapun agar menarik di hadapan orang lain, cukup menjadi dirimu agar menjadi yang lebih baik di mata Allah. Percayalah jodoh akan menerimamu seperti apapun keadaanmu.
Perbaiki Saja Akhlak Dan Budi Pekertimu, Insyaallah yang Tertarik Padamu Juga Yang Mempunyai Akhlak Yang Baik
Bila Kamu Memperbaiki Dirimu Hanya Untuk Dicintai, Boleh Jadi Yang Datang Padamu Nanti Kerana Fizikalmu Itu Sahaja
Bila Kamu Memperbaiki Agamamu, Insyaallah yang Tertarik Kepadamu Adalah yang Juga Baik Agamanya
Jika kamu ikhlas memperbaiki dirimu kerana agama dan Allah, maka insyaallah yang tertarik kepadamu adalah dia yang juga baik agamanya.
Jika kamu memperbaiki ilmumu untuk menambah pahala Allah, maka insyaallah Allah akan mempersembahkan kepadamu si dia yang baik ilmunya.
Tidak Perlu Kamu Menjadi Orang Lain Hanya Untuk Menarik Jodoh, Cukup Perbaiki Dirimu Sesuai Dengan Syari’at Allah
Jadi tidak perlu kamu sibuk menjadi yang lain, atau meniru menjadi seperti kehidupan orang lain agar mendapatkan jodoh, kerana jodohmu dengan dia pun berbeza.
Jadi perbaiki saja dirimu sesuai syari’at Allah, kerana bila kamu perbaiki dirimu, maka Allah akan memberimu jodoh yang memang benar-benar baik yang akan tulus menerimamu apa adanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI