Antara faktor penceraian yang utama adalah masalah kewangan. Masalah kewangan bukan semata-mata berlaku sebab gaji kita ciput, tapi sebab kita tak pandai uruskannya. Jadi, masa pilih bakal suami tu, pilihlah betul-betul.

Nak cari pakwe, jangan cari yang sweet je, kena cari yang bijak kewangan sekali. Sweet tahap potong kaki pun, tapi kalau kewangan kacau bilau, susah juga. 5 tahun bercinta pun takda gaya macam nak upgrade kau jadi kekasih halal.

Nak sara diri sendiri pun haru biru, macam mana nak sara anak dara orang tu. Iya, cinta tu buta kata kau, tapi akal kau tu kena celik luas-luas. Cinta tak boleh buat bayar Astro, rumah dan kereta. Duit tetap kena ada. Gitu kekdahnya

Selain daripada faktor kewangan, terdapat lagi beberapa ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.Jadi marilah ketahui ciri-ciri lelaki yang baik dan calon suami yang baik.

Tak Sabar Nak Berumahtangga? Jangan Pilih Lelaki Yang Sweet Je…

1. Berkemampuan

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga.

Ads

2. Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Tak Sabar Nak Berumahtangga? Jangan Pilih Lelaki Yang Sweet Je…

3. Amanah dan jujur

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan

Ads

4. Bijak hal ehwal rumahtangga

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Bonus jika pandai dalam memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Hormati dan percaya pada wanita

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri.

Ads

6. Rajin dan tidak pemalas

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata.

7. Mudah memaafkan

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Keturunan yang baik-baik

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua,ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI