
Ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik hingga sanggup melakukan apa sahaja rawatan meskipun menyakitkan. Kalau boleh nak sentiasa nampak cantik dan muda sampai bila-bila.
Sebenarnya, ada cara lain yang lebih semula jadi untuk memastikan wajah kekal sihat dan berseri. Tak perlu berbelanja besar kerana cara ini mengikut landasan syariat dan insyaAllah anda akan kekal muda dan semakin disayangi suami.
Berikut merupakan antara tip yang boleh anda amalkan.
1. Urut muka sambil selawat ke atas Nabi.
2. Minum air sebaik bangun tidur.
3. Jaga kebersihan dengan memotong kuku pada hari tertentu.
4. Baca selawat Nabi ketika berdandan.
5. Amalkan baca surah Yusuf.
6. Amalkan juga ayat tertentu dalam surah Al-Qaqiah, ketika mandi pagi.
7. Bangun awal pagi dan amalkan mandi embun.
8. Amalkan urutan wajah.
9. Biarkan wajah sentiasa dalam wuduk.
Lupakan Soal Bau, Makan Petai Boleh Jadikan Anda Awet Muda!

Petai dikenali sebagai jenis tanaman sayuran yang akan membuatkan bau mulut dan bau kentut kurang enak. Petai mengandungi 3 jenis gula alami iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.
Bukan itu sahaja malah dengan memakan petai sebenarnya ia boleh buat anda menjadi awet muda! Selain itu bagus juga untuk wanita. Jika dibandingkan epal, petai memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, Vitamin A dan zat besi, serta dua kali jumlah vitamin dan mineral yang lainnya.
Walaupun petai mengeluarkan bau yang tidak enak dari badan kita, namun petai ternyata berkhasiat bagi sejumlah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita. Banyak lagi manfaat bila anda makan petai ni sebenarnya. Jom lihat!
#1. PMS (Pre-Menstrual Syndrome)
Vitamin B6 mengandungi dan mengatur kadar gula darah, dan membantu menstabilkan hormon.
#2. Anemia
Kerana kandungan zat besi yang tinggi, petai membantu menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu bila terjadinya anemia.
#3. Sembelit
Dengan kandungan serat yang tinggi, maka petai mempermudahkan dan menormalkan kembali proses pencernaan yang juga membantu mengatasi permasalahan ini.
#4. Mual di pagi hari
Jika dada anda terasa panas akibat makan terlalu banyak, cuba makan petai untuk mengurangkan sakitnya. Makan petai di antara waktu jam makan anda akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.
#5. Obesiti
Satu kajian di Institute of Psychology Austria terhadap 5 ribu pesakit obesiti menyatakan tekanan pada masa kerja menyebabkan mereka sering meraih makanan yang menenangkan seperti coklat dan kerepek. Cubalah makanan tinggi karbohidrat misalnya petai sebagai camilan setiap dua jam untuk mengendalikan kadar gula dalam darah.
Bakal Pengantin Boleh Cuba Cara Hilangkan Lebam Bawah Mata Guna Barang Dapur

Buat bakal pengantin yang mempunyai masalah lebam bawah mata, boleh cuba cara ni untuk hilangkan kegelapan bawah mata yang kekal.
Minyak Badam Manis
Cara-cara
— Sapukan sedikit minyak badam pada lingkaran gelap dan lakukan urutan perlahan dan lembut supaya ianya meresap kedalam kulit kamu. Biarkan ia semalaman dan basuh pada keesokan paginya.
# Lakukan pada setiap malam sebelum tidur sehingga anda mendapati lingkaran gelap tersebut hilang.
Mengapa ia berkesan?
— Badam adalah sumber vitamin c yang sangat bagus. Minyak daripada badam boleh digunakan sebagai emolien kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kulit anda lembut.
Hati-Hati!
— Minyak badam mempunyai dua jenis – pahit dan manis. Minyak badam pahit digunakan dalam aromaterapi dan tidak boleh digunakan pada kulit atau di mulut.
Gel Aloe Vera
Cara-cara
— Sapukan gel pada bahagian bawah mata dan urut untuk beberapa saat. Biarkan ia selama 10-12 minit. Bersihkan dengan pad kapas yang lembab. Berapa kerap anda perlu melakukannya?
# Lakukan sekali pada waktu siang dan sekali sebelum tidur.
Mengapa ia berkesan?
— Aloe vera melegakan dan menghidratkan kulit. Sifat berkhasiatnya mampu mengurangkan pigmentasi di bahagian bawah mata dan membuatkan bahagian kulit yang sensatif pada bahagian tersebut lebih sihat.
Minyak Argan
Cara-cara
— Sapukan minyak agan pada bahagian bawah mata dengan menggunkan jari manis atau jari kelingking. Tepuk secara ringan untuk meningkatkan penyerapan minyak kedalam kulit. Jangan dibilas.
# Lakukan pada waktu malam, sebelum tidur.
Mengapa ia berkesan?
— Minyak argan adalah minyak yang sangat ringan yang mudah diserap kedalam kulit. Ia mengandungi Vitamin E yang sangat tinggi dan antioksida yang akan merawat tisu kulit di bawah mata dan memulihkan cahaya atau sinaran semulajadinya. Ia bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus.
Cuka Epal Sider
Cara-cara
— Celupkan putik kapas kedalam cuka epal sider dan sapukan pada bawah mata. Biarkan ia kering dengan sendirinya.
# Ulangi ini dua kali sehari.
Mengapa ia berkesan?
— Mineral, vitamin dan enzim yang terdapat dalam cuka epal sider mengembalikan meremajakan bahagian bawah mata. Dalam bebrapa hari, lingkaran gelap mata anda akan pudar.
Hati-Hati
— Berhati-hati agar tiada cuka yang masuk ke dalam mata anda. Jika ada, bilas mata anda dengan air bersih
Minyak Kelapa
Cara-cara
— Sapukan minyak pada kulit bawah mata anda. Urutkan dengan lembut dalam gerakan arah jam dan arah lawan jam beberapa kali. Biarkan semalaman.
# Ulangi ini setiap malam sebelum tidur.
Mengapa ia berkesan?
— Sifat berkhasiat dan pelembab minyak kelapa menjadikan kulit anda sihat.
Timun
Cara-cara
— Potong timun dalam kepingan yang tebal dan letakkan kedalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit. Ambil dua keping hirisan timun tadi dan letakkan keatas mata, pastikan ianya menutupi keseluruhan bahagian yang terjejas. Biarkan selama 10 minit, kemudian basuh mata anda dengan air sejuk.
# Dua kali sehari dalam masa seminggu.
Mengapa ia berkesan?
Timun mengandungi sejumlah antioksidan seperti vitexin, orientin, dan cucurbitacin yang membantu merawat lingkaran gelap mata.
Tomato
Cara-cara
— Campurkan jus tomato dengan jus lemon dan sapukan campuran ini di kawasan yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk.
# Ulangi dua kali sehari selama dua ke tiga minggu.
Mengapa ia berkesan?
— Tomato mengandungi lycopene, bahan phytochemical yng bermanfaat untuk kulit. Lycopene juga didapati dapat melindungi kulit dari kerosakan.
Hati-Hati!
— Jika anda mempunyai kulit sensitif, tambahkan satu sudu kecil air mawar kedalam campuran tadi sebelum anda menggunakan pada bahagian bawah mata.
Uncang teh hijau
Cara-cara
— Celupkan uncang teh kedalam air dan sejukkan didalam peti sejuk sebentar. Letakkan uncang the sejuk keatas mata anda selama 15 minit. Kemudian cuci muka anda.
# Lakukannya setiap hari sehingga ada perubahan yang ketara.
Mengapa ia berkesan?
— Lingkaran gelap adalah disebabkan apabila saluran darah di bawah mata mengembang. Teh hijau membantu dalam mengurangkannya kerana ia mengandungi tannin yang mempunyai sifat astringen. Ia mengecilkan salur darah dan kapilari yang mengembang dan membantu mengurangkan pembentukan lingkaran gelap. Mata anda akan terasa segar selepas menggunakan cara ini.
Tempek Tomato Merah, Muka Dari Kusam Jadi Macam Look Orang Kaya

Tomato yang berwarna merah sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak.
Tomato juga mengandungi likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.
Likopena juga diketahui berperanan aktif mencegah kerosakan sel yang mengakibatkan kanser seperti kanser prostat, mulut dan rahim. Gel di luar biji tomato pula berkhasiat mencegah pembekuan darah yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.
Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Khasiatnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.
Berikut 10 langkah mudah untuk mengekalkan kecantikan dengan menggunakan tomato:
.
1. Bagi yang berhadapan dengan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
2. Tomato juga dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
.
7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
9. Lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.