Wanita adalah insan yang lemah, maka ia perlu dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Namun, setelah berkahwin suami perlulah ingat walaupun mereka ini insan yang lemah itu tidak bermakna anda boleh sesuka hati untuk naik tangan kepada mereka.

Wanita bukan tempat untuk melepaskan geram seorang suami. Boleh dikatakan kes wanita dipukul oleh suami semakin hari semakin tinggi peratusnya. Bagi wanita atau anda yang bergelar isteri, bertindaklah dan lawan jika keadaannya jadi semakin buruk. Lima perkara ini dapat membantu mengelakkan anda daripada menjadi mangsa kaki pukul.

 

Tak Sangka Suami Pujaan Sanggup ‘Naik Tangan’. Jangan Terus Hanyut Dengan Kasih Sayang!

 

Kenali pasangan terlebih dahulu

Sebelum ke fasa seterusnya dalam perhubungan anda, sebaiknya uji pasangan anda dahulu. Sekiranya dia seorang yang cepat naik angin dan panas baran, dia mungkin seorang calon kaki pukul. Lihat pada cara dia mengamuk, jika dia suka menghempas barang atau membaling objek, anda dah boleh mula ambil langkah menjauhkan diri.

IKLAN

 

Jangan cabar pasangan

Bila berlaku salah faham antara anda dan si dia, emosi seseorang itu akan menjadi susah untuk dikawal. Pada waktu ini, cuba kawal perasaan kamu dan cuba tenangkan pasangan. Jangan sesekali mencabar atau melakukan provokasi pada si dia kerana itu mungkin akan menimbulkan rasa geram dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.

 

IKLAN

Ambil langkah pertama

Jika anda dipukul untuk pertama kali dan ia meninggalkan kesan, ambil gambar kesan tersebut dan catatkan masa dan tarikhnya sebagai bukti. Perkara ini mungkin permulaan untuk keganasan yang seterusnya. Jika boleh jangan melawan, sebaliknya cari peluang untuk lari keluar rumah atau ke tempat yang ramai orang. Lahi bagus kalau anda sempat rekod semua bukti setiap kali dipukul.

 

Kongsi cerita

IKLAN

Wanita yang menjadi mangsa keganasan suami ni hatinya lembut. Mereka percaya bahawa pasangannya perlu diberi peluang untuk berubah. Jangan pendam seorang diri, sebaiknya kongsikan cerita anda pada kawan baik atau orang yang boleh dipercayai.

 

Laporkan segera

Jika keadaan dah jadi semakin teruk, laporkan terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Jangan sampai dah teruk baru anda nak ambil tindakan. Ketika inilah bukti-bukti sangat kukuh untuk ditunjukkan.

 

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI