Selalu kita dengar, wanita sanggup berhabis duit untuk tampil cantik dengan mengubah diri semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. Bimbang jika dirinya tidak tampil cantik, lelaki tidak akan tergoda dengannya.
Ya semua orang ada hak untuk tampil cantik tidak kira apa jua cara. Tapi sedarkah anda tidak semua lelaki hanya melihat kepada kecantikan semata-mata untuk memikat seseorang.
Selain paras rupa yang cantik sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah dan boleh anda ikut bagi membuatkan lelaki tergoda dengan anda tanpa perlu bersusah payah mengubah penampilan. Jadi wanita, sila utamakan enam perkara ini ye!
1. Menjadi diri sendiri
Anda tidak perlu menjadi orang lain untuk membuatkan lelaki tergoda dengan anda. Percayalah lelaki sebenarnya lebih menyukai wanita yang boleh menjadi dirinya sendiri. Pamerkan kemampuan dan kelebihan yang anda ada kerana keyakinan itulah yang menjadi pemikat seorang lelaki terhadap seorang wanita.
Ads
Berpura-pura menjadi orang lain tentu sahaja membuatkan anda lebih tertekan kerana ia menyeksa diri. Selain anda membohongi lelaki yang anda suka, anda juga membohongi diri anda. Oleh itu banggalah dengan diri anda agar lelaki yang anda cintai selesa untuk bersama dengan anda selamanya.
2. Jadi pendengar yang baik
Jadilah seorang pendengar yang baik kerana bagi lelaki, wanita sebegini dianggap lebih menarik. Berikan perhatian sepenuhnya apabila si dia sedang bercerita dan jangan terus mencelah. Jika lelaki sudah menceritakan perihal dirinya kepada anda ini menunjukkan yang dia selesa, tidak ragu-ragu dan sekali gus menyukai anda.
Ads
3. Jangan bercakap tanpa henti
Satu lagi yang boleh buat lelaki bosan apabila wanita terlalu banyak bercakap tanpa memberi peluang kepadanya untuk membuka mulut. Ya! Lelaki memang suka wanita yang boleh bercerita namun jangan bercakap keterlaluan sampai membuatkan lelaki rimas. Mempamerkan sikap lemah lembut ketika bercakap tentu sahaja membuatkan lelaki senang untuk mendekati anda.
4. Bersikap manja namun jangan berlebihan
Semua orang pastinya suka dengan sikap manja termasuklah lelaki. Tapi anda harus ingat, jangan manja berlebih-lebihan atau keanak-anakan kerana ia membuatkan anda nampak kurang matang sekali gus membuatkan lelaki tambah meluat. Sikap manja sebenarnya boleh membuatkan lelaki terhibur dan terpukau dengan anda kerana ia mempamerkan ciri kelembutan seorang wanita.
Ads
5. Mahirkan diri dengan ilmu pengetahuan
Lelaki pastinya akan tergoda dengan wanita yang tinggi ilmu pengetahuannya kerana ini menunjukkan yang anda pandai berkomunikasi dan anda boleh diajak berbual. Tentunya lelaki akan cair dengan anda jika anda boleh memberikan pendapat atau respons yang baik dan bukannya menjadi teman bual yang pasif.
6. Hargai pendapat yang dilontarkannya
Kita selalu mendengar ungkapan “Woman is Always Right” kerana wanita tanpa sedar selalu ingin menang dalam banyak perkara. Perlu anda ketahui sikap inilah yang membuatkan lelaki mudah bosan dengan wanita. Jika anda menghargai pendapatnya, pastinya anda akan dianggap teman yang menyenangkan sekali gus membuatkan lelaki selesa untuk mengenali anda dengan lebih mendalam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Percaya atau tidak, berzaman dah berlalu namun tiada bentuk badan yang ideal bagi perempuan. Bermula dari zaman era renaissance sehinggalah zaman era millenium kini, bentuk badan ideal seseorang perempuan selalu berubah-ubah mengikut persepsi ketamadunan masyarakat.
Golongan lelaki mula berubah selera kepada perempuan berisi (chubby). Sehingga kini perempuan berisi masih diberi perhatian oleh golongan lelaki sebagai calon teman hidup. Apa sebabnya? Berikut ini perkongsian aliffchannel.com buat bacaan anda.
Lebih berkeyakinan
Ini bukan pada mereka yang selalu mengeluh & bersungut untuk berdiet. Berkeyakinan diri hanya pada mereka yang menghargai bentuk badan mereka seadanya. Bebas & tidak pernah tersinggung dengan jolokan gemuk.
Comel & kelakar
Bahawasanya wanita chubby ini memang Comel. Dengan pipi mereka yang nampak seperti pipi pau bayi memang sungguh menarik hati. Dikatakan perempuan yang berisi memiliki lebih sense of humor. Kelakar memang sinonim dengan mereka. Tengok saja Sheryl Al Hadad, Siti Chubby, dan Adibah Noor. Mereka semulajadi kelakar.
Tidak membazir
Tiada perkara yang lebih membahagiakan selain dapat makan sepuasnya dengan pasangan yang tidak memilih dalam soal makan. Masa dating mesti sedikit janggal bila memesan pelbagai jenis lauk-pauk sedangkan perempuan yang kurus hanya memesan salad dengan alasan mahu menjaga badan.
Tidak cerewet
Sejujurnya, mereka tidak cerewet dalam soal penampilan diri. Kenakan pakaian sesuai, sedikit solekan, mereka dah bersedia untuk keluar.
Cantik & seksi
Ada 10 negara yang menetapkan perempuan gemuk sebagai cantik & seksi. Afrika Selatan, Jamaica, Kuwait, Fiji, Afghanistan antara negara yang menghargai wanita gemuk sebagai perempuan sihat, subur & menghairahkan.
Setia
Disebabkan mereka sedar tak semua lelaki sukakan perempuan berisi, ini membuatkan mereka lebih setia & sayangkan hubungan yang dibina bersama pasangan. Lelaki tak perlu risau pilihan hatinya diganggu lelaki lain.
Lebih Menghargai
Peratusan kajian menunjukan wanita berisi lebih mengutamakan pasangan berbanding perempuan kurus yang akan meletakkan fesyen & kecantikan diri sebagai yang paling utama. Lebih sukakan menghabiskan masa melihat muka pasangan berbanding melihat diri sendiri di cermin.
Tidak Menolak
Dalam kegiatan seksual, wanita berisi dikatakan tidak menolak permintaan pasangan untuk bercumbu. Mungkin faktor hormon yang tinggi kerana bentuk badan, wanita berisi lebih ghairah & mudah terangsang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu bakal pengantin yang baru nak buat persediaan ni mesti tak tahu mana nak mulakan dulu. Jadi masuk bab mencari cincin pilihan ni, bakal pengantin perlu tahu 3 jenis cincin ni. Namun begitu, terpulang kepada individu. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli yang lebih mahal dan mengikut kesesuain design anda.
CINCIN MERISIK
Dipanggil sebagai cincin belah rotan. Walaupon ia digelar sebagai cincin belah rotan tetapi ia tidaklah diperbuat daripada rotan. Cincin ini biasanya diberikan ketika hendak merisik. Cincin ini sangat simple dan tidak mempunyai batu. Harga cincin ini biasanya dalam lingkungan RM 100 lebih dan ke atas.
CINCIN TUNANG
Cincin ini digelar sebagai eternity ring. Biasanya cincin ini mempunyai batu yang disusun sejajar. Mempelai boleh memilih untuk suaikan sama ada emas putih atau emas kuning. Hargannya berada di dalam lingkungan RM 500- RM 1.5k. bergantung kepada berat diamod dan jenis emas.
CINCIN NIKAH
Cincin nikah ini biasanya lebih glamor, nama pun cincin nikah mestilah cantic dan bermakna kan? Cincin ini dipanggil Solitaire Ring. Harga cincin berada dalam lingkungan RM 500 ke atas. Cincin jenis ini juga bergantung kepada berat , bentuk dan jenis diamond.
Kredit: Indahnya Perkahwinan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon.
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!