Siapa suka makan durian? Yang suka tu, kita geng! Yang tak suka tu, kenapa eh? Sebabkan bau ke? Jangan bagi alasan sebab bau ye! Sebab rasanya tak lah seteruk yang anda fikirkan. Teksturnya yang lembut dan berkrim tidak kira jenis durian yang anda minati pasti akan membuatkan anda inginkannya sekali lagi!

Mungkin fakta ini akan membuatkan anda musykil, tetapi apa kata jom kita baca apa kelebihan disebalik buah durian untuk kesihatan:

Tak Sangka Rupanya Durian Mampu Beri Tenaga & Kurangkan Kedutan Di Muka
MEMBERIKAN TENAGA
Seperti buah-buahan tropikal lain seperti pisang, avocado dan nangka, durian adalah sumber tenaga yang baik. Sebiji buah ini akan merangkumi 20 peratus karbohidrat yang anda perlu dalam sehari. Jadi, cas tenaga kembali dengan menikmati durian yang lazat ini!

MENGUATKAN TULANG DAN GIGI
Siapa pernah terfikir yang buah ini akan menguatkan tulang? Kaya dengan potasium, kalsium dan vitamin B, tidak ragu lagi bahawa durian ini memberi manfaat kepada badan.

Potasium adalah keperluan untuk membangunkan kesihatan tulang yang pastinya kalsium tersebar ke tulang dengan betul dan, tidak akan larut atau dilepaskan ke dalam darah secara berlebihan.

IKLAN

MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN
Kelihatan muda sentiasa dengan menikmati durian! Mungkin impian ini melangkaui realiti, tetapi makan durian dengan jumlah yang secukupnya akan merangsang badan anda untuk menghilangkan ‘free radicals‘ dan memperlahankan proses penuaan seperti kedutan, age spots, keguguran rambut dan rambut beruban.

Mengandungi Vitamin C (berfungsi sebagai anti-oksidan)! Dan ia juga menambah kandungan air yang akan mengurangkan kekeringan kulit dan membiarkannya clear dan smooth.

UBAT ANTI-DEPRESI SEMULAJADI
Kekal ceria dengan menikmati durian! Kajian menunjukkan depresi boleh terbentuk jika kita kekurangan serotonin. Cuba teka? Durian kaya dengan Vitamin B6 yang juga merupakan vitamin yang diperlukan untuk menghasilan serotonin!

IKLAN

UBAT TIDUR SEMULAJADI
Tidak boleh tidur malam? Ini merupakan berita baik untuk anda! Jeng jeng jeng! Tahukah anda bahawa durian adalah ubat tidur semulajadi?

Mengandungi trytophan amino yang tinggi, kimia ini bertukar kepada serotonin apabila ia memasuki bahagian otak, membentukkan rasa tenang dan kebahagian dan mengurangkan rasa bimbang dan tidak boleh tidur.

IKLAN

MEMPERBAIKI SISTEM PENCERNAAN
Seperti buah betik, durian juga memiliki serat dietru yang tinggi membantu mengurangkan pergerakan bowel. Maksudnya, anda akan kurang terkena sembelit dan memperbaiki sisterm pencernaan.

Selain itu, jumlah vitamin B1 dan vitamin B3 di dalam durian dapat meningkatkan selera anda sementera mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.

 

HAAA TUNGGU APA LAGI? JOM LA PARTY DURIAN!!!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI